expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label melor. Show all posts
Showing posts with label melor. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Roti Pattaya dan Roti Caber Special



Biasa kita makan nasi goreng pattaya. Kali ni saya nak perkenalkan roti pattaya pula. Pertama kali saya makan roti ni.....Rupanya macam gambar kat atas tu. Hmmm boleh pilih nak roti pattaya ayam mahupun daging. Rasanya memang sedap, berbaloi dengan harga cuma RM 5 sebiji.

Wednesday, July 22, 2015

Beraya di kampung halaman


Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sibuk benar beraya, tak sempat nak update blog. Banyak yang nak dikongsikan dalam blog, tapi tak kesampaian...Kali ini saya gagahkan juga buat entri ini supaya kenangan hari raya baru-baru ni terpahat dalam blog kesayangan. Tahun 2015, tema baju raya kami purple..sedondon dengan sampul duit raya KM7. Bersemangat betul nak bagi duit raya tu..haha...

Tuesday, November 11, 2014

Graduasi Tadika IQ Bestari


Alhamdulillah, hari ini secara rasmi anakanda kedua saya, Ardini Widad telah tamat persekolahan di Tadika IQ Bestari, Melor. Ardini telah mendapat pendidikan di tadika tersebut selama 2 tahun. Majlis graduasi telah diadakan petang tadi di dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan.  Berikut adalah sebahagian foto yang sempat dirakam.

Friday, June 13, 2014

Selamat Bertunang Na & Wan


Selamat bertunang kepada Nik Azlina dan pasangannya Shazwan. Alhamdulillah majlis yang berlangsung selepas solat Jumaat tadi telah berjalan lancar. Rombongan dari Sungai Petani, Kedah ini telah tiba di Melor, Kelantan untuk mengikat tali pertunangan. Saksikan foto-foto yang sempat dirakam tadi dalam majlis pertunangan anak saudara saya ni....

Thursday, March 27, 2014

BBQ ayam di Tegayong



Acara santai bersama ahli keluarga apabila semua berkumpul, mesti ada makan-makan. Kali ni kita makan ayam bbq pula yer. Biasa orang buat bbq sebelah malam, tapi kami memilih untuk 'membakar' ayam-ayam tu sebelah petang. Kalau buat sebelah malam...tak berapa nampak pula ayam tu masak ker tidak..hehe.Petang tu ada beberapa menu lain selain ayam bakar, seperti bihun goreng, nasi goreng, dan menu pembasuh mulut. Jom saksikan aktiviti sepetang bersama keluarga ini...

Friday, February 7, 2014

Kebun getah menjadi perumahan


Sungguh indah dan damai pemandangan di waktu petang. Rakaman gambar -gambar berikut adalah di lokasi sebuah kampung di Melor, Kelantan.Dahulu kawasan ini kebun getah,sudah bertukar menjadi kawasan perumahan. Ada rumah yang berharga Rm300k.

Wednesday, January 22, 2014

Kemalangan di Tegayong


Satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta kancil dan hilux, di simpang tiga Tegayong,Melor berlaku awal pagi tadi.Kemalangan ini turut melibatkan salah seorang staf tempat saya bertugas.