expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 11, 2025

Mengembalikan Nostalgia Makan Etak Salai


Pernah makan etak salai? Peminat etak tentunya akan mengatakan sedap! Saya sendiri pun sudah lama tak makan etak salai ini. Dulu-dulu etak salai ini hanya ada satu perisa sahaja, iaitu masin. Sekarang ini ada
macam-macam perisa seperti tomyam, pedas, bbq dan lain lain-lain yang mungkin saya tak tahu. Kalau dulu etak salai dijual dengan harga 50 sen hingga RM 1 bagi satu bungkus. Sekarang harganya bermula dari RM 5 bagi satu bungkus.



Dua bungkus etak salai dalam gambar di atas saya beli di pasar tani dengan harga RM 5 sebungkus. Perisa tomyam dan perisa bbq. Tak cuba tak tahu. Sekali cuba rasa nak lagi.  Begitulah kalau dah terjebak dengan etak salai. Setiap kali ke pasar tani mesti beli 2 bungkus.



Etak salai ini kalau di Kelantan peminatnya akan makan begitu sahaja. Namun ada sesetengah orang makan etak salai dengan nasi kerabu. Terpulanglah nak makan macam mana. Harus diingat sebelum makan, pastikan anda tahu nak buka kulitnya macamana. 

Bagi saya, makan etak salai ini seumpama kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Dahulu tak banyak pilihan makanan yang ada. Etak salai boleh dibeli apabila penjaja yang biasanya terdiri daripada makcik-makcik yang menjual etak salai dengan menjunjungnya dalam dulang atau besen. Budak-budak dahulu pandai makan etak salai ini. Budak-budak sekarang awas, bimbang tertelan kalau tak biasa makan.

Saya percaya masih ada yang mengingati pengalaman mencari etak di sungai-sungai. Kemudian etak tersebut boleh disalai atau dijemur di bawah panas matahari sebelum dimakan. Nostalgia sungguh!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.