expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Kompang. Show all posts
Showing posts with label Kompang. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Pasukan kompang sekolah


Kalau dulu kompang dimainkan semasa majlis perkahwinan dan acara rasmi, sekarang kompang sudah diperkenalkan di sekolah-sekolah. Kebanyakan sekolah sudah ada pasukan kompangnya sendiri. Penubuhan pasukan kompang ini sama ada untuk pertandingan mahupun untuk menyerikan lagi majlis-majlis rasmi di sekolah. Justeru, SMKAM buat julung-julung kalinya mempunyai pasukan kompangnya yang tersendiri. Saksikan....

Tuesday, July 26, 2011

Paluan kompang...penyeri majlis

Pasukan Kompang sekolah
Kompang...tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu.Paluan kompang dengan iramanya yang tersendiri  akan membuatkan sesuatu majlis itu bertambah serinya.Selalunya kompang ni dimainkan untuk majlis perkahwinan.Tak kurang hebatnya alunan kompang juga diperdengarkan dalam sesuatu majlis perasmian yang dihadiri oleh tetamu VIP.

Berikut maklumat tentang kompang yang KM7 petik daripada sumber Wikipedia..

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

 
Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.