expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 15, 2025

Menukar footbar dan kipas pam air Hitachi


Guna pam air untuk menyedut air perigi ke tangki ini ada cabarannya juga. Terutamanya apabila pam tersebut rosak, dan air tangki dah habis digunakan. Hari ini pam tak boleh menyedut air perigi. Terpaksa panggil orang untuk membaikinya. Punca dikenalpasti, iaitu kegagalan footbar berfungsi kerana ada kebocoran kecil.



Jadi kena tukar footbar baharu. Sekejap sahaja proses pemasangannya apabila dilakukan oleh orang yang pakar melakukannya. Kalau buat sendiri tak tahulah bila akan siap. Itupun kalau menjadi. Kos menukarnya sebanyak RM130. Selesai satu hal. Bulan lepas pam air Hitachi ini sudah tak berapa kuat menarik air. Jadi ditukar kipasnya.



Yang di atas itu kipas yang baharu, manakala gambar bawah itu kipas lama, sudah banyak haus. Maklum sajalah, pam ini dah lama dan belum pernah ditukar lagi kipas tersebut.



Siap pasang. Berfungsi dengan baik dan staminanya gagah seperti pam air yang baharu. Kos barang dan pemasangan RM 380. Harap-harap boleh bertahanlah beberapa tahun lagi. Kalau rosak lagi, mungkin kena beli pam air yang baharulah. Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi pam air Hitachi ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.