![]() |
petikan utusan online |
Tak sampai sebulan lagi nak masuk tahun baru 2014. Macam-macam perkara nak kena fikir ni....pasal kerja, pasal persekolahan anak-anak...dan penting juga pasal perbelanjaan kos hidup yang semakin naik. Hari tu naik harga petrol...Terbaru yang akan naik ialah tarif elektrik.Hmmm pendek kata semua naik.Hujan saja turun ke bumi!
Sebagai pengguna kita kena ambil langkah berjimat-cermat terhadap penggunaan elektrik...Tutup mana-mana lampu yang tak perlu atau tidur jer dalam gelap.huhu...ada yang tak lena nanti kalau dah biasa tidur dalam terang.Nak jimat juga...sila pasang lilin jer...opss..lilin pun kena beli juga kan!
Memang free kalau penggunaan di bawah RM 20...Tapi berapa orang sangatlah yang menggunakan elektrik di bawah RM 20 . Susah juga jadi orang kaya ni kan,macam-macam nak kena bayar.haha.... Generasi akan datang kena bersedia dengan segala macam harga yang akan naik...Saya terfikir...macamana lah nasib orang yang tak berpendapatan tetap untuk menghadapi segala kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini.
Kepada blogger...perlukah mengurangkan aktiviti berblog untuk mengurangkan penggunaan elektrik?