Biarpun cuma seekor kucing, namun kehadirannya dalam keluarga kami sangat memberi makna. Hanya mereka yang menyukai haiwan peliharaan saja yang tahu perasaan seseorang yang kehilangannya buat selamanya. GEBU nama kucing pertama yang kami bela telah pergi buat selamanya. Tidak diketahui punca kematiannya kerana tiada tanda-tanda sakit sebelum ini.
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Monday, July 8, 2019
Wednesday, December 11, 2013
Ghazali & Suria 11.12.13
Tarikh 11.12.13 begitu istimewa bagi mereka yang sukakan angka..Jangan ingat Che Ta saja suka tarikh ni yer..hehe..Saya juga mengambil kesempatan untuk mengabadikan tarikh cantik ini dalam entri ini.Gambar kat atas tu adalah gubahan bunga matahari yang sangat istimewa oleh orang yang istimewa dalam hidup saya....Saya rakamkan hari ini sebagai tanda gubahan tersebut masih wujud hingga ke hari ini. Sebenarnya gubahan tersebut dihasilkan oleh tunang saya (pada masa itu) pada tahun 2004 lagi. Buktinya dalam gambar di bawah adalah gambar asal yang ada dalam album saya. Betapa lamanya saya menyimpan gubahan dari kain tuala itu...masih seperti dulu.
Masa hari pertunangan dulu...tarikhnya cantik juga...kami pilih 02.02.04...Saya dah terfikir nak simpan saja gubahan ini sebagai kenangan untu tatapan isteri dan anak-anak kami. Alhamdulillah...hasrat tersebut dapat direalisasikan juga.Kalau barang makanan macam kek tu mana boleh simpan kan...hanya simpan dalam bentuk gambar je lah.hehe...
Lagi gambar....
Thursday, November 14, 2013
Selamat bertukar Kak Nah
Setelah 7 tahun menabur khidmat di SMKAM, akhirnya tiba juga detik perpisahan itu. Cik Hasnah Yaakob atau lebih dikenali sebagai kak Nah telah bertukar ke salah sebuah sekolah lain dalam daerah yang sama.
Pembantu tadbir kewangan yang komited terhadap kerja ini menerima pertukaran tempat kerja ini sebagai satu tuntutan dalam perkhidmatan. Justeru beliau sedia menggalas tanggungjawab di tempat baru nanti.
Kami warga SMKAM mengucapkan selamat bertukar kepada kak Nah.Semoga tempat kerja barunya nanti lebih bermakna baginya. Ingat-ingatlah kami semua.
Tuesday, November 12, 2013
Kami sudah bersara
Akhirnya tiba juga hari persaraan. Soerang guru dan seorang staf tempat saya bertugas telah diraikan dalam satu majlis persaraan di sekolah. Majlis yang diadakan secara sederhana kerana dalam musim peperiksaan, bagaimanapun berlangsung dengan penuh meriah dan sedikit emosi, maklumlah suasana sedih nak berpisah dengan rakan sekerja dan anak-anak murid kesayangan.
Puan Muhaini, guru Sains yang berpengalaman telah memilih untuk bersara awal. Beliau juga adalah bekas guru saya dulu semasa mengajar saya di tingkatan dua. Tak sangka yer dulu bekas guru, dah jadi rakan sekerja dan kini telah bersara.
Puan Kamilia adalah pembantu makmal yang berpengalaman dan mudah mesra. Dah lama berkhidmat di SMKAM ni, tentunya ramai pelajar yang mengenali beliau. Semoga kedua-dua yang telah bersara ini dapat memenuhi masa persaraan dengan aktiviti yang diidamkan atau mungkin yang tertangguh semasa kesibukan waktu bekerja dahulu. Selamat menempuh alam persaraan.
Friday, November 8, 2013
Nostalgia 001 @ SMKAM
Sekadar berkongsi beberapa keping gambar lama
untuk tatapan pelajar saya.
tarikh, masa dan aktiviti tidak disertakan.
Harap tuan punya diri masih ingat...
lagi gambar....
Monday, March 25, 2013
Sesuatu untuk kenangan
Anda ada sesuatu untuk kenangan?semestinya ada kan.Banyak cara untuk kita simpan sesuatu kenangan sepanjang hayat kita.Saya suka menyimpan sesuatu kenangan itu dalam bentuk gambar foto.Mungkin suatu hari nanti gambar-gambar ini akan mengembalikan nostalgia buat mereka.Entri kali ini saya penuhkan dengan gambar-gambar yang baru dirakam petang tadi semasa kami dan keluarga berkelah di pantai.
Lokasi kali ini ialah pantai Irama,Bachok.Dekat jer dengan rumah,dalam 30 minit perjalanan.Nak pergi jauh-jauh pun kesuntukan masa.Dekat pun jadilah untuk mengambil angin petang bersama keluarga.Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam.Biarlah gambar yang berbicara....
lagi gambar.....
Tuesday, November 6, 2012
Saya sayang dan rindu USM
Dah lama meninggalkan IPT,rindu pula rasanya.
saya dulu belajar kat USM Pulau Pinang untuk degree.
selama 4 tahun di pulau mutiara tu,
banyak juga kenangan yang dikecapi.
lebih manis lagi...saat bergelar pelajar universiti.
saya pasti anda juga ada kenangan terindah
semasa belajar di universiti.
apapun...saya sayang dan rindu pada USM...huhu..ayat jiwang sikit.
kepada adik-adik yang sedang belajar kat USM tu...
selamat belajar...
Monday, October 22, 2012
Pindah rumah:CD masuk kotak
Semua CD kat atas tu adalah koleksi lama saya.
Sekarang dah masuk kotak semula,
maklumla....tak lama lagi nak pindah rumah.
Koleksi CD lagu tu semua original tau!
Banyak keping juga tu...lupa nak kira.
masa muda-muda,zaman bujang dulu
memang hobi saya membeli CD lagu original.
sekarang ni...tak lagi,
bajet tu buat beli susu anak pula.
p/s: sesekali mendengar lagu lama,teringat memori lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)