Nyam... Nyam..Nyam. Sedapnya belalang goreng ni.Ada sesiapa pernah merasainya!? Makanan eksotik yang jarang ditemui sekarang.Bukan senang nak dapatkan belalang sekarang ni.
Cara penyediaannya mudah Saja.Mula-mula kena tangkap belalang dulu.Mestilah kan..hehe.Kemudian belalang tadi dibuang kakinya yang panjang dan tajam,juga sayapnya.Maka bolehlah digoreng dalam kuali setelah digaul dengan sedikit perasa yang dikehendaki.
Bagi generasi lama,pasti banyak kenangan menangkap belalang ni.Saya setakat ni tak makan belalang goreng ni.Tapi menurut rakan-rakan,rasa belalang goreng ni memang sedap.Cubalah!
