expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, July 11, 2025

Mengembalikan Nostalgia Makan Etak Salai


Pernah makan etak salai? Peminat etak tentunya akan mengatakan sedap! Saya sendiri pun sudah lama tak makan etak salai ini. Dulu-dulu etak salai ini hanya ada satu perisa sahaja, iaitu masin. Sekarang ini ada

Monday, September 3, 2018

Piramid Makanan Malaysia


Kreatif juga bentuk piramid makanan ini. Biasa kita lihat piramid makanan dalam bentuk poster, tapi kali ini piramid yang bukan sahaja boleh dilihat tapi boleh disentuh. Saya rakam gambar ini di meja kantin sekolah. Sambil makan bolehlah kenal pasti sama ada makanan yang dimakan itu mengikut saranan piramid makanan atau tidak. Jom layan...

Thursday, August 30, 2018

Kedai Nasi Dagang Terkenal di Kelantan


Ramai yang memperkatakan kesedapan nasi dagang di sini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Nama kedai ini ialah Kak Ju Nasi Dagang. Terletak di Jalan Melawi-Semerak, Cherang Ruku, Kelantan. Dekat saja dengan Tok Bali. Kalau waktu pagi tu, ramai juga pengunjung singgah makan. Wah.. meriah betul! Rasanya memang sedaplah. Nanti nak ke sana lagi.

Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie


Teringin hendak makan roti tempayan yang sedap, tapi tak tahu di mana? Saya ada jawapannya... Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie. Terletak di Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan. Kedai makan ini memang popular, ramai pengunjung ke sini untuk makan roti tempayan cheese. Saya sendiri pun sudah banyak kali ke sana.

Friday, September 4, 2015

Roti Pattaya dan Roti Caber Special



Biasa kita makan nasi goreng pattaya. Kali ni saya nak perkenalkan roti pattaya pula. Pertama kali saya makan roti ni.....Rupanya macam gambar kat atas tu. Hmmm boleh pilih nak roti pattaya ayam mahupun daging. Rasanya memang sedap, berbaloi dengan harga cuma RM 5 sebiji.

Saturday, December 20, 2014

Roti jala pink


Hujan-hujan musim banjir ni kan...rasa lapar, asyik nak makan aje. Maka petang ni puan isteri saya dah buatkan satu menu yang special...roti jala kaler pink. Wah...selalu roti jala warna kuning, kali ni kita buat kaler pink pula. Makan panas-panas sedap.

Thursday, October 23, 2014

Ikan celup tepung


Inilah yang dinamakan ikan celup tepung. Tentunya ramai yang dah biasa makan. Kalau ke pantai, menu ni banyak dijual di gerai-gerai tepi pantai. Memang sedap kan... Tapi kena pastikan ikan yang dipilih untuk digoreng tu segar dan bancuhan tepung untuk dicelup ikan tu secukup rasa. Kalau bancuhan tepung tak sedap...maka hasilnya tak sedap...

Sunday, July 27, 2014

Acara membungkus tapai


Jadi ker esok raya?hehe...Ramai perantau sudahpun berada di kampung masing-masing untuk menyambut hari raya. Masing-masing dah tak sabar untuk bergembira di hari raya. Pelbagai juadah sudah dan sedang disediakan sejak beberapa hari lepas lagi. Kali ini saya nak tunjukkan sejenis makanan yang popular di Kelantan semasa hari raya. Namanya tapai...lebih dikenali sebagai tapir di Kelantan. Bukan tapir dalam zoo tu yer!

Tuesday, July 22, 2014

Nasi Kerabu Biru


Segalanya bermula dengan bunga biru ini yang sedang berkembang di tepi pagar belakang rumah. Pokok ni bukan tumbuh sendiri yer, tapi ditanam oleh isteri saya. Maka timbullah idea untuk membuat nasi kerabu biru. Rupa-rupanya inilah pokok yang menghasilkan bunga biru untuk menjadikan nasi kerabu tu berwarna biru. Macamana nak buat ni?

Wednesday, May 28, 2014

Ayam Pansuh Sarawak


Memperkenalkan ayam pansuh, sejenis masakan yang popular bagi masyarakat Iban dan Melayu di Sarawak. Uniknya ayam pansuh ini ialah cara memasaknya menggunakan buluh. Sekali tengok macam tengah bakar lemang saja...Biasanya daging ayam tu dicampur dengan daun ubi, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar untuk satu jangkamasa dengan api yang sederhana kuat.

Tuesday, May 27, 2014

Pulut kuning pembakar semangat


Pulut kuning, ada juga yang menggelarkannya sebagai pulut semangat. Disediakan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan juga menyambut kelahiran. Warna pulut tu bergantung kepada tuan rumah atau tuan kerja lah kan...sebab pulut asal berwarna putih...boleh diwarnakan apa warna sahaja. Paling popular warna kuning...nampak kemewahan dan semangatnya. Jangan lupa...taburkan telur yang digoreng dan dihiris halus untuk nampak cantik sebagai hiasan dan dimakan bersama pulut tersebut. Majlis apa ni?...

Saturday, May 10, 2014

Sandwich ala UNISZA


Dah bosan tengok bentuk sandwich yang biasa? Apa kata anda cuba jer sandwich macam dalam gambar kat atas tu. Anak-anak tentu suka tengok bentuk macam kucing tu...jadi pastinya mereka takkan lepaskan peluang untuk merasa sendiri sandwich yang cantik tu. Siapa buat ni?

Sunday, March 30, 2014

Sotong.ketam, ikan dari Thailand


Thailand memang banyak mengeluarkan produk makanan laut yang dikeringkan. Gambar kat atas tu menunjukkan makanan yang dikeringkan atau diproses sama ada digoreng atau sebagainya dengan pelbagai perisa. Saya beli masa pesta makanan Thai di Kota Bharu, baru-baru ini. Harga sebungkus makanan tu adalah RM10.

Thursday, March 27, 2014

BBQ ayam di Tegayong



Acara santai bersama ahli keluarga apabila semua berkumpul, mesti ada makan-makan. Kali ni kita makan ayam bbq pula yer. Biasa orang buat bbq sebelah malam, tapi kami memilih untuk 'membakar' ayam-ayam tu sebelah petang. Kalau buat sebelah malam...tak berapa nampak pula ayam tu masak ker tidak..hehe.Petang tu ada beberapa menu lain selain ayam bakar, seperti bihun goreng, nasi goreng, dan menu pembasuh mulut. Jom saksikan aktiviti sepetang bersama keluarga ini...

Monday, March 24, 2014

Laksa Pattani


Kalau disebut laksa, macam-macam laksa ada..laksa Penang, laksa Kelantan, Laksa Johor. Pendek kata setiap negeri ada laksanya sendiri. Kali ni kita cuba laksa Pattani pula...kira merentas sempadan Siam sana. Laksa Pattani ni halus jer..besar sikit daripada bihun.Macam dalam gambar kat atas tu la laksa Pattani. Bagi mereka yang berada di Kelantan, rasanya dah biasa juga dengan laksa ni.

Tuesday, March 18, 2014

Jeruk Madu Pak Ali


Suka makan jeruk? Bukan perempuan mengandung saja yang suka makan jeruk, lelaki pun ada yang kaki jeruk.hehe.. Sebelum ni saya biasa dengar nama jeruk  madu Pak Ali .Sekarang jeruk Pak Ali sudah ada di Kelantan,khususnya Pasir Tumboh. Jadi senanglah sikit kalau nak makan jeruk buah-buahan. Rasanya sedap dan harga pun berpatutan. Tak perlu lagi ke Pulau Pinang semata-mata nak beli jeruk Pak Ali.

Thursday, March 13, 2014

Kuih Lup Chup Kota Bharu


Nampak macam sedap jer..macam-macam buah ada tu. Ingatkan buah betul, rupanya sejenis kuih. Kreatif dan berimaginasi sungguh pereka kuih ni. Nama kuih yang dikatakan berasal dari Thailand ini ialah Lup Chup. Kuih Lup Chup kat atas ni adalah Lup Chup Kota Bharu sebab dibuat di Kota Bharu. Apa istimewanya kuih ini?

Tuesday, March 4, 2014

Hot Dog Special


Sila jangan telan air liur tengok gambar makanan...hehe. Tak lama lagi masa untuk tidur, tak elok makan sebelum tidur yer. Gambar makanan kat atas tu adalah menu dinner kami tadi. Hot dog special...disediakan sendiri oleh puan isteri saya.

Thursday, February 27, 2014

Ekspo Kelantan-Linxia 2014


Bagi anda yang berada di Kelantan hujung minggu ni bolehlah ke Ekspo Kelantan-Linxia, makanan halal antarabangsa.  Ekspo yang bermula pada 25 Februari hingga 1 Mac ini bertempat di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke IV.

Tuesday, February 25, 2014

Ketam besar ni!


Alhamdulillah, kali ni kami berpeluang makan ketam besar..huhu..besar mana tu?Tengoklah gambar tu...seekor ketam penuh sepinggan.Bukan senang juga nak makan... siap ada acara ketuk-mengetuk kulit ketam yang keras untuk dapatkan isinya. Menu apakah masakan puan isteri saya malam ni...saya pun tak tahu..yang saya tahu, ketam.haha..