Perlukah diadakan sambutan sempena ulang tahun perkahwinan? Mungkin terdapat beberapa pandangan dan alasan tersendiri. Bagi saya, tak ada masalah selagi tidak keterlaluan atau bertentangan dengan agama dan adat. Setiap kali apabila tiba 19 Ogos, kalau masih ingat dalam ingatan, in sha Allah saya akan sambut. Bukan buat apa-apa pun, sekadar keluar makan bersama isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kita masih ingat tarikh penting dalam kehidupan bersama keluarga. Kali ini di mana?
Showing posts with label Kenangan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Perkahwinan. Show all posts
Sunday, August 19, 2018
Sunday, December 29, 2013
Perkahwinan Fizo dan Mawar
Selamat pengantin baru kepada Fizo dan Mawar. Saya ingin berkongsi gambar-gambar majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Pasir Putih, Kelantan semalam. Terima kasih dan kredit kepada saudara Irfan Daud atas kebenaran menggunakan gambar asal koleksi beliau.
Monday, December 16, 2013
Ahmad Saadi & Radiah 2013
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Ahmad Saadi dan pasangannya Radiah. Kedua-duanya bekas pelajar saya..tak sangka bertemu jodoh satu sekolah yer..
Wednesday, December 11, 2013
Ghazali & Suria 11.12.13
Tarikh 11.12.13 begitu istimewa bagi mereka yang sukakan angka..Jangan ingat Che Ta saja suka tarikh ni yer..hehe..Saya juga mengambil kesempatan untuk mengabadikan tarikh cantik ini dalam entri ini.Gambar kat atas tu adalah gubahan bunga matahari yang sangat istimewa oleh orang yang istimewa dalam hidup saya....Saya rakamkan hari ini sebagai tanda gubahan tersebut masih wujud hingga ke hari ini. Sebenarnya gubahan tersebut dihasilkan oleh tunang saya (pada masa itu) pada tahun 2004 lagi. Buktinya dalam gambar di bawah adalah gambar asal yang ada dalam album saya. Betapa lamanya saya menyimpan gubahan dari kain tuala itu...masih seperti dulu.
Masa hari pertunangan dulu...tarikhnya cantik juga...kami pilih 02.02.04...Saya dah terfikir nak simpan saja gubahan ini sebagai kenangan untu tatapan isteri dan anak-anak kami. Alhamdulillah...hasrat tersebut dapat direalisasikan juga.Kalau barang makanan macam kek tu mana boleh simpan kan...hanya simpan dalam bentuk gambar je lah.hehe...
Lagi gambar....
Wednesday, December 4, 2013
Syazwan & Norfarizah 2013
Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Syazwan dan pasangannya Norfarizah. Syazwan adalah bekas pelajar SMKAM SPM 2005.Pasangan pengantin ini telah selamat diijabkabulkan pada 23 November 2013.
Sunday, December 1, 2013
Rifqi & Farah 2013
Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Rifqi dan Farah. Tahniah juga kepada cikgu Zawawi dan keluarga kerana menerima menantu pertama. Tak lama lagi dapat pangkat Datuk lah yer.hehe...
Saturday, November 23, 2013
Ini dia...pengantin baru
Hari ini saya dan keluarga telah menghadiri kenduri kahwin anak sepupu di Melor, Kelantan.Cuaca cerah hari ini setelah beberapa hari lepas hujan turun tak berhenti, melancarkan lagi perjalanan majlis. Di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada Fairuz dan pasangannnya Ridhuan. Gambar kat atas tu adalah kad undangan dan kad cenderahati.
Monday, November 18, 2013
10 tahun yang lalu
Gambar ini dirakam pada tahun 2004 di Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan. Kira-kira dah 10 tahun yer. Nampak muda pula orang-orang dalam gambar tu kan.hehe..Begitu cepat masa berlalu.Bagus juga ada gambar ni,bolehlah disimpan sebagai kenangan.
Lebih penting lagi, gambar ini adalah kenangan semasa saya mula-mua kahwin dulu. Yang pakai tudung merah tu lah puan isteri saya. Yang lain tu adalah ahli keluarga saya.Masa baru-baru kahwin ni kami tak sempat nak pergi honeymoon.Sekarang ni kalau pergi ke mana-mana, siap bawa anaklah kan. Jadi kepada pasangan pengantin baru tu...eloklah terus pergi honeymoon.Jangan tangguh-tangguh, nanti tak jadi pula.
Rasa macam nak pergi semula ke tempat tu sekarang dan ambil gambar dalam kedudukan yang sama macam gambar kat atas. Rasa-rasanya jadi ker?Tengoklah kalau ada kesempatan yer.
Saturday, September 7, 2013
Kad kahwin ni cantiklah
Mula-mula tengok kad ni,
ingatkan kad hari raya ker apa...
rupa-rupanya kad undangan ke
majlis kesyukuran perkahwinan.
Simple tapi cantiklah kad tu.
Sebenarnya itu adalah jemputan ke
majlis perkahwinan bekas anak murid saya.
Dah ramai rupanya anak murid yang telah
dan akan melangsungkan perkahwinan.
Majlis tu hari ni yer!
Selamat pengantin baru buat
Nik Solehah Mujahidah dan pasangannya.
Monday, August 19, 2013
Selamat ulangtahun perkahwinan
Selamat menyambut
ulangtahun perkahwinan ke-9
buat kami
pada 19 Ogos.
Sekejap jer masa,dah pun 9 tahun.
Semoga dirahmatiNya dan berbahagia selalu.
Wednesday, February 13, 2013
Cenderahati daripada pengantin cikgu Dayah
Kalau kita ke majlis perkahwinan,biasanya adalah cenderahati daripada pengantin kan! Saya rasa tentu ada orang yang suka buat koleksi pemberian pengantin ni. Seperti dalam entri sebelum ni,kali ni juga saya nak tulis pasal kenduri kat rumah cikgu Dayah di Ajil,Terengganu.Tengok dalam gambar kat atas tu...haa tu lah cenderahati yang comel daripada cikgu Dayah kepada tetamu istimewa yang datang ke majlisnya.
Cikgu Dayah kita ni memang suka purple.Tengoklah kotak dan rama-rama tu pun warna purple.Alaaa... kira sama macam logo blog saya ni kan!hehe..Nak puji jugalah...cantik rama-rama tu.Nasib baik tak boleh terbang,kalau tidak tak larat nak kejar.
Oh ya...pasti ramai yang nak tahu apa isi kandungan kotak purple tu kan?Jom kita tengok....
Tuesday, October 16, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Sekitar Majlis Persandingan CT
Seperti yang dijanjikan,entri kali ini adalah
sekitar majlis persandingan adik bongsu saya.
Pintu masuk ke rumah dihias dengan pintu gerbang.
Sunday, September 23, 2012
Pengalaman pertama menjadi wali
Inilah kali pertama saya menjadi wali,
untuk perkahwinan adik bongsu.
Biasanya saya jadi pengantin jer...cewahh....
Sunday, September 16, 2012
Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-8
Just for You Sue
Ini adalah hadiah buat isteri sempena ulangtahun perkahwinan
kami yang kelapan baru-baru ini.Tarikhnya biarlah rahsia.
Friday, June 1, 2012
Ekslusif:Gambar Perkahwinan saya
Atas permintaan, dan seperti yang dijanjikan maka saya buat entri pasal perkahwinan ini.Ekslusif untuk pembaca blog ini kerana gambar-gambar perkahwinan saya tak pernah lagi disiarkan dalam blog mahupun FB.Maklumlah...orang dulu-dulu kahwin takde FB..Bukan macam orang sekarang,majlis persandingan belum selesai lagi tapi gambar dah boleh dilihat seluruh dunia.Rasa lucu pun ada apabila melihat semula gambar-gambar ni....
Subscribe to:
Posts (Atom)