16 JULAI 2021, terima 3 kotak istimewa daripada Mamasab bakery untuk harijadi anak sulung kami, Imdad. PKP dan covid-19 belum berakhir, jadi tidak ada sebarang sambutan dan jemputan, sekadar
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Friday, July 16, 2021
Tuesday, December 8, 2020
2 beradik sambut birthday serentak
Happy birthday untuk kedua-dua anak saya yang lahir pada bulan Disember, Rdini 7, dan Sadiq 9 haribulan.
Thursday, July 23, 2020
Isteri buat kejutan sempena birthday suami
Satu kejutan daripada puan isteri sempena ulangtahun hari kelahiran saya pada tahun ini. Ada penghantaran belon cokelat dan kek ke rumah. Nasib baik tak dihantar ke tempat kerja. Alhamdulillah dapat jugalah merasa kejutan sempena hari jadi sendiri.
Tuesday, July 21, 2020
Birthday Imdad tiba lagi
Happy birthday untuk anak sulung saya, Imdad. Semoga menjadi anak yang berguna. Sambutan ringkas sekadar sebiji kek sahaja sebagai tanda ingatan. Tarikh 16 Julai setiap tahun in sha allah akan disambut sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran.
Tuesday, December 24, 2019
Brownies Istimewa untuk Birthday Rdini dan Sadiq
Setiap kali tibanya Disember, mesti buat sambutan birthday untuk kedua-dua anak kami secara serentak. Ardini dan Sadiq, berkongsi bulan kelahiran yang sama. Bukan mereka saja, puan isteri saya pun birthday bulan Disember. Kali ni saya tempah brownies istimewa menggantikan kek.
Wednesday, January 11, 2017
Birthday : Berkongsi Bulan Kelahiran yang Sama
Selamat hari lahir kepada puan isteri, dan dua orang anak saya, Ardini dan Sadiq. Ketiga-tiga mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama, iaitu Disember. Lama betul simpan gambar-gambar ni, tahun lepas lagi. sekarang baru boleh buat entri. Hehe.. Susah juga nak cari tarikh yang sesuai untuk membuat majlis serentak ini. Tapi Alhamdulillah, berjaya juga diadakan dengan jemputan keluarga terdekat sahaja. Berikut koleksi gambar kenangan majlis tersebut.
Saturday, January 7, 2017
Kek Birthday Terakhir 2016
Selamat hari lahir kepada puan Suria, pada 31 Disember 2016 yang lalu. Inilah kek birthday terakhir daripada pelajar tingkatan 5P bagi tahun 2016 kepada guru mereka. Memang terakhir sebab tarikh birthday penghujung tahun 2016. Hehe.. Biarpun mereka sedang menunggu keputusan SPM, dan dikira sedang bercuti sekarang, tapi tetap menghantar beberapa orang wakil kelas untuk menyampaikan kek birthday kepada puan Suria. Terima kasih kepada guru tingkatan dan semua pelajar 5P tahun 2016.
Monday, July 25, 2016
11 Tahun Imdad sempena Aidilfitri
Sibuk beraya dan tugasan seharian, entri ini pun baru sempat disiapkan. Sambutan birthday anak sulung saya, Imdad pada 16 Julai yang lepas. Kebetulan birthday Imdad masih dalam bulan Syawal, maka boleh buat majlis dua dalam satu iaitu sambutan hari raya dan birthday. Jemputan hanya keluarga terdekat memandangkan pada hari raya ketiga kami sudah pun membuat rumah terbuka. Apapun, selamat hari lahir Imdad untuk kali ke-11 pada tahun ini.
Thursday, July 21, 2016
Kejutan daripada Pelajar Sempena Hari Lahir Saya
Baru saja memulakan kelas dalam beberapa minit, seorang pelajar lelaki meminta kebenaran untuk ke tandas. Sampai di muka pintu kelas, tiba-tiba 'buppp' dia terjatuh ke lantai. Seluruh kelas terkejut termasuk saya. Eh! pengsan kah pelajar ini? Saya bergegas mengangkatnya dengan bantuan beberapa orang pelajar lain. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba.... dari belakang kelas beberapa orang pelajar membawa sebiji kek yang cantik dan menyanyikan " Selamat hari jadi....selamat hari jadi... selamat hari jadi cikgu Ghazali... selamat hari jadi..." Ah... lakonan rupanya pengsan tadi! Satu kejutan daripada pelajar 5 IK sempena hari lahir saya pada hari ini. Terima kasih kepada semua pelajar 5 IK 2016 atas ingatan sempena hari jadi saya. Sungguh terharu!
Tuesday, February 16, 2016
Sambut Birthday di Restoran Mustaqim Melor
Sambutan birthday anak saudara, Marsha Sofea di Restoran Mustaqim Seafood Melor. Majlis dihadiri keluarga terdekat, menikmati makan malam di restoran yang baharu saja dibuka di Melor, Kelantan. "Happy Birthday Marsha, terima kasih kerana menjemput kami bersama-sama meraikan ulangtahun hari kelahiran". Restoran ni memang cantik. Penuh dengan ukiran, perabot juga serba baharu. Sesuai untuk makan bersama keluarga, mahupun untuk penganjuran majlis-majlis tertentu.
Thursday, December 31, 2015
Happy Birthday Sue dan Selamat Tahun Baharu 2016
Entri ini sangat istimewa kerana entri terakhir untuk tahun 2015. Selain itu, istimewa juga sebab hari ini juga merupakan hari lahir isteri saya, puan Sue. Happy Birthday Sue!. Tahun ni tak ada acara potong kek. Hehe..sibuk sangat tak sempat nak tempah kek. Apapun kami sekeluarga sempat keluar makan sebentar tadi di Restoran Ali Baba Tempayan di Kota Bharu. Kiranya dua dalam satu, sambut birthday dan tahun baharu 2016!
Wednesday, December 9, 2015
Happy Birthday Sadiq
Selamat hari lahir buat Sadiq. Sambutan ulangtahun kelahiran ke-4 dibuat petang tadi. Macam biasa...wajib ada kek. Kalau tidak, tak jadi hari jadi.Hehe.. Lebih meriah tahun ni apabila sambutan hari lahir ni turut disambut bersama dengan sepupunya, Amirah dan Hakim. Acara makan-makan bersama ahli keluarga dengan menu nasi himpit gulai udang, ayam bbq dan kuih muih. Makan sampai kenyang yer.. Jom saksikan koleksi foto sepanjang sambutan tadi.
Monday, December 7, 2015
Sambut Birthday tanpa ibu di sisi
Selamat Hari lahir Ardini, sambutan kali ke-7. Cepat masa berlalu, dah 7 tahun umur anak perempuan papa ni yer. Tahun depan sekolah dah nak masuk darjah 2...umur baru 7 tahun. Hehe.. Tu lah... lahir bulan 12. Pagi ni sambut birthday tanpa mummy. Biasalah...sibuk, ada urusan luar daerah. Nak tunda majlis ni, tak nak pula Ardini. Maklumlah...dah lama tunggu 7 haribulan 12. Masa kecil dulu, tak kisah nak sambut bila..tapi dah besar ni, dah tahu bila tarikh birthday sendiri... tak mahu tunda-tunda pula.
Sunday, August 9, 2015
Dah 10 tahun!
Selamat hari lahir Imdad. Dah masuk ulang tahun kelahiran ke 10. Sambutan yang kebetulannya dalam bulan Syawal, kira sambut raya sekalilah yer. Majlis bulan Julai yang lepas, baru sempat nak buat entri ni... Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama, jadi kek pun kena kongsi juga. Haha..
Friday, February 27, 2015
Marsha Sofea 7
Sambutan Birthday Marsha Sofea kali ini bertemakan frozen...musim frozen sekarang kot. Kek pun mesti frozen. Ini ulang tahun kelahiran yang ke 7. Majlis makan-makan dan potong kek ni dihadiri ramai tetamu kaum kerabat..termasuklah keluarga rakan-rakan Marsha. Opss lupa pula nak ambil gambar menu petang tu..Apapun jom layan gambar yang sempat dirakam.
Tuesday, December 9, 2014
Birthday Widad & Iqbal 2014
Disember datang lagi....Bulan ini saja sepatutnya ada 3 sambutan birthday dalam keluarga saya. Setelah diambilkira daripada pelbagai aspek, maka sambutan birthday Ardini kali ke-6 dan Sadiq kali ke-3 dibuat serentak. Berkongsi bulan kelahiran, maka mereka juga berkongsi kek birthday. Maaflah tak ada makan-makan untuk keluarga kali ini...hanya makan kek jer.hehe...Lain kali kita buat makan-makan...
Sunday, August 31, 2014
57 tahun Merdeka
Sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini agak istimewa kerana negara mencapai kemerdekaan pada tahun 57, dan hari ini sambutan ke 57. Saya dan keluarga juga menyambut ulang tahun kemerdekaan ini dengan memotong kek Merdeka dan mengibarkan Jalur Gemilang. Diharapkan anak-anak akan faham maksud kemerdekaan, bukan setakat mengibarkan bendera apabila tiba sambutan kemerdekaan. Jom tengok gambar-gambar dalam majlis ringkas tengah hari tadi.
Friday, August 8, 2014
Imdad sudah 9 tahun
Selamat menyambut hari lahir yang ke 9 buat Imdad. Birthday bulan Julai yang dibawa ke bulan Ogos sebab puasa. Tak apalah kan... janji ada kek. Budak-budak ni memanglah...kalau sambut birthday tanpa kek, macam tak jadi pula sambut birthday. Kek tahun ni tema purple,putih dan "turqoise"...eh betul ker eja tu...hehe..Jom layan gambar je lah.
Sunday, August 3, 2014
Asyraf dah setahun
Malam raya baru-baru ni dibuat sambutan hari jadi anak saudara saya, Asyraf yer. Hari lahirnya bulan Julai, tapi masa tu kan puasa jadi ditunda ke malam raya. Maka bersama-sama dengan dentuman mercun sana-sini, sempat juga potong kek untuk Birthday kali pertama ni. Saksikan...
Monday, July 21, 2014
Happy Birthday KM7
Hari ini 21 Julai 2014 adalah hari yang cukup bermakna buat saya.
Sambutan ulangtahun kelahiran yang ke.....
"Selamat hari lahir @ happy birthday to me"
Terima kasih kepada semua yang wish my birthday.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















