expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Beginikah mentaliti orang kita?


Baru saja siap..dahpun rosak.Inilah sikap segelintir orang kita yang tak berapa tahu nak menjaga kemudahan awam yang disediakan.Tak kiralah kemudahan tersebut disediakan oleh pihak kerajaan,swasta mahupun orang persendirian.

Gambar di atas dirakam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan.Tempat rehat yang saya agak bukan sedikit kosnya itu dahpun rosak ukiran bumbungnya.Takkan angin yang kuat bertiup kat pantai tu telah menjatuhkan ukiran-ukiran kayu tersebut.Kalau betul disebabkan oleh angin,sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan ukiran kayu tersebut melekat kuat pada bumbung.

Menyedihkan juga,contengan-contengan nakal ada di merata tiang tempat rehat itu.Seolah-olah tak ada tempat lain individu berkenaan menunjukkan bakat seni mereka.Keadaan ini mencacatkan pandangan.Lantai tempat duduk pun tak berapa nak bersih..dengan kesan tumpahan makanan dan minuman.Ini menyebabkan pengunjung memijak lantai tersebut dengan kasut mahupun selipar.

Itu baru satu contoh tempat rehat yang tidak dijaga atau digunakan dengan baik.Saya percaya keadaan yang sama banyak juga berlaku di tempat-tempat lain.Ayuh...sama-samalah kita menjaga kemudahan yang disediakan.Kalau bukan kita,siapa lagi? Ingat...anda mampu mengubahnya!

Thursday, November 22, 2012

Main air di Lata Belatan


Sempena cuti sekolah ni,
jomlah berehat,tenangkan minda.
Lebih penting...bawa anak-anak berjalan..
 

tak jauh pun bercuti,
di Lata Belatan,Terengganu jer.
hmm...bukan main suka anak-anak main air ni.

Sunday, May 6, 2012

Pergi Cameron Highlands rupanya...

 Salam semua..Jumpa lagi.Hmmm baru sempat update entri.
Masih ingat lagi dengan ENTRI INI?
Haa...inilah jawapannya..
Sebenarnya KM7 dan keluarga ke Cameron Highlands sekejap.
Dari 4 hingga 5 Mei 2012.

Saturday, May 15, 2010

Sunday, October 18, 2009

Percutian di Langkawi


Tarikh: 15,16 & 17 OKTOBER 2009
L A N G K A W I

Menaiki feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi
Di kedai jualan minyak gamat
Taman di Langkawi Cable car
Di dalam Cable car
Jambatan di puncak,cable car
Penat mendaki....sejuk nya.
Beras terbakar
Underwater world
Trip ke Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting,Langkawi
Bersama ahli rombongan yang lain
Pelantar tempat penjagaan ikan
Jeti untuk ke pulau-pulau berhampiran
Dataran Langkawi

Thursday, October 15, 2009

KB-KT-KUANTAN-KT-KB


11 Oktober 2009.Saya dan keluarga ke Kuantan untuk menghadiri satu kursus.Sebenarnya menggantikan seseorang yang tidak mahu ke sana.Bertolak jam 5 petang dan sampai jam 7.30 petang di Kuala Terengganu.Kami menginap di hotel YT Midtown.RM 124.20 termasuk sarapan pagi.Pada sebelah malamnya,pusing-pusing bandar dan makan malam di A&W pantai Batu Burok.Lebat juga hujan malam ini.

Sarapan pagi di Cafe Midtown.Menu pagi ini meehon goreng,nasi kerabu,bubur nasi,roti,sosej dan lain-lain.Sayang sekali pagi ini tidak ada nasi dagang.Hampir jam 10 pagi baru kami bertolak ke Kuantan.

Dalam perjalanan,singgah untuk membeli buah tangan.Keropok lekor,ikan kering dan produk-produk ikan yang lain.Beli sedikit saja kerana bercadang nak beli dalam perjalanan pulang.Tapi tak beli pun...tak ada pula gerai macam tu dalam perjalanan ke Kuantan-KT.
Sampai di bandar Kuantan jam 1 petang.Tunggu abang ipar datang ambil.hmmm tunggu kat Stadium Kuantan.Kami ke rumahnya di Taman Inderapura.Ini kali pertama saya memandu ke Kuantan.Kali pertama juga berkunjung ke rumah kakak ipar.
Hotel Grand Continental...tempat berkursus.Senang jer nak cari hotel ni,pasal kedudukannya agak strategik.
Sebelah petang 13 Oktober 2009,sempat juga ke tebing sungai di Kuantan.Sajalah ambil angin sambil merehatkan badan.Anak-anak pula sempatlah bermain di tapak permainan yang disediakan.
Widad didukung oleh kak Baie di rumahnya.Pagi 14 Oktober 2009, dia nak ke sekolah, sempat lagi bermain dengan anak saudara.
Dalam perjalanan pulang,14 Oktober 2009 terserempak satu kejadian kemalangan.Lori terbalik di atas lebuhraya Kuantan ke KT.Kesesakan teruk,hampir satu jam kami terkandas di lebuhraya.
Di pantai Kelulut,Marang.Singgah sekejap untuk minum dan berehat.
Di masjid terapung Kuala Terengganu.Bersolat dan berehat.
Makan tengahari di pantai Batu Burok.hmmm sedap juga ABC tu.RM 2 jer.
Kesian Imdad.Keletihan akhirnya tertidur juga.
2 jenis makanan ini dibeli di kedai berlainan.Satu di kedai yang menjual keropok lekor dan satu lagi di salah sebuah stesen minyak.Kedua-duanya belum mencapai tarikh luput lagi tapi dah tak boleh dimakan.Ada kulat dan dah masuk angin.Kalau buat aduan kepada CAP ni...siapa yang kena.

Buah tangan ke KB,keropok lekor dan dodol.Itu saja yang sempat dibeli.Saya tak pasti nama makanan dalam gambar di atas.Saya panggil dodol saja.Sampai rumah jam 6.30 petang.Aduh...penatnya.

Saturday, September 12, 2009

Cruise Seroja

Pada tanggal 7 Februari 2008,kami berpeluang menaiki Cruise Seroja yang berpengkalan berhampiran Tesco Kota Bharu.Cruise yang pertama kali diperkenalkan di Kelantan ini menyelusuri sungai Kelantan dan singgah di beberapa tempat yang telah ditetapkan.Secara peribadinya saya rasa perkhidmatan yang disediakan ini bagus juga,terutamanya kepada pelancong-pelancong dari luar negara.Inilah peluang bagi mereka untuk mengenali sosiobudaya masyarakat Kelantan, terutamanya yang tinggal di sepanjang sungai Kelantan.Persoalannya adakah Cruise ini masih beroperasi?

Taiping & Bukit Merah

Taiping memang terkenal dengan keindahan tasiknya dan deretan bangunan bersejarah yang masih dikekalkan.Justeru,Kelab guru dan kakitangan SMKAM telah bersepakat untuk mengadakan hari keluarga di Taiping.Pada 8 September 2007,konvoi beberapa buah kereta guru dan bas smkam telah bertolak ke sana.Kami bermalam di hotel Seri Malaysia Taiping.Pada sebelah malamnya,berkesempatan mengunjungi Zoo Taiping & Night Safari.Merasai sendiri kehidupan warga zoo tersebut pada waktu malam.
Keesokannya,pada sebelah pagi diadakan sukaneka untuk ahli keluarga di padang Tasik Taiping.Acara popular untuk kanak-kanak ialah tiup belon dan kutip gula-gula.Tengaharinya rombongan bertolak ke Bukit Merah Lake Town Waterpark.Inilah tempat yang ditunggu-tunggu bukan saja oleh anak-anak,malah ibu-ibu dan bapa-bapa mereka juga.Semua berpeluang 'main air'.Agak lama juga di sana sebelum kami pulang ke Kelantan pada sebelah petangnya.Kepenatan mengharungi perjalanan terbalas juga dek keseronokan bersama keluarga masing-masing sepanjang berada di sana.Jumpa lagi.

Friday, September 11, 2009

Tasik Kenyir


5 Jun 2007 aku bersama isteri dan anak,serta zulhilmi sekeluarga telah bercuti ke Terengganu. Kami ke Kuala Terengganu.Sesampainya di sana, melawat Muzium Terengganu,kemudian ke pantai Batu Buruk yang sememangnya sudah terkenal di Terengganu. Pada mulanya kami bercadang untuk bermalam di bandar Kuala Terengganu, tetapi bertukar rancangan pada saat-saat akhir.Ke mana pula?Tasik Kenyir.Ingatkan dekat,rupa-rupanya jauh juga.Hampir malam baru sampai.Di sana kami bermalam di Kenyir Lake View Resort& Spa.Hebat juga penginapan di sini.Bayaran untuk sehari semalam, RM 250.Alamak....boleh tahan juga.nasib baik masa tu ada bawa kad kredit.Takpelah kan, sekali-sekala.Kalau tengok dalam foto,itu adalah pemandangan Tasik Kenyir dari tempat makan resort yang kami diami.Makanan pun special juga.Nasi lemak untuk sarapan pagi tu berharga RM 25 sepinggan.Kesedapannya...rasa macam biasa jer.Mungkin bagi orang lain,sedap kot.Pada tengahari 6 Jun 2007, kami telah menyewa sebuah bot.Makcik jer yang mengendalikan bot tu, membawa kami mengelilingi Tasik Kenyir dengan bayaran RM 50 untuk satu trip.Masa tu Imdad baru umur 2 tahun lebih.Nasib baik dia tak meragam masa atas bot.Selepas check out petang tu, kami kembali semula ke Kota Bharu.Satu percutian yang tidak akan dilupakan.