expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label lembu. Show all posts
Showing posts with label lembu. Show all posts

Friday, August 31, 2018

Korban Lembu di Aidiladha


Semasa entri ini ditulis, lembu dalam gambar di atas sudahpun menjadi korban, Aidiladha yang lepas. Begitulah resam kehidupan, setiap yang bernyawa, akan mati apabila tiba masanya. Raya Haji tahun ini rasa macam tak seronok pula. Entahlah, selain banyak kenduri kahwin, mungkin badan tak sihat kot. Apapun, Alhamdulillah ibadat korban telah selamat dilaksanakan. Sebagai kenangan dan rujukan kemudian hari, sempatlah saya rakam beberapa keping gambar.

Monday, September 19, 2016

Sup Perut Lembu dan Aidiladha


Sup perut lembu? Menu biasa yang menjadi kegemaran sesetengah orang. Setiap kali tibanya hari raya Aidiladha, menu ini pasti tidak dilupakan. Bagi yang tidak berkesempatan merasai sup perut lembu muda sepanjang sambutan Aidiladha, kempunanlah agaknya! hehe... Biasanya perut lembu ini dimasak sebagai sup mahupun untuk dimakan atau dicicah dengan air asam. Biarpun apa jenis masakan berasaskan perut lembu, sedap dan menyelerakan, tapi saya masih tak  boleh makan perut lembu. Hehe... Jom saksikan koleksi gambar ibadah korban di pagi Aidiladha baru-baru ini. 

Wednesday, October 8, 2014

Panorama Aidiladha di Kelantan


Sibuk benar rasanya apabila dah seminggu blog tak di update. Hari ini semasa entri ini ditulis, masih lagi dalam mood raya Aidiladha. Biarpun dah masuk hari raya ketiga dan sudah memulakan kerja, masih ada sesetengah tempat yang terus menjalankan ibadah korban dan jamuan makan. Raya tahun ni meriahlah juga. Kami mengambil dua bahagian untuk aqiqah anak ketiga, Sadiq. Jom saksikan sebahagian foto yang sempat dirakam.

Friday, September 5, 2014

Lembu berharga RM 14,000.00


Percaya tak lembu kacukan kat atas ini berharga RM 14000.00? Memang betul...Lembu kacukan Blonde d Aquitaine ini berharga RM 14000.00. Besar betul lembu yang diberi nama Chiko ini. Beratnya 1300 kg. Saya berpeluang melihat Chiko semasa pameran ekspotani di Kota Bharu.

Monday, January 6, 2014

Lembu naik kereta

Muka depan Berita Harian 6.1.14

Macam-macam dunia hari ini.....rasa lucu pun ada tengok lembu naik kereta ni.hehe...Muka depan Berita Harian hari ni ada gambar lembu naik kereta. Bukan sebarang lembu tu...lembu yang dicuri di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Empat ekor lembu disumbat dalam satu kereta.Mungkin ada yang tertanya-tanya...Begitu senang nak curi lembu? 

Monday, October 29, 2012

Ooo macam ni sambutan raya Haji di Kelantan


Sibuk betul sekarang ni...dah habis raya baru sempat upload gambar raya.
Kat atas tu sebahagian ahli keluarga saya di pagi raya.
Jom tengok gambar ibadah korban kat kampung saya....


Thursday, November 18, 2010

Kata-kata terakhirku....


Salam semua.
Hari ini masih dalam mood raya
mesti penat ziarah-menziarahi
kemudian dihidang dengan pelbagai juadah.
menu utama mestilah daging lembu.
*
*
*
Untuk menghilangkan kepenatan
dan stress makan daging yang banyak sangat
jom kita rehatkan minda di sini...
*
*
Kalau lembu-lembu yang
akan disembelih itu
boleh berkata-kata,
apakah kata-kata terakhir 
yang akan diucapkannya?
*
*
*
*
KM7 rasa mesti lembu-lembu tu 
nak mohon ampun dan maaf..
hehehe

Lembu Qurban hilang!!


       Salam semua.Masih sibuk berhari raya?waaa...penatnya kan.Maklumlah semalam dah sehari suntuk mengerjakan lembu-lembu Qurban.Pastu pula makan nasi menu yang sama,daging...daging...daging.Nak buat camana kan,dah musim Qurban,makan aje la...

      Semasa beraya semalam kat sebuah kampung (nama kampung dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan),terdengarlah kisah-kisah lembu Qurban yang dicuri.Bukan seekor tetapi berekor-ekor,bukan dalam satu masa tetapi hari-hari yang berlainan.Ishh..memang  pencuri lembu-lembu jenis orang tak bertamadun kot.

      Modus operandinya hampir sama,lembu-lembu tu dicuri pada sebelah malam atau awal pagi masa tuan-tuan lembu tu sedang enak dibuai mimpi.Sedar-sedar pagi esoknya lembu tu dah takde dalam kandang atau tempat ia ditambat.Kesian betul tuan punya lembu tu.Kesian lagi orang-orang yang dah menempah lembu tersebut untuk melaksanakan ibadah Qurban.Agaknya pencuri tu buat apa dengan lembu-lembu tu?takkan nak bela kot...mesti dijualnya.haa...pembeli tu pula siapa?Nampak macam ada konspirasi pula.Sepatutnya pembeli lembu tu buat je laporan polis.

      Kejadian ini bukan kali pertama berlaku.Jadi eloklah diambil pengajaran agar sentiasa mengawasi orang-orang yang tidak dikenali yang sering keluar masuk kampung.Nak ambil pengawal keselamatan ker untuk menjaga lembu-lembu Qurban ni?atau ada cara-cara lain yang lebih efektif?

      Selamat menjalankan  ibadah Qurban.Selamat hari raya Aidiladha.