expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Servis. Show all posts
Showing posts with label Servis. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Bilik menunggu di pusat servis PERODUA


Musim cuti sekolah bermula lagi. Tentu banyak rancangan nak ke mana-mana. Opss! sebelum memulakan perjalanan elok periksa kenderaan dulu yer. Yang belum servis kereta tu eloklah ke mana-mana pusat servis kenderaan berdekatan. Saya baru jer ke pusat servis Perodua di Chicha, Jalan Pasir Putih, Kelantan. Apa yang saya nak tonjolkan di sini ialah ruang menunggunya yang cantik kemas, bersih dan selesa.

Saturday, November 2, 2013

Bekas makanan Petronas


Ada yang berkenan dengan lunch box kat atas tu? Ia adalah percuma sahaja dengan membeli minyak enjin SYN800 Petronas Syntium. Saya dapat bekas tu semasa servis kereta baru-baru ini. Minyak enjin berkenaan berharga RM 112.

Saturday, December 3, 2011

Dah pakai kereta tu jangan lupa servis!!

Pagi-pagi lagi kereta dah buat hal.Tak boleh start pula!KM7 memang dah agak...ni mesti masalah bateri.
Maklumlah..dah hampir 2 tahun bateri tak ditukar.
Maka bergegaslah ke kedai bateri...beli baru.Harganya RM 235.
Penat dan berpeluh juga memasang sendiri bateri ni.
Cerita pasal kereta ni,sebenarnya hujung bulan lepas KM7 baru servis kereta.

Kat sinilah KM7 selalu servis kereta.
KM7 malas nak tukar-tukar tempat servis ni.
Lagipun setakat ni servisnya pun kira baiklah juga.

Tu dia...ruang servisnya
Banyak juga kereta yang dalam proses menunggu untuk diservis.
Ada juga pelanggan yang memerhatikan kenderaan mereka diservis.
Tapi bagi KM7..lepak kat ruang menunggu jer sambil layan facebook..
Maklumlah ada Wifi percuma.

Ruang menunggu..selesalah juga.
Kalau setakat satu jam tu KM7 akan tunggu.Kalau lama...balik dulu,
dah siap...mereka akan call.

Tengoklah apa yang ditukar masa servis tu..
Kali ni KM7 buat major servis dan tukar timing belt.
Agak-agak berapa kosnya?

Tu la... jumlah yang KM7 bayar untuk servis kereta tempohari.
Begitulah...kalau dah pakai kereta ni kenalah servis berkala mengikut tempoh yang ditetapkan.