Tahniah Kepada SMK Lutong, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Miri, Sarawak kerana telah berjaya mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar bagi sesi 2014. Latihan ala komando ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di dalam kawasan sekolah.
Showing posts with label Miri. Show all posts
Showing posts with label Miri. Show all posts
Friday, February 14, 2014
Thursday, December 5, 2013
SMK Lutong,Miri,Sarawak
Sekadar mengembalikan nostalgia...entri ini saya paparkan gambar-gambar lama, semasa bertugas di SMK Lutong, Miri, Sarawak dari 1998 hingga 2001. Gambar-gambar ini dirakam semula menggunakan handphone, kerana gambar asal adalah cetakan biasa menggunakan kamera..pakai negatif filem..Dulu-dulu mana ada kamera digital..Handphone pun boleh guna untuk call dan sms jer. Beruntung mereka yang mengajar di Sabah dan Sarawak sekarang kerana boleh rakam banyak gambar sebagai kenangan menggunakan handphone mahupun kamera digital.
Berbalik kepada gambar...Gambar pertama di atas tu adalah pasukan forum remaja sekolah. Masa tu saya jadi guru penasihat. Biasalah kan..jadi guru BM tingkatan 4 dan 5, kena jadi guru penasihat forum remaja.
Ini adalah pasukan softball sekolah..Saya kagum dengan semangat pelajar-pelajar ni..selalu buat latihan untuk mewakili sekolah dalam banyak pertandingan yang disertai. Rasanya ada dalam kalangan mereka yang sekarang ni menjadi jurulatih softball.
lagi gambar...
Wednesday, October 17, 2012
Bunga meja guru dari Miri ke Kota Bharu
Hampir 11 tahun jambangan bunga kat atas tu saya simpan.
Bunga tu adalah bunga meja guru,tingkatan 5 Ikhlas 2001,
SMK Lutong,Miri Sarawak.
Masa tu saya jadi guru kelas berkenaan.
Akhir tahun,budak-budak ni buat keputusan agar
bunga tu saya simpan sebagai kenangan.
Lihatlah....saya dah simpan sebaik mungkin tanpa
sebarang pengubahsuaian....kekal seperti asalnya.
Harap-harap pelajar kelas berkenaan masih ingat yer....
Subscribe to:
Posts (Atom)