Memiliki halaman rumah yang luas memang menjadi impian kami sejak awal pembinaan rumah. Alhamdulillah, ia menjadi kenyataan. Bagaimanapun untuk menguruskan halaman tersebut
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Monday, July 5, 2021
Thursday, July 1, 2021
Harga durian mahal, nekad tanam sendiri durian kunyit di halaman rumah
Ini bukan lakonan atau cerita rekaan semata-mata. Ini kisah benar dan benar-benar berlaku. Alamak saspens la pula. Aksi dalam gambar itu menunjukkan saya sedang menggemburkan tanah pada sebatang pokok durian kunyit. Di halaman rumah saya ada ditanam sebanyak
Tuesday, April 2, 2013
Program Tahbibu - Lughah
Wah bukan main lagi tajuk entri ni.Faham ker?Hehe...Tahbib Lughah tu satu program cintai bahasa Arab yang diadakan di SMKAM khusus untuk pelajar tingkatan 1.Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut,antaranya pertandingan melukis poster.
Dalam entri ni saya paparkan ketiga-tiga poster yang memenangi pertandingan tersebut.Tahniah kepada pelajar yang berjaya.Kreatif juga pelajar tingkatan 1 ni.Menurut penyelaras program,ustaz Hisham,antara objektif aktiviti ini ialah untuk menarik minat pelajar tingkatan 1 mencintai dan mempelajari bahasa Arab.
Sebanyak 9 aktiviti dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung yang bermula 4 Mac hingga 1 April 2013.Program anjuran Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama Badan Kecemerlangan Tingkatan 1 ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Tahniah kepada semua
Friday, February 22, 2013
Meracun rumput pula yer
Sejak jadi tukang kebun sendiri ni,banyak pula kena beli peralatan untuk pembersihan kawasan rumah.Sebelum ni saya dah beli mesin rumput,sekarang beli pam racun pula.Pam tu untuk meracun rumput yang menjalar memanjat pagar rumah.Maklumlah,persekitaran rumah yang mesra alam...rumput menghijau.
Selain pam racun,semestinya racun rumputlah yer.Saya beli jenis serbuk,dibancuh sendiri.Awas...simpan baik-baik,kan tertukar dengan gula...bahaya..hehe.Mask pun kena pakai juga masa meracun rumput.
Entri ni ditulis sebaik saja saya selesai aktiviti meracun rumput.Sebaiknya dibuat sebelah pagi kerana persekitaran kurang berangin senang nak sembur racun tu.Kesannya tengoklah sehari dua lagi,pasti rumput-rumput tu akan kering.
p/s: tepi pagar jer diracun rumput,laman rumah masih dikekalkan rumput...baru lepas mesin.
Sunday, February 3, 2013
Kerja baru saya...potong rumput
Tu dia...barang baru ni..hehe..apa ke bendanya?ala...mesin rumput jer...Saya beli pun sebab nak mesin sendiri rumput di halaman rumah.Selain memastikan rumput sentiasa pendek,dapatlah juga buat aktiviti pada waktu petang atau hujung minggu.Mesin yang dibeli ni dalam kategori sederhana harganya..cuma RM450.Kalau yang mahal ada yang berharga RM900 bagi spesis yang sama.hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)




