Satu lagi koleksi foto kesayangan saya ialah foto di Pulau Perhentian ini. Foto ini dirakam menggunakan handphone semasa saya dan keluarga ke sana beberapa tahun dahulu. Tidak dinafikan
Belek-belek koleksi gambar lama saya, tertarik pula dengan satu gambar menu masakan kampung ini. Gambar ini saya rakam sewaktu makan tengahari di rumah ibu satu waktu dahulu. Pasti ramai yang rindukan
Suka pula saya dengan gambar pensel warna ini. Bukan main gigih lagi saya merakam gambar pensel warna yang disusun sebegitu. Setelah beberapa kali dirakam, inilah hasilnya. Cukuplah untuk
Buah cempedak ini bukan di luar pagar, tapi masih dalam pagar rumah saya. Nama saintifiknya Artocarpus interger. Semasa foto ini dirakam, buahnya belum besar lagi, tapi jumlahnya agak banyak. Harap-harap dapatlah merasa hasil cempedak berbuah sulung ini.
Foto bunga kemboja merah ini baru saja dirakam di halaman rumah sendiri. Cantik kombinasi warnanya iaitu putih, kuning dan kemerahan. Usia sebenar pokok kemboja ini sudah melebihi 5 tahun. Saya telah mengalihkan kedudukan asalnya yang berhampiran dengan rumah ke kawasan tepi pagar rumah. Gambar asalnya boleh KLIK DI SINI. Idea untuk menanam pokok kemboja merah ini saya dapat apabila melawat satu tempat di Perak. KLIK DI SINI.
Foto pertama dalam koleksi foto istimewa saya ini, saya tampilkan basikal mountain bike di pantai Nami, Bachok. MTB Kootu milik saya sendiri ini sudah banyak berjasa membawa saya bersiar-siar sambil beriadah sekitar Bachok. Salah satu lokasi istimewa dan popular di Kelantan ini ialah pantai Senok atau lebih dikenali sebagai pantai Nami, mungkin disebabkan pantai ini terdapat banyak pokok ru, seolah-olah berada di pantai Nami Korea. Sangat cantik dan sesuai untuk photoshoot. Lagi koleksi foto boleh KLIK DI SINI atau KLIK DI SINI atau KLIK DI SINI .