expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label followers. Show all posts
Showing posts with label followers. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Hari ni KM7 nak jadi follower lah


Selamat Tahun Baru 2012
Di mana-mana sahaja..ucapan ini diucapkan.
Semoga kehadiran 2012 membawa kebahagiaan
buat kita semua.

KM7 mengambil kesempatan ini juga
untuk mengucapkan 
Selamat Tahun Baru 2012
kepada semua follower,pembaca dan pengunjung
blog Kembara Minda 7 ini.

Hari ini 1 Januari 2012
KM7 nak buat sesuatulah dengan blog ni.
Apa tu?

KM7 akan menjadi follower
kepada sesiapa yang follow blog KM7 ni.
Senang cerita,
Kalau ada blogger yang follow
blog KM7 ni,
maka KM7 akan follow juga blog anda.
Ingat..cuma hari ini sahaja.
Hari-hari lain tu....tengok keadaanlah pula.
(p/s...sila tinggalkan pesanan dalam 
ruangan komen..kot-kot terlepas pandang)

Bukan selalu buat tawaran ni kan..
Jadi marilah kita sama-sama memeriahkan
dunia blogging ni untuk tahun 2012 ni pula.

Monday, July 4, 2011

Terima Kasih buat mereka yang memberi komen

Nampak tak kat  sebelah kiri entri ni?Mereka adalah rakan kongsi idea dalam blog KM7 ni.Dengan kata lain...senarai pemberi komen terbanyak dalam bolg KM7 setakat entri ini disiarkan.

Biasanya kita membuat entri penghargaan buat followers....termasuk followers bertuah yang mencapai bilangan sasaran dalam blog.Kali ini KM7 nak buat entri penghargaan dan terima kasih buat rakan-rakan blogger yang sudi datang dan memberi komen dalam blog KM7 ini.

Tiga orang blogger yang sering datang dan memberi komen dalam blog KM7 mengikut ranking ini ialah zmah(41),whitecappuccino(41) dan Khairil(38).Terima kasih..terima kasih dan terima kasih.Kepada blogger-blogger lain juga terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan meninggalkan komen anda.

KM7 rasa...bagus juga ada widget ini dalam blog masing-masing.Selain kita menghargai pemberi komen..kita juga dapat mengenali siapa yang rajin memberi komen dalam blog kita tu.Kalau ada kelapangan...bolehlah keluar makan-makan ker.hehe...yer ker?

KM7 cuba juga meluangkan masa untuk meninggalkan komen dalam beberapa blog.Cuma ada beberapa blog yang mana sukar untuk kita meninggalkan komen.Banyak sangat langkah yang perlu diikuti sebelum komen kita dapat dipaparkan.Hal inilah yang mematahkan semangat untuk menulis komen.Seolah-olah blog tersebut tak mesra komen.

Ok...Apapun..Terima kasih sekali lagi...Jangan lupa....datang lagi dan komen lagi.Komen anda amat dihargai.

Monday, June 20, 2011

Akhirnya mencecah 1000 juga

Terima kasih kepada semua followers

Hari yang menggembirakan...Tengok kat atas tu....dah mencecah angka 1000 followers KM7 ni.Terima kasih buat semua yang sudi follow blog KM7 ni.Tanpa anda semua....tak bermakna blog KM7 ni....

Mari kita lihat siapa pengunjung bertuah yang menjadi follower ke 1000 tu.Ini dia....si cantik manis....Nurul Honey.Terima kasih yer Nurul kerana sudi follow. Followers ke 999,998 dan semualah...anda semua pun KM7 ucapkan terima kasih.Kepada yang baru nak follow tu...silakan....

Ini dia blog Nurul Honey...cantik backgroundnya....penuh dengan bunga-bungaan.Kepada yang nak berkunjung ke blog Nurul Honey ni,sila klik di SINI

Blog Nurul Honey...follower ke 1000

Sunday, June 12, 2011

Pembersihan Blog List

Ehh...kenapa pula ni...nak bersihkan bloglist?Kat mana kotornya sehingga perlu dibersihkan tu?hehe...Sebenarnya dalam sehari dua ni KM7 dalam proses pengemaskinian bloglist KM7 ni.Mana-mana link blog yang tiada kaitan akan dibuang daripada bloglist KM7.

Alamak...link blog mana yang tiada kaitan tu?Jangan risau...bukan semua link blog terlibat.KM7 cuma akan buang link blog yang tak linkkan blog KM7 ke blog mereka jer.Haaa...baru adil kan...Orang berbudi kita berbahasa.

Mmmm.... kepada mana-mana blogger yang ada linkkan blog KM7 ke blog anda...tapi KM7 belum linkkan blog anda dalam bloglist KM7...tolong maklumkan yer....nanti KM7 akan masukkan.Kepada mana-mana link yang KM7 buang dari bloglist KM7....jangan marah yer...sebab dah lama link tu kat situ.....

Ok..Terima kasih kepada semua blogger yang telah sudi bertukar-tukar link dengan blog KM7.Selamat berblogging.

Thursday, June 9, 2011

"Saya follow blog dia...tapi dia tak follow pun blog saya...!"

Amacam tajuk entri kat atas tu?Ada kena-mengena dengan sesiapa ker?.Sajalah nak sentuh pasal followers blog ni kan....sebab ada orang suka kalau blog dia ramai follower.Tapi ada juga yang tak kisah...asalkan trafiknya sentiasa tinggi.

Memang kalau kita suka sesuatu blog tu...kita akan jadi follower blog tersebut.Kadang-kadang tu ada blogger baru yang follow bukan sebab suka...tapi nak tambah bilangan follower blog dia jer.Jadi....kita pun followlah juga blog mereka.Kalau tak follow...kesian pula.Sampaikan ada yang guna istilah u follow i...i follow u..

Hmm...biasalah tu...Kalau tak tulis istilah tu pun faham-fahamlah yer....Jangan pula ada yang merayu-rayu minta di follow.Ada orang tak suka macam tu tau!Apa hal pun...eloklah kita cari jalan supaya blog kita tu menarik sehingga orang sudi untuk follow tanpa dipaksa.

KM7 mengucapkan terima kasih kepada semua follower blog KM7.Hmmm..bilalah nak capai angka 1000 tu......

Thursday, November 18, 2010

Follower ke 500


Hari ini blog Kembara Minda 7
telah mendapat follower
yang ke 500
*
*
*
Terima kasih kepada
follower yang ke 500 iaitu
Syafiq Tengku
dari Batu Pahat,Johor
*
*
*


Beliau adalah pemilik blog
*
*
*
terima kasih sekali lagi.....
kepada syafiq tengku
sila hubungi KM7 melalui email
sebab ada sedikit cenderahati
untuk anda.
*
*
Terima kasih yang tak terhingga
kepada semua follower blog KM7
dah 500 orang ni....
tanpa anda,siapalah KM7
dalam dunia blogging ini.
Terima Kasih semua.


Tuesday, November 2, 2010

Blogku...rumahku...


Salam semua.Kali ini KM7 ingin berkongsi pendapat tentang blog.Tengoklah tajuk tu.Kenapa pula blogku rumahku?hmmmm ada yang meneka menulis blog dari rumah lah tu.heheh.Sebenarnya sebagai blogger,blog kita tu menggambarkan rumah kita.Macam mana pula tu?

   Sebelum kita mempelawa rakan-rakan datang ke rumah,eloklah dipastikan rumah kita tu sesuai untuk dilawati.Begitu juga blog,haa...sebelum rakan-rakan blogger datang buat lawatan,eloklah blog kita tu kemas,bersih,cantik dan sebagainya.Bab ini agak subjektif.Masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri untuk menghias blog.

   Ada orang suka blog mereka penuh dengan aksesori supaya pelawat akan berada lama-lama dalam blog mereka melihat-lihat aksesori yang dipamerkan.Bagi KM7 sendiri,masa mula-mula buat blog dulu macam tu lah.Semua benda nak dimasukkan ke dalam blog.Tapi sekarang ni,tengoklah apa yang ada dalam blog KM7 ni...kosong jer kan.Macam rumah takde perabot jer.hehhe.Jam pun takde...kesian...takpelah harap pelawat tak bosan datang ke blog KM7 ni.

   Satu lagi tentang shoutmix box tu...Ini ibarat tempat tuan rumah bertegur sapa dengan tetamu yang datang.Jadi eloklah jika diletakkan di tempat yang mudah dijumpai oleh tetamu.Ibarat kalau kita pergi ke rumah orang,tuan rumah asyik menyorok jer...lama-lama kita akan rasa malas nak ke sana lagi.betul tak?ermmm satu lagi pasal background blog kita tu,macam cat dinding rumahlah.Ada yang suka colourful,berbunga-bunga dan sebagainya.Bagi KM7,suka dinding yang kosong jer...hehhe mesti ada yang boring kan..tapi sesekali tu KM7 tukar juga cat dinding blog tu...ala..macam nak raya la..cat baru.

   Pasal header tu..bagi yang kreatif tu bolehlah buat macam-macam kan.Yang biasa tu ok juga asalkan orang tu rasa berkenan nak masuk...Alaa..kira macam pintu masuk rumah la..dari jauh lagi orang dah nampak..Ada orang selalu tukar header mengikut musim,tapi KM7 tak tukar header lagi tu..supaya senang pelawat-pelawat ni cam blog KM7..heheh.Bayangkan kalau selalu tukar pintu rumah...boleh keliru tetamu kita tu kan.hehhe..followers tu pula macam tetamu istimewa kitalah..kena jaga hati mereka ni.

   Oh ya..ada juga blog-blog tertentu yang memaparkan semua gambar pemilik blog,ahli keluarga,datuk nenek hinggalah kekasih hati...Kalau ibarat rumah,macam tuan rumah ni nak perkenalkan semua orang yang ada dalam rumah tu kepada tetamunya.Kira macam peramahlah tu.Tapi kena ingat juga...kebanyakan tetamu yang mengunjungi blog ni tak banyak masa...sebab banyak lagi blog lain nak pergi..jadi tak bolehlah nak beramah mesra sangat....heheh..

   Pasal entry pula...haa ini bab yang paling penting..entry ni ibarat perkara utama atau topik utama perbualan kita dengan tetamu yang datang.Mungkin juga hidangan yang kita sediakan buat tetamu.Jadi eloklah disediakan sebaik mungkin agar tetamu tidak bosan atau merasakan kunjungan mereka ke blog kita tu tidak berbaloi.Bagi tetamu yang selalu datang ke rumah kita,mestilah nak dengar perkara-perkara baru kan...jadi blog juga eloklah disediakan entry yang baru (sentiasa ada entry baru).Barulah pengunjung tak jemu-jemu datang.

   Banyak lagi nak kongsi,tapi dah panjang ni nanti boring pula.Lain kalilah kita sambung lagi.Semua yang tertera di sini adalah pendapat peribadi KM7.Kalau ada yang terasa hati,terlebih dahulu KM7 mohon maaf.Ok...selamat berblogging.

Monday, November 1, 2010

Tiba-tiba.......Inilah Pemenangnya...

TEMPAT  PERTAMA
Karya: penaberkala



Tahniah penaberkala...cerita anda memang best...bahasa pun boleh tahan juga.

TEMPAT KEDUA
Karya: Siti



Tahniah Siti....walaupun jalan cerita biasa saja tapi pengolahannya agak menarik

TEMPAT KETIGA
Karya: kroleZONE

 Tahniah kroleZONE...idea anda memang kreatif.Banyak kejutan dan suspen

Demikian tadi keputusan peraduan menyambung cerita yang telah diadakan pada 31/10/2010.TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang.Kepada yang tak menang tu,jangan sedihlah...pasal semua cerita tu best belaka.Biasalah adat bertanding,mesti ada nombor dan pemenangnya.

Susah juga nak memilih pemenang tu.Maklumlah semua cerita ada kekuatan tersendiri.Setiap orang mempunyai pilihannya yang tersendiri kan..maklumlah perkara ini agak subjektif.Jadi keputusan dalam peraduan ini berdasarkan penilaian KM7,maka keputusannya muktamad.hheehe..

Penghargaan juga buat semua yang masuk peraduan ini dengan sukarela sebab tidak dijanjikan sebarang hadiah,meskipun yang mendapat tempat pertama.Yang penting anda enjoy menyambung cerita-cerita tersebut.KM7 berjanji suatu hari nanti akan mengadakan peraduan yang sama dengan menyediakan hadiah-hadiah kepada pemenang.Sebagai penghargaan untuk peraduan ini,KM7 akan meletakkan link semua peserta peraduan ini dalam blog Kembara Minda 7.KM7 juga akan menjadi follower anda(.kalau sebelum ni KM7 nak letakkan link 3 pemenang saja,tak best pula camtu..pasal anda semua memang sporting).

Terima kasih sekali lagi...semoga anda berkunjung lagi ke blog Kembara Minda 7.


Tiba-tiba.....edisi memilih pemenang

Semalam 31/10/2010 KM7 ada buat satu peraduan menyambung cerita.Biarpun tiada hadiah untuk peraduan ini,namun sambutannya cukup baik dalam kalangan blogger.Terharu pula rasanya.KM7 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang menyertai.Terima kasih juga kepada yang datang ke blog KM7 untuk membaca ceritacerita yang dikarang oleh blogger yang kreatif ini.Mereka diminta menyambung cerita berikut;

Sekembalinya aku dari dewan kuliah pada malam itu,aku dapati lampu bilik masih menyala.Hmmm belum tidur lagi rupanya teman sebilikku ini.Setelah meletakkan beg ke meja,aku menjeling ke arah katil teman sebilikku itu.eh...ke mana pula dia ni?tak ada pun di atas katil.Biasanya kalau dia keluar,mesti dipadamkan semua lampu bilik terlebih dahulu.Hmmm tak apalah,lupalah tu.Sedang aku bersiap-siap untuk mandi,tiba-tiba..........................
Dan....berikut adalah hasilnya...Jom baca,kemudian dipersilakan memilih 3 terbaik.Anda juga dijemput untuk menjadi juri,namun keputusan muktamad akan dibuat oleh KM7 pada jam 5.30 petang 1/11/2010. 

 CERITA 1 
si biskut said...
...pintu bilik terbuka sendiri.Aku perhatikan dengan penuh debaran sehingga pintu itu tertutup dan yang menhairankan aku tidak ada kelibat seseorang di situ.Mahu mengatakan angin yang membukanya angin rasanya tidak ada..
Lagi mengejutkan aku dan meyeramkan aku bila kedengaran bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri aku.Uh,betapa hatiku berdebar-debar..peluh mula keluar.Aku mula tak betah bila sekali lagi aku macam kena serangan jantung selepas bahu ku dipaut dan...dan ada suara yang amat kukenali sangat-sangat...Suara teman sebilikku...
Jelas dia bersuara dan memberitahuku dengan nada yang agak cemas...
"Man,ini aku Saiful.Kau kena percaya aku telah menjadi Hollowman..".
October 31, 2010 4:41 PM

CERITA 2
izfanora said...... aku merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan aku. Dalam hati berkata-kata,'nak tengok belakang cam seram pula'.Aku buat tak tahu. Beristighfar panjang dalam hati, sambil memikirkan benda lain. Kenapalah budak nie keluar tak ajak aku. Merungut aku dalam hati.
Aku menuju ke tempat aku menyimpan barang-barang mandianku. Mataku asyik menjeling ke belakang sambil berjalan.Tanganku mencapai barang mandianku. Sebelum sempat aku mencapai, tanganku dicapai seseorang.'Ya Allah.. Apa kau buat kat sini Reen? Kau buat aku takut saja'.'Kau yang buat aku takut. Masuk tak bagi salam. Tiba-tiba ada kat meja tu. Aku baru nak ambil berus gigi, nak cuci muka sebelum tidur'.

>>saya join.. macam tahu-tahu saja saya suka mengarang..<<
October 31, 2010 4:58 PM

CERITA 3
Siti said...Tiba-tiba aku disergah dari belakang. "Opocot mak kau!" Aku melatah. Rupa-rupanya teman sebilikku itu yang cuba mengusikku. "Isy,apalah kau ni. Nasib baik aku tak mati terkena serangan sakit jantung tahu? Kalau tak... " . " Kalau tak, esok keluar berita muka depan surat khabar yang bertajuk seorang siswi meninggal dunia gara-gara kawannya. Itu ke kau nak cakap? Aku sudah tahu ayat kau. " Balas temanku tadi sambil ketawa berdekah-dekah.
"Hah, kau ni dari mana? Tiba-tiba je muncul macam hantu," tanyaku pula. "Aku dari bilik sebelah, bosan tinggal dalam bilik seorang diri tunggu kau pulang." Balasnya. "Sudahlah, aku mahu mandi dulu ni. Nanti kita berbual lagi." Belum sempat dia menjawap apa-apa, aku sudah sampai di depan kamar mandi. Dari jauh aku terdengar sayup-sayup suaranya memanggil aku. Hatiku mendengus sambil menggelengkan kepala, "Takut tinggal seorang dalam bilik lah tu."
Tiba-tiba......
Kedebukk! Bunyi sesuatu terjatuh. "Aduh, sakitnya." Aku mengerang kesakitan sambil membersihkan pakaianku. Lalu muncul teman bilikku tadi sambil berkata, "Itulah kau, aku tak sempat nak cakap tadi. Paip dalam bilik air ini bocor. Jadi, aku nak pesan kat kau supaya berhati-hati sebab lantai licin. Tapi kau sudah pergi dulu. Marilah sini aku bantu kau bangun."
Maka, terpaksalah aku mendengar bebelan temanku itu sampai aku tertidur. Keesokkan harinya, semua kawan-kawanku tahu mengenai kejadian aku terjatuh malam tadi. Dan kejadian itu telah menjadi bahan ketawa mereka.
p/s: Saya join jugak ni. ;)
October 31, 2010 5:13 PM

CERITA 4
Scarlett O'Hara said......aku terhidu bau harum bunga melur.Bulu romaku berdiri.Ramai memberitahuku bahawa bilik yang ku huni ini berhantu.Ku toleh ke kanan dan ku lihat, sesuatu sedang berdiri di hadapan almari.Meskipun lampu terpasang, aku tak dapat melihatnya dengan jelas kerana terlindung dek pintu almari yang separuh terbuka.Hanya rambut panjang berayun-ayun dengan bau melur yang makin menusuk hidung.Perlahan-lahan ku hampiri almari itu dan ku buka luas pintunya. "Ya Allah!" aku terjelepuk kaku.
"Kenapa kau ni?Macam nampak hantu je?"
"MasyaAllah!Mati hidup balik aku ingat hantu.Kenapa kau lepas rambut kau yang panjang macam pontianak tu?... dan yang wangi semacam tu dari mana datangnya?"soalku bertalu-talu
"Laaa... aku tengah lumur minyak rambut yang nenek aku buat nilah.Bau wangi tu bau minyak rambut akulah....."
Aku tak terkata apa kerana malu menyangka kawanku pontianak....
Sementara itu kawanku ketawa tak henti-henti.
October 31, 2010 5:36 PM

CERITA 5
  krole said...
tiba-tiba aku teringat akan peristiwa petang tadi,aku terlihat rakan sebilikku balik dalam keadaan kelam-kabut dan melalui air mukanya aku rasa mesti ada sesuatu yang tidak kena terjadi kepadanya.risau juga aku dibuatnya namun aku cuba memujuk hati ini agar tidak berfikir perkara yang bukan-bukan terhadapnya.Aku pun masuk ke bilik air namun sebelum aku sempat menutup pintu lampu bilik aku terpadam sendiri,terus lain fikiranku,mulalah dalam fikiran ini teringat akan cerita-cerita hantu yang selalu diceritakan oleh rakan sebilikku yang mengatakan dia sering ternampak lembaga wanita berlegar-legar ditengah-tengah bilik kami,dengan hati yang takut aku keluar dari bilik air dan cuba mencari suis untuk menghidupkan semula lampu dibilik kami,saat aku hendak menghidupkan semula lampu tersebut terdengar sedikit gelak tawa yang amat perlahan bunyinya,seram juga aku waktu itu.Apabila lampu menyala semula wuahhhh terkejut beruk aku,rupa-rupanya rakan sebilikku merancang parti kejutan untuk aku "HAPPY BIRTHDAY",tapi tiba-tiba semua diam,aku kehairanan sekejap dan aku pelik kenapa semua rakan-rakanku menutup mata...rupa-rupanya sewaktu aku keluar dari bilik air tadi aku lupa memakai tuala semula,aku pun menutup bahagian bawahku yang langsung tidak tertutup dengan seurat benang pun dan berlari kebilik air sambil menjerit...argggghhhhhhh~!!!

p/s : hehehehe
October 31, 2010 9:11 PM

CERITA 6
penaberkala said...nak try join tuan blog

KISAHKU DAN ROOMATE
Oleh : Penaberkala
.....tiba-tiba datang seorang kawan sekuliahku dengan terburu-buru. Tampaknya, dia seolah-olah dalam keadaan yang panik. “Amir, kenapa dengan kau ni. Aku tengok kalut semacam je nih? Dari mana kau datang?” Sapa aku pantas untuk mendapatkan kesahihan.
Dalam keadaan yang termengah-mengah, Amir bersuara.
“Roomate kau! Roomate kau! ……”
Tercungap-cungap Amir hendak menghabiskan ayat.

“Kenapa dengan roommate aku? Apa terjadi pada Muzek?” Pertanyaan aku keras memaksa Amir untuk menajwab kebuntuanku.“Ada yang berlaku pada housemate kau. Baik kau siap cepat. Nanti aku bawa kau ke sana. Nanti aku ceritakan segalanya pada kau nanti sebaik saja kita sampai di sana” Jelas Amir dengan tergopoh-gapah.
Lantas, aku persiapkan diri.
Terpaksa pakai balik persalinan aku tadi. Herm, tak mandi la aku jawabnya. Tak apalah, kecemasan punya pasal. Mandi bila-bila masa pun boleh, tapi kawan aku? Aku kena bersiap dengan kadar yang segera.
Sepantas lipas kudung, aku menyarungkan seluar dan bajuku, lantas kami bergegas turun dari tingkat 3 Village V4B. Amir membawa aku menaiki keretanya ke satu destinasi yang tidak aku ketahui. Ke mana arah tujunya? Aku bingung memikirkannya.

“Weh mir, ko nak bawa aku ke mana ni? Muzek kat mana? Apa sebenrnya terjadi pada dia? Ko nih, buat aku cuak je. Kamon la weh. Bagitau la aku sepatah. Story la sikit. Jangan nak seksa jiwa raga aku macam ni” Berleter panjang aku kepadanya sementara kereta yang dipandu Amir semakin memecut laju.
Kereta diberhentikan di depan tasik kampus kami yang berdekatan dengan Masjid An-Nur. Kelihatan ramai kelibat member-member yang aku kenali di situ. Aku semakin bingung, apa yang sebenarnya terjadi. Mereka seolah-olah mengelilingi sesuatu membentuk bulatan. Tak syak lagi, mesti mereka sedang mengelilingi Muzek.

“Tuh, Muzek di sana. Pergilah tengok apa terjadi padanya.” Arah Amir kepada aku.
Dengan keadaan yang agak kusut, aku terus berkejaran ke tempat mereka. Ternyata Muzek sedang terbaring. Dalam hati aku syak Muzek dipukul.Bila aku mendekati mereka, aku dikepung.
“Weh, apa nih?” gertak aku dengan cuak.

Pong –peng pong-peng bunyi telur pecah. Tepung dibaling ke arah aku tanpa belas kasihan. Baju aku yang hitam kini menjadi serba putih. Lekitan telur di badan sedikit merimaskan aku. Mereka bersorak dan berteriakan mengenakan aku.
“Happy birthday weh!” Ucapan yang mereka ucapkan pada aku. Owh, terkesima dan terharu. Sedikit geram sebab ditepung tawar dan disaluti telur seolah-olah mahu menggoreng aku menajdi telur dadar,hak3. Tapi, aku masih tersenyum. Nyata, merekalah kawan yang menghargai aku, mengingati tarikh lahir aku.

Malam berakhir dengan makan-makan dan minum-minum sambil dihiburkan dengna nyanyian dan petikan gitar yang mengasyikkan. Oh, baru ku tahu, beginilah rupanya PRANK BIRTHDAY yang dihebah-hebahkan selama ini. Herm, nasib aku tahun ni sebab terkena kat aku sendiri. Apapun, ia satu memori yang amat menarik untuk dikenang kembali. Terima kasih kawan-kawan

p/s : sory, terpanjang sedikit. terleka bila mengarang,haha.

CERITA 7
rozect said...tiba2...
ada bau yang cukup mengujakan deria pernafasan..dan aku terus menghidu. Uhhh.. wangi tul bau itu. Tp bunyi yang keriak keruk dari dalam almari kawanku terus menghentikan keterujaanku. Bunyi apakah itu??
Semakin menghampiri almari yang tertutup itu, aku mendengar tangisan yang sayup2 sahaja.. ishhh apakah itu? So, aku pun ketuk pintu almari..
"assalamualaikum.. i dah balik ni, knp dok kat dalam..kuarlah!"
then keluarlah sesusuk tubuh dengan mata yang merah berair dan rambut yang kusut! Oh kawanku rupanya..sedang menangis dalam almari sambil makan mamee.."renyuk, goncang, makan" yang best sgt tu..apalagi.. pastu kitaorang share story dan share mamee monster!
October 31, 2010 10:42 PM

CERITA 8
haszuraidah ishak said...lampu terpadam. Suasana menjadi gelap gelita. Teraba-raba aku menuju ke meja studi untuk mencari lampu suluh.. Malangnya, tidak kujumpa..Tiba-tiba ada tangan, memegang kakiku dari bawah meja..Aku terkaku, tidak mampu untuk bergerak. Kali ni dua2 kakiku dipegang dengan kemas, makin lama makin kuat.

Aku cuba bergerak, namun tidak berdaya. Tangan itu semakin mengganas, cuba menggoyangkan kakiku yang sudahpun lemah longlai. Aku cuba menjerit, namun tiada patah perkataan pon yang keluar dari peti suaraku. Aku cuba membaca ayat2 pelindung diri, tapi aku blank, otakku terasa kosong.

Tiba-tiba, ada satu suara yang kukenali.. Memanggil-manggil diriku.. Oooiiii..bangunla..dah subuh ni.. Bangun solat!!Aku tersedar dari mimpi. Chess, rupanya itu mainan tidur belaka.. p/s : saya join yer..hehehe
October 31, 2010 11:50 PM

HABIS CERITA
Ok...Cerita mana yang  menarik perhatian anda? sila pilih 3 cerita dan nyatakan dalam ruangan komen....Terima Kasih. 
 

Sunday, October 31, 2010

Tiba-tiba........(jom mengarang)

Salam semua.
1.   KM7 ingin mengajak anda menunjukkan kreativiti mengarang...(alahai...macam buat karangan kat sekolah lah pula).Ish..takde lah macam tu..simple jer ni.

2.   Saja-sajalah kan untuk menghilang stress ber'blogwalking'  tu.

3.   Hadiah?...ini bab yang payah nak jawab.hehe...senang cerita,takde hadiah..(mesti ada yang tak mahu join tu)Tapi KM7 rasa mesti ada kalangan blogger yang nak join bukan sebab hadiah kan!!Yang nak hadiah, nanti KM7 buat contest yang lain.

4.   Sebagai penghargaan,KM7 akan memilih 3 penulis yang kreatif,dan blog mereka akan di link kan dengan blog Kembara minda 7(dalam list Coretan terkini pengembara).Pastu KM7 akan buat entry khas untuk pemenang tu.lagi,KM7 akan jadi follower anda..

5.   Syarat?takde syarat khusus...anda cuma menulis dalam ruangan komen tu jer.Tak banyak...dalam beberapa ayat saja.jangan panjang-panjang,takut tak sempat nak baca.Penting...sila guna Bahasa Melayu yang betul.Tarikh tutup...pukul 12.00 malam ini (31/10/2010).Pemenang akan diumumkan esok,Isnin pukul 5.30 petang.(1/11/2010)

Ok...tugasannya.....(macam arahan kat pelajar pula...hehe sorry...dah terbiasa...).Anda perlu menyambung cerita di bawah ini saja.....

Sekembalinya aku dari dewan kuliah pada malam itu,aku dapati lampu bilik masih menyala.Hmmm belum tidur lagi rupanya teman sebilikku ini.Setelah meletakkan beg ke meja,aku menjeling ke arah katil teman sebilikku itu.eh...ke mana pula dia ni?tak ada pun di atas katil.Biasanya kalau dia keluar,mesti dipadamkan semua lampu bilik terlebih dahulu.Hmmm tak apalah,lupalah tu.Sedang aku bersiap-siap untuk mandi,tiba-tiba..........................

Sila sambung cerita tersebut.....selamat mengarang.

Friday, October 29, 2010

Sukarnya menulis blog

 (foto:Google)
" Wargghh.....apa ni...tak ada idea langsung nak menulis"
Pernahkah anda menghadapi situasi begini?
Mungkin ya,bagi kita yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia blogging ini.
bagi mereka yang sudah lama dalam dunia blog,
rasanya tak ada masalah langsung
letak jer jari kat keyboard  tu...lancar jer mengarang.

(foto:Google) 
KM7 rasa,sebelum menulis sesuatu entry tu eloklah
kita fikirkan siapa yang nak baca blog kita ni....dengan kata lain siapa target group
lepas tu baru kita fikirkan pula tajuk dan kandungan blog
ini yang susahnya kan....
nak cari idea yang bernas ni bukan mudah
*
*
*
 * 

 (foto:Google)
Idea ni sesuatu yang boleh datang bila-bila masa saja
mungkin semasa kita sedang memandu,makan,belajar atau bersiar-siar
atau semasa sedang berbual-bual.
Maka mulalah kita berkira-kira nak menulis tentang hal tersebut
Pernah tak anda mendapat banyak idea dalam satu-satu masa?
baguslah tu...lebih baik buat catatan terlebih dahulu
rasanya tak ramai yang buat catatan awal ni

 (foto:Google)
KM7 pun tak pernah lagi buat catatan awal ini.
biasanya pakai tangkap muat jer.hehehe
KM7 rasalah blog-blog yang bagus tu
mesti penulisnya ada buat perancangan awal
nak tulis isu apa.
barulah blog tadi berkesan dan mendapat sambutan.
tapi kan....kalau blog tu serius sangat
rasanya tak ramai yang akan baca sampai habis.
habis tu nak tulis apa?
Itu pun satu masalah juga
nak tahu apa yang orang nak baca
*
*
*
senang cerita,KM7 nak tanya 
pembaca blog Kembara Minda 7 ni 
Apa yang anda ingin KM7 tulis dalam blog ini yer?
mungkin pendapat anda tu boleh memberi idea baru
untuk KM7 terus menulis
(maaflah macam soal selidik pula) 

(foto:Google)
Apabila semuanya sudah beres...
seronok jer kita mengarang dalam blog kan..
semasa mengarang tu,rasanya kita tidak mahu diganggu kan!
tapi bagi yang sudah berkeluarga,cabaran tu banyak
juga apabila kita berjinak-jinak nak menulis blog ini.
Yer lah..kejap-kejap suami/isteri panggil
kejap-kejap anak-anak pula kacau.
hmm...kalau diambilkira semua tu jawabnya
tak dapatlah nak update blog ni setiap hari.
macam mana lah yer mereka yang dapat
upload lebih daripada satu entry sehari ni...tak de gangguan ker.
*
*
*
apa pun kalau dah minat tu
semua masalah boleh diselesaikan.
Oklah...selamat menulis blog kepada semua blogger
elok juga berkongsi tip
untuk mendapatkan idea dan menulis blog
yang baik dan berinformasi.

Tuesday, October 19, 2010

Terima Kasih BEN ASHAARI


Salam semua.

Cuba lihat siapa follower ke 371 blog KM7 ni.

Encik BEN ASHAARI.

Wah...bangganya KM7 sebab Encik BEN ASHAARI sudi

menjadi follower blog Kembara Minda 7 ni.

maklumlah siapalah KM7 yang baru belajar berblog ni

jika dibandingkan En. BEN ASHAARI yang sudah terkenal tu.

Apapun,hal ini menjadikan KM7 terus bersemangat

untuk terus berblog.

Sekali lagi,Terima Kasih En. BEN ASHAARI.

Saturday, September 25, 2010

Followers ke 300

KM7 begitu terharu dan gembira kerana followers sudah mencecah 300 orang.Followers ke 300 KM7 ialah sarahnajwan.Terima kasih kerana follow blog kembaraminda7.Sebagai tanda penghargaan,en3 kali ini KM7 dedikasikan khas buat sarahnajwan.Jadi KM7 nak promosi blog sarahnajwan.

Haaa..tu dia tuan empunya diri.Kalau nak kenal lebih lanjut,sila ke blog beliau: sarah-najwan.blogspot.com


Blog beliau ialah Permata Hatiku.en3 barunya bertajuk kain oh kain.KM7 pun akan singgah ke blog tersebut dan menjadi followernya juga.Ok..sekali lagi terima kasih sarahnajwan.Nanti rajin2 ler ke blog KM7 ni yer.

Kepada followers KM7 yang lain,KM7 juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua.Anda sangat bermakna buat KM7.Terima kasih juga kepada semua pengunjung blog kembaraminda7 ini.

Selamat berblog,jumpa lagi.