Keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 telahpun diumumkan baru-baru ini. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Pelajar terbaik SPM berdasarkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 ialah Siti Nor Atikah bt Zakaria yang memperolehi 11A dengan 6A+,3A dan 2A-. Tahniah Atikah dan bapanya! Selain Atikah, 5 orang lagi calon SPM 2015 mendapat 11 A dalam peperiksaan Pertengahan Tahun. Mereka ialah.....
Showing posts with label Kejayaan. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan. Show all posts
Wednesday, July 1, 2015
Saturday, March 22, 2014
Nur Ilya Syafiqah 11 A SPM
Tahniah Nur Ilya Syafiqah bt Mohd Yusri, seorang lagi tokoh SPM 2013 SMKA Melor yang mendapat 11 A. Pelajar ini adalah salah seorang daripada 20 orang calon SPM SMKA Melor yang memperolehi 11 A. Nur Ilya mendapat 9 A+ dan 2A . Berikut adalah keputusan keseluruhan pelajar cemerlang ini.
Friday, March 21, 2014
Nur Elyaa Zahra, 11A SPM
Tahniah kepada Nur Elyaa Zahra bt Mohd Sabry, salah seorang pelajar terbaik SPM 2013 SMKA Melor yang mendapat 11A, dengan 9A+ dan 2A. Pelajar yang bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang perubatan ini memang terserlah kehebatannya dalam kurikulum dan kokurikulum sejak tingkatan 4 lagi.
Thursday, March 20, 2014
20 orang 11 A SPM 2013
Tahniah SMKA Melor atas pencapaian yang cemerlang dengan 20 orang calon SPM 2013 mendapat 11A. Setinggi-tinggi tahniah buat pelajar, guru-guru, ibu bapa dan semua yang menyumbang kepada kejayaan ini. Peratus kelulusan ialah 100 % dan GPS untuk SPM 2013 ini ialah 2.76. Dari segi kecemerlangan, 11 A - 20 orang, 10 A - 7 orang, 9A - 6 orang, 8A - 9 orang, 7A - 10 orang, 6A - 10 orang, 5A - 13 orang dan 4A - 26 orang. Berikut adalah gambar semasa majlis penyampaian slip keputusan.
Friday, March 29, 2013
Berani Berniaga 2013
Berani Berniaga 2013....Dr Azizan Osman,memang sudah ramai yang mengenali jutawan ini.Hari ini jurulatih kejayaan ini berkongsi kejayaan beliau di Kota Bharu.Saya tak pergi pun sebab ada komitmen lain.Tapi puan isteri saya ada ke sana tadi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Mesti ada yang bertanya kami nak berniaga pula ker?Yer la...bukan senang nak berniaga ni kan.Mesti ada ilmu dan matlamat,selain modal.Puan isteri saya ke sana tu sekadar mendapatkan ilmu dan meluaskan minda.Apatah lagi pakar pemasaran yang berjaya dan popular ini turun ke Kota Bharu kali ni.
Menurut puan isteri saya,memang baguslah menghadiri ceramah tadi.Rasa bersemangat nak mulakan perniagaan.Tapi kan.....tak tahu pula nak berniaga apa.hehe...kena tambah ilmu lagi ni.Sebetulnya nak berniaga ni banyak cabarannya.Maka kena ada banyak ilmulah untuk berjaya dalam perniagaan ni.
Thursday, March 21, 2013
19 pelajar mendapat 11 A dalam SPM 2012
TAHNIAH SMK AGAMA MELOR kerana 19 orang calon SPM 2012 telah mendapat 11 A dalam peperiksaan tersebut.Dua orang calon telah mendapat 10 A+ dan 1 A.Mereka ialah
Mohd Amin bin Mahd Asri yang telah mendapat 11A dengan A+ bagi subjek BM,Sejarah,Matematik,Bhs Arab,Add Math,Fizik,Kimia,Biologi,PQS dan PSI.Manakala A bagi subjek BI
Ahmad Farhan bin Mohd Fauzi telah mendapat 11 A dengan A+ bagi subjek BM,Sejarah,Matematik,Bhs Arab,Add Math,Fizik,Kimia,Biologi,PQS dan PSI.Manakala A bagi subjek BI.
Berikut senarai nama pelajar yang mendapat 11 A
Sunday, February 24, 2013
Belajar di France best!
Kalau dalam entri sebelum ini saya ada memaparkan kisah bekas pelajar yang sedang menuntut di Tokyo,Jepun [klik sini], Kali ini kita berpeluang mengenali seorang lagi bekas pelajar SMKAM yang menuntut di Perancis. "Belajar di France best!"...... Itulah ungkapan pertama daripada Ihsan bin Ziad apabila diajukan soalan tentang pembelajarannya di Perancis.Bekas pelajar SMKAM,SPM batch 2004 ini sedang melanjutkan pelajaran di Perancis peringkat Master in Mechatronics Engineering di École d'Ingénieurs en Génie des Systèmes Industriels (EIGSI La Rochelle).
Menurutnya,pengajian di sana dalam bahasa French." Saya belajar di La Rochelle, satu kawasan di sebelah barat France,
betul-betul tepi laut (lautan Atlantic). Orang Islam pun ramai di sini,
kebanyakannya dari Morocco"."Kalau ada sesiapa berminat dengan kursus yang saya ambil, Mechatronics ini adalah
gabungan 3 teknologi iaitu mekanikal, elektronik dan sains komputer.
Antara subjek-subjek yang ada dalam kursus ini : Control System, Embedded System,
Programming dan lain-lain".ujarnya lagi.Jadi kepada pelajar yang berminat dengan gajet-gajet, robot-robot, bolehlah mengambil kursus ini.
Pesanan Ihsan kepada calon-calon SPM "Belajar bersungguh-sungguh, pupuklah sifat cintakan ilmu dan hormatilah guru-guru.
Sentiasa berdoa kepada Allah swt dan buatlah yang terbaik dalam SPM nanti.
Jangan lupa untuk apply belajar di France! Belajar di France best!"katanya mengakhiri perbualan kami.Saya sebagai salah seorang bekas gurunya cukup bangga dengan kejayaannya dan mendoakan semoga Ihsan terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
Subscribe to:
Posts (Atom)







