expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman. Show all posts

Friday, January 17, 2014

Kena saman had laju


Hari ni dapat satu surat, bukan surat layang tapi betul -betul surat...daripada PDRM. Surat saman huhu..

Wednesday, March 2, 2011

Saman trafik dan media massa

Kekalutan dan kesesakan
di pejabat pos atas urusan pembayaran saman 
sudah pun berakhir.
Masing-masing yang sempat membayar saman
pastinya lega apabila saman telah dibayar.
Sebaliknya yang belum menyelesaikan saman
pastinya menggigit jari...(yer ker?)

Dalam media massa sehari dua ni
banyak ulasan pasal tempoh 
pembayaran saman...sama ada
patut dilanjutkan lagi atau tidak.
meskipun kata putus sudah dibuat
tidak ada lanjutan tempoh pembayaran,
namun masih ada yang tetap berharap agar
diberi peluang kedua.

Nampaknya masyarakat kita
sudah sedar akan kepentingan membayar saman.
Situasi ini nampaknya telah menutup
cakap-cakap atau ketidakpuasan hati
sesetengah pihak yang dikenakan saman.
Maklumlah ada saman yang dikenakan
itu tidak dilakukan oleh pesalah itu sendiri.

Itulah peranan media...
membesar-besarkan seuatu perkara,
dapat menutup perkara lain daripada dibahaskan
oleh masyarakat umum.
Sebagai pengguna
kita ada hak untuk menyuarakan pendapat...
cuma kita perlukan saluran yang betul
agar pandangan atau saranan kita itu
diambil peduli.

Sunday, February 27, 2011

Hari akhir bayar saman

(Gambar hiasan:Google)

Esok 28/2/2011
hari akhir bayar saman trafik.
haa..macamana abang-abang,kakak-kakak
makcik-makcik pakcik-pakcik sekalian...
dah jelaskan bayaran ke belum?

hmm..kat pejabat pos sehari dua ni
penuh dengan mereka yang baru sempat nak bayar saman.(yer ker)
Biasalah orang kita ni suka buat kerja last minute.
Apapun bayar tetap bayar kan...
kalau tidak tak pasal-pasal kena blacklist.

KM7 pun dah bayar saman tu..
bayar kat rumah secara online jer
sebab malas nak berebut-rebut kat pejabat pos.
Dalam beberapa saman tu..
ada juga ler saman yang bukan kesalahan kita sendiri.
nak buat macamana kan...dah daftar atas nama kita..
kita lah yang kena bayar..ishh tak adil nya...

Tengok berita tadi,
tempoh pembayaran saman tak dilanjutkan.
baguslah tu....
sesekali tu orang kita ni kena dilatih supaya
jangan tunggu saat-saat akhir...
mesti ada yang duk berkira-kira tempoh pembayaran
akan dilanjutkan.
hah ambik...camana tu..
rasanya esok jem teruk lagi kaunter pembayaran saman.
apapun...selamat membayar saman..
menyumbang untuk negara...huhu...

Thursday, February 24, 2011

Bayar sekarang!

PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.
Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.
"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.
"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil.

"Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini.
"Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.

Utusan Online 23/2/11