Pernah makan etak salai? Peminat etak tentunya akan mengatakan sedap! Saya sendiri pun sudah lama tak makan etak salai ini. Dulu-dulu etak salai ini hanya ada satu perisa sahaja, iaitu masin. Sekarang ini ada
macam-macam perisa seperti tomyam, pedas, bbq dan lain lain-lain yang mungkin saya tak tahu. Kalau dulu etak salai dijual dengan harga 50 sen hingga RM 1 bagi satu bungkus. Sekarang harganya bermula dari RM 5 bagi satu bungkus.
Dua bungkus etak salai dalam gambar di atas saya beli di pasar tani dengan harga RM 5 sebungkus. Perisa tomyam dan perisa bbq. Tak cuba tak tahu. Sekali cuba rasa nak lagi. Begitulah kalau dah terjebak dengan etak salai. Setiap kali ke pasar tani mesti beli 2 bungkus.
Etak salai ini kalau di Kelantan peminatnya akan makan begitu sahaja. Namun ada sesetengah orang makan etak salai dengan nasi kerabu. Terpulanglah nak makan macam mana. Harus diingat sebelum makan, pastikan anda tahu nak buka kulitnya macamana.
Bagi saya, makan etak salai ini seumpama kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Dahulu tak banyak pilihan makanan yang ada. Etak salai boleh dibeli apabila penjaja yang biasanya terdiri daripada makcik-makcik yang menjual etak salai dengan menjunjungnya dalam dulang atau besen. Budak-budak dahulu pandai makan etak salai ini. Budak-budak sekarang awas, bimbang tertelan kalau tak biasa makan.
Saya percaya masih ada yang mengingati pengalaman mencari etak di sungai-sungai. Kemudian etak tersebut boleh disalai atau dijemur di bawah panas matahari sebelum dimakan. Nostalgia sungguh!
Rasanya saya tidak pernah makan lagi etak salai.
ReplyDeletekat Kelantan banyak. boleh cuba
DeleteTak pernah makan, kali pertama mendengarnya, mesti sedap kan.
ReplyDeletemesti cuba. sekali cuba mesti suka. hehe
DeleteSy x pernah mkn etak salai ni.. br tau etak ni pun dr sahabat2 blog juga
ReplyDeletekena cuba tu
DeleteBab makanan banyak saya tahu nama..mesti sedap ni kan
ReplyDeleteya sedap
DeleteLah...? dah ada perisa? Uncle tau yg rebus tu je....
ReplyDeletemacam-macam perisa. ikut perkembangan masa. hehe
DeleteGerai tepi jalan ada jual. Tapi tak pernah rasa setakat ni.
ReplyDelete