Ini bukan lakonan atau cerita rekaan semata-mata. Ini kisah benar dan benar-benar berlaku. Alamak saspens la pula. Aksi dalam gambar itu menunjukkan saya sedang menggemburkan tanah pada sebatang pokok durian kunyit. Di halaman rumah saya ada ditanam sebanyak
Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts
Thursday, July 1, 2021
Thursday, July 4, 2019
Perlukah Boikot Durian Timbang?
Musim durian tiba lagi. Sedap sungguh makan durian ni. Biarpun hangat isu boikot durian timbang, tapi saya beli juga. Tak banyak, dua biji jer beli durian Udang Merah. Harga RM20/kg. Sajalah nak rasa durian sedap ni. Nak beli banyak macam tak mampu jer. Hehe...
Sunday, October 2, 2016
Durian Monthong di Halaman Rumah
Durian Monthong, sangat popular akhir-akhir ini. Keunikan dan keistimewaannya menjadi trending dalam kalangan masyarakat kita untuk menanamnya. Harganya pun tidaklah semahal di awal kemunculannya dulu. Ramai juga yang mengambil kesempatan membuat bisnes jualan pokok ini. Sempena 1 Muharram 1438H ini, saya juga mengambil kesempatan untuk menanam 2 batang pokok durian Monthong. Tanam depan rumah lagi ni. Hehe... Sila abaikan hutan rimba di sekitar tempat penanaman pokok itu. Haha...
Tuesday, August 18, 2015
Petua makan durian
Sekarang musim durian. Sedap betul makan durian...tambahan pula kalau dapat makan buah durian yang segar dari ladang. Ada kebun sendiri bolehlah merasa keseronokan mengutip durian dan terus makan. Bagi yang tidak mempunyai kebun durian macam saya ni, kenalah beli....Masalah yang sering timbul apabila mengisi buah durian dalam kereta ialah baunya yang lambat hilang. Boleh pening dibuatnya...Saya ada penyelesaiannya....
Tuesday, September 17, 2013
Suka pulut durian?
Berehat seketika dengan menikmati pulut durian.Pergh....memang sedap! Jamuan pulut durian ni untuk dinikmati semasa rehat.Kerja tu kerja juga...rehat tu kena makan baru bertambah tenaga untuk bekerja.
Bercakap pasal makan pulut durian ni,ada yang tambah gula,dan ada juga yang tambah gula melaka dalam pulut mereka.Wah...bertambah manis jadinya.Orang Kelantan ni memang suka makanan yang manis-manis.Tapi awas bagi mereka yang ada kencing manis.
Satu hal lagi,cara makan.Ada yang menggunakan sudu,dan paling ramai yang gemar makan pulut durian menggunakan kelima-lima jari sendiri.Seolah-olah satu kenikmatan makan pulut durian menggunakan tangan.Bagi saya,makanlah guna apapun asalkan kita selesa dengan cara tersebut.
Satu petua untuk mengelakkan kepanasan apabila makan durian dalam kuantiti yang banyak ialah minum air dalam kelopak durian tu.Sejauh mana keberkesanannya,tak tahulah pula sebab saya tak pernah mencubanya lagi.
Friday, July 20, 2012
Makan pulut durian lagi
Sebelum bermulanya bulan puasa,sempat lagi buat jamuan
makan pulut durian...
Kali ni jamuan pulut durian kat sekolah pula,saksikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)




