expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

ExSMKAM 2012 dan laksa Penang


Alhamdulillah, jamuan terakhir kat sekolah sebelum berpuasa esok. Hari ini bekas pelajar SMKAM SPM 2012 datang melawat sekolah, bertemu guru-guru. Mereka menyediakan menu laksa penang, dan kuih-muih sebagai buah tangan untuk warga sekolah. Terima kasih kepada bekas pelajar SPM 2012 atas kunjungan dan jamuan tadi.

Monday, March 24, 2014

Laksa Pattani


Kalau disebut laksa, macam-macam laksa ada..laksa Penang, laksa Kelantan, Laksa Johor. Pendek kata setiap negeri ada laksanya sendiri. Kali ni kita cuba laksa Pattani pula...kira merentas sempadan Siam sana. Laksa Pattani ni halus jer..besar sikit daripada bihun.Macam dalam gambar kat atas tu la laksa Pattani. Bagi mereka yang berada di Kelantan, rasanya dah biasa juga dengan laksa ni.

Saturday, November 30, 2013

Laksa dari Penang


Nama jer laksa dari Penang yer...tapi laksa tu disediakan oleh puan isteri saya kat rumah. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada puan isteri kerana berjaya menyediakan laksa Penang yang sedap dan menarik.hehe..wajib puji tu,kalau tak puji lain kali tak buat dah...hehe..

Kononnya nak cuba buat laksa Penang sendiri, maka puan isteri saya pun carilah resepi dalam internet..entah kat blog siapa dia ambil resepi tu..Kemudian bertungkus-lumus lah dia seorang diri menyiapkan kuah laksa dan segala macam...Saya tolong tengok jer.opss...taklah...saya tolong beli bahan mentah kat kedai yer...

Dah siap pun...cepat betul..haha..Siapa yang makan ni?Bukan calang-calang jemputan tau! Kedua-dua belah keluarga sebelah isteri dan keluarga saya datang merasa laksa Penang hasil tangan puan isteri. Adalah dalam 30 orang juga...Habis licin laksa yang disediakan..huhu..semua komen sedap, lain kali kena buat lagi yer! Misi menyediakan laksa Penang sudah berjaya..kita tunggu misi menu lain pula.