Semasa entri ini ditulis, lembu dalam gambar di atas sudahpun menjadi korban, Aidiladha yang lepas. Begitulah resam kehidupan, setiap yang bernyawa, akan mati apabila tiba masanya. Raya Haji tahun ini rasa macam tak seronok pula. Entahlah, selain banyak kenduri kahwin, mungkin badan tak sihat kot. Apapun, Alhamdulillah ibadat korban telah selamat dilaksanakan. Sebagai kenangan dan rujukan kemudian hari, sempatlah saya rakam beberapa keping gambar.
Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts
Friday, August 31, 2018
Sunday, November 15, 2015
Batang Kelapa juga menjadi mangsa
Alahai sopan jer 2 beradik ni makan. Makan apa tu? Nampak macam sosej jer. Dahlah pakai baju sama, berbelang-belang. Imdad dan Sadiq, anak pertama dan ketiga saya. Eh mana yang seorang lagi tu? Tak join sekali ker? mana boleh tinggal, ada juga ni....
Monday, September 14, 2015
Panorama alam di pagi hari
Sangat cantik dan menarik perhatian saya. Gambar kat atas tu bukannya sebuah lukisan, tapi satu pemandangan pada awal pagi yang dirakam menggunakan handphone, tanpa sebarang editan. Sungguh menarik suasana matahari terbit. Jangan lepaskan peluang setiap pagi memerhatikan suasana sebegini.
Tuesday, April 7, 2015
Tilam dan bantal sumbangan UMNO
Sudah 4 bulan banjir besar berlalu, bantuan daripada pelbagai pihak terus diterima. Penduduk yang terjejas banjir di kampung saya di parlimen Kubang Kerian baru saja menerima bantuan bencana alam sumbangan Kelab Putera 1 Malaysia. Sumbangan berupa tilam dan bantal bagi setiap keluarga itu dapat meringankan sedikit beban keluarga untuk menggantikan tilam dan bantal yang rosak semasa banjir baru-baru ini.
Wednesday, March 4, 2015
Kereta kena langgar
Malang tak berbau...Kalau dah tersurat nak kena langgar hari ni maka terjadilah...huhu... Kalau kita berhati-hati pandu kereta, belum tentu orang lain pun berhati-hati juga. Inilah terjadi kepada saya petang tadi. Belakang kereta saya telah dilanggar oleh motosikal. Masa melalui jalan kat kampung untuk pulang ke rumah, ada sebuah motor mengekori kereta saya. Lama jugalah...dia ikut, tak mahu memotong lah tu..kalau nak potong boleh saja sebab saya pun bawa perlahan jer.
Nak masuk simpang ke rumah, saya bagi signal belok kiri dari jauh lagi supaya motor tu boleh memotong. Tiba-tiba...dushhhh! dilanggarnya bumper belakang kereta. Masa tu saya tak belok kiri lagi...terus bergerak ke depan melepasi simpang yang nak masuk tadi. Bayangkan kalau saya terus masuk atau berhenti...lagi teruk kereta...huhu...
Wednesday, December 31, 2014
Banjir 2014 di kampung saya
Salam sejahtera semua. Rasa macam dah lama pula tak update blog. Maklumlah sibuk menghadapi banjir. Sebelum ni tengok orang lain jer terlibat dengan banjir secara langsung, tapi kali ni saya sendiri mengalaminya. Betullah kata pepatah...Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Banjir terburuk dalam sejarah Kelantan. Banyak kawasan mengalami banjir teruk. Saya tidak akan mengulas banjir di daerah lain, cuma sebahagian kecil cerita tentang banjir di kampung halaman saya sendiri. Semoga perkongsian ini menjadi kenangan buat keluarga kami dan generasi akan datang.
Sunday, November 30, 2014
Experience Kampung Life @ Pasir Belanda Resort
Kali pertama saya mengetahui pasal resort ini melalui satu artikel dalam akhbar. Kemudian saya cuba mencari maklumat mengenainya dalam website berkaitan. Kini, saya berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Teruja betul melihat keunikan resort yang mengaplikasikan budaya warisan Melayu dalam senibinanya. Pasir Belanda Resort terletak di sebuah perkampungan Melayu di Kampung Banggol, PCB, Kota Bharu, Kelantan. Jom tengok beberapa keping foto yang saya rakam...
Labels:
HOTEL/RESORT,
Kampung,
KEMBARA,
Pasir Belanda,
PCB,
resort,
REVIEW
Monday, October 13, 2014
Rumah lama penuh nostalgia
Foto rumah Melayu di kampung ini telah menarik perhatian saya ketika berkunjung ke satu daerah di Kelantan. Foto ini juga saya kongsikan dalam instagram saya semalam. Apa yang menariknya tentang rumah ini? Saya tertarik dengan reka bentuk yang simple dan nampak asli tanpa sebarang cat pada dinding rumah, atau mungkinkah catnya sudah luntur? Halamannya juga tidak berserabut dengan sebarang pokok hiasan. Ada penghuni ker rumah ini?
Wednesday, October 1, 2014
Menu selera kampung
Dah ada idea untuk lunch hari ni? Suri rumah mesti tengah berkira-kira menu untuk tengah hari ini kan....Jom saya paparkan kat atas tu gambar menu saya...selera kampung. Ada macam-macam ulam....termasuk jantung pisang, budu, ikan kering dan ikan singgang. Menu ini sesuai untuk makan bersama keluarga atau kawan-kawan. Kalau makan seorang diri..tak best la kan...
Wednesday, July 16, 2014
Nostalgia berbuka puasa
Petang tadi sempat berbuka puasa kat madrasah di kampung. Madrasah ni letaknya bersebelahan saja dengan rumah arwah ayah saya. Juadah berbuka disediakan secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar. Madrasah ni kecil jer...Jemputan berbuka tadi pun dalam 150 orang saja. Banyak betul nostalgia kat sini...
Friday, January 24, 2014
The making of Sagupal
Sejenis kuih Melayu yang popular suatu masa dahulu, Sagupal namanya.Kini kuih itu kembali popular dan banyak dihidangkan dalam majlis seperti perkahwinan dan sebagainya. Sedap juga disediakan untuk minum petang bersama keluarga atau jiran tetangga.Saya akan memperkenalkan kuih ini secara umum saja kerana belum lagi mendapat resepinya secara terpeinci.
Tuesday, January 14, 2014
Aiskrim kampung
Suatu masa dulu,kalau petang -petang tunggu penjual aiskrim datang.Aiskrim dalam mangkuk dan kon sajalah pilihan yang ada.Bukan macam sekarang, banyak kedai dan banyak pilihan.
Friday, December 6, 2013
3 beranak maut..Kancil dirempuh MPV
![]() |
| sumber: Utusan Online |
Sayu dan sedih membaca berita tersebut...Kejadian yang melibatkan orang kampung saya sendiri ni...Kemalangan awal pagi tadi berlaku berdekatan salah sebuah stesen minyak di kampung Chicha itu telah mengorbankan 3 nyawa termasuk seorang bayi.
Difahamkan ketiga-tiga mangsa yang maut itu akan disemadikan selepas solat asar hari ini. Sama-sama kita doakan agar ketiga-tiga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Takziah kepada keluarga mangsa, dan sama-sama kita sedekahkan al-fatihah.Al-fatihah.....
Tuesday, November 19, 2013
Ikan bakar istimewa
Nampak ikan bakar tu? fuhhh.... hujan-hujan ni kita makan ikan bakar pula.Biasa ikan tawar bakar dimakan dengan mencicahnya dalam budu. Tapi kali ni kita ubah selera, makan ikan bakar dengan mencicahnya dalam sos pencicah.
Tuesday, June 18, 2013
Main buaian di bawah pokok
Buai laju-laju..... Seronoknya dapat main buaian bersama kawan-kawan.Best lagi buaian tu terletak di bawah pokok besar di tepi rumah.Sekarang ni kat rumah jarang ada pokok besar, maka payahlah nak gantungkan buaian.Melainkan kat kampung rumah datuk nenek adalah pokok untuk digantung buaian ni.Biasa pokok yang menjadi mangsa gantungan buaian ni ialah rambutan,mempelam dan rambai.
Apa susahnya....buaian sekarang kan banyak yang sedia dinaiki tanpa digantung.hehe...Tapi kan... buaian dulu-dulu lagi best.Kepada anak-anak kecil,berhati-hatilah apabila menaiki buaian.Bimbang terjatuh.Budak-budak sekarang ni tak lasak macam kita dulu-dulu.
Gambar kat atas tu,anak perempuan saya bersama sepupu-sepupunya kat rumah nenek mereka.Acara wajib kalau balik ke rumah nenek...mesti berbuaian.Nantilah apabila pokok kat rumah sendiri besar,kita pasang buaian juga.hehe..
Friday, January 25, 2013
Buah katak puru pun sedap
Tentu ada yang geli dengar nama buah ni kan...Tapi jangan bimbang katak puru ni sedap tau!Tak melompat,juga tak gigit orang.hehe..gurau jer tu!Saya memang suka makan buah ni,walaupun rasanya sedikit kelat.Itupun bagi yang tak berapa masak.Kalau yang dah masak...manis jugalah.
Nak makan macam mana?senang jer,petik buah ni dari pokok,boleh dimakan terus.Nak sedap lagi makan dengan 'colek' yang dibuat dengan cuka,garam,gula,belacan,kicap dan sebagainya.Makan secara beramai-ramai lagi umphhh.Siap berebut-rebut tu!
Pokok katak puru ni tak banyak dah sekarang.Kalau ada pun,di kampung-kampung.Budak-budak sekarang manalah suka dengan buah ni kan.Mereka lebih kenal epal,strawberi dan anggur.Ehhh..rasa nak tanam pokok ni la pula kat belakang rumah baru kami ni.Ok tak?
Monday, December 31, 2012
Budak-budak main hujan
Sejak malam tadi hujan lebat turun mencurah-curah.Agaknya banjir kali kedua pula ni.Tengoklah gambar tu..hehe ekslusif budak-budak main hujan.Pantang hujan turun mesti nak main air.Esok dah sekolah.....jangan main hujan kat sekolah pula.
Anda juga pasti ada kenangan main hujan...macam saya.hehe.Paling best lepas main hujan,pasti rasa lapar.Masa tu sebutlah apa saja makanan,semua sedap.Ubi kayu dan air kopi pun boleh habis dimakan.
Tapi zaman sekarang tak ramai budak-budak suka main hujan.Apatah lagi kalau tinggal di bandar.Mandi hujan dalam bilik air aje....Berbeza dengan dulu,bukan setakat mandi hujan,tapi macam-macam permainan turut serta dalam hujan tu.ishhh...nostalgia pulak dah.
Friday, November 23, 2012
Cerita tentang pacat
Ada apa dalam gambar tu?
anda memang hebat kalau dapat menekanya dengan betul.
takde lah susah sangat kan...klu nya pun dah boleh agak.
Pendek cerita...nampak tak pacat kat selipar tu?
hmmm...pacat tu dah kenyang menghisap darah jari kaki saya ni..
habislah darah manis ni..hehe...
kira macam derma darah jugalah ni kan!
Bagi yang dah biasa dengan pacat,tak hairan langsung kan.
tapi kalau jenis geli...hmmm boleh tahan juga.
p/s: kat bandar ada pacat juga ker?
Tuesday, January 31, 2012
Semburan asap pemedih mata?
Gerangan apakah yang berwarna putih itu?
kabuskah?awankah? atau asapkah?
alamak...buat suspenlah pula.
Sebenarnya asap jer tu
Tengoklah...habis sekampung.
Hmmm ada yang membuat pembakaran terbuka ker?
Ini jawapannya...
Rupanya semburan asap oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
haaa...ini adalah kes denggi yang berlaku di kampung KM7 baru-baru ini.
Seorang budak telah disahkan demam denggi.
Maka pihak berkenaan telah membuat semburan asap di sekitar kawasan kampung.
Yang ni pula...mereka yang lari menyelamatkan diri
daripada terkena semburan asap.
Kepada semua penduduk kampung,
marilah sama-sama membersihkan kawasan rumah
daripada menjadi sarang nyamuk Aedes yang menjadi punca Denggi.
Thursday, December 15, 2011
Nama baby baru KM7 ialah...
Hari ini genaplah 7 hari baby lelaki KM7 dilahirkan.
Satu majlis bercukur telah diadakan di kampung KM7.
Disebabkan hari bekerja maka majlis ni dibuat secara kecil-kecilan saja
dengan jumlah tetamu sekitar 30 orang.
Majlis bermula jam 7.30 pagi
disempurnakan oleh Tuan Imam
Rambut bayi dicukur oleh 7 orang jemputan.
Oh ya...nama saja bercukur,tapi sebenarnya rambut tu dipotong sikit jer.
Mungkin sehari dua lagi barulah rambut bayi tu dicukur sepenuhnya.
Rehat sekejap...menangis pula bayi ni.
Datuknya sedang memberikannya susu.
Haa...kan dah selesai.Mari sama-sama berdoa pula.
Kemudian diadakan sedikit jamuan nasi untuk tetamu.
Tak sempat pula KM7 nak ambil gambar masa ni.
Maklum saja...sibuk dengan pelbagai hal.
Hari ni juga tali pusat bayi dah tanggal.
Dan....nama yang diberi ialah
Muhammad Iqbal Sadiq
Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna
Subscribe to:
Posts (Atom)

























