expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Robot Kuih Raya

Keratan Utusan Malaysia 13 April 2015

Saya memang gemar mengikuti hasil ciptaan usahawan inovasi iaitu Zull Design Autotronic (ZDA). Beliau seorang yang hebat kerana sering menghasilkan ciptaan dan inovasi yang berguna kepada masyarakat. Dalam kolum inovasi edisi 13 April 2015 Utusan Malaysia, beliau memperkenalkan satu lagi ciptaan terbaharu iaitu Robot kuih raya. Wah...nama mesin tu pun dah menarik kan! Semestinya sesuai untuk menghasilkan kuih raya dalam kuantiti yang banyak.

Thursday, June 12, 2014

Onde-onde Nisfu Syaaban


Kenal ker kuih tradisional ni? Bagi yang tak berapa nak kenal...itulah buah Melaka, atau di Kelantan sangat popular dengan nama onde-onde. Kalau bulan puasa, banyak kuih ni kat bazar Ramadan. Kali ni saya nak tunjuk kuih onde-onde yang disediakan sempena sambutan nisfu Syaaban kat kampung saya malam ni. Kami sekeluarga menyediakan kuih tradisi ni...

Thursday, March 13, 2014

Kuih Lup Chup Kota Bharu


Nampak macam sedap jer..macam-macam buah ada tu. Ingatkan buah betul, rupanya sejenis kuih. Kreatif dan berimaginasi sungguh pereka kuih ni. Nama kuih yang dikatakan berasal dari Thailand ini ialah Lup Chup. Kuih Lup Chup kat atas ni adalah Lup Chup Kota Bharu sebab dibuat di Kota Bharu. Apa istimewanya kuih ini?

Friday, January 24, 2014

The making of Sagupal


Sejenis kuih Melayu yang popular suatu masa dahulu, Sagupal namanya.Kini kuih itu kembali popular dan banyak dihidangkan dalam majlis seperti perkahwinan dan sebagainya. Sedap juga disediakan untuk minum petang bersama keluarga atau jiran tetangga.Saya akan memperkenalkan kuih ini secara umum saja kerana belum lagi mendapat resepinya secara terpeinci.

Friday, April 26, 2013

Lompat tikam naik harga


Saya baru beli kuih lompat tikam ni

kat pasar tani pagi tadi.

Biasala....beli kat penjual yang sama.

minggu lepas harganya RM 1 sebungkus.

Minggu ni harganya dah jadi RM 2 sebungkus.

Banyak betul kenaikan tu...harga pilihanraya ker?

sekarang ni kalau nak ke pasar tani....kena bawa duit lebih sikit.

maklumlah....masing-masing nak naikkan harga!

Monday, March 11, 2013

Minum petang dengan kuih donut


Macam-macam kuih boleh dijadikan makanan untuk minum petang.Kali ni puan isteri saya menyediakan donut buatan sendiri yang gebu,rangup dan berkrim...haha...pasti disukai ramai.Sebenarnya donut biasa jer tu.Kalau nak sedap lagi bolehlah diselimuti dengan cokelat kan!

Agaknya kuih apa yang sedap dimakan waktu minum petang?Kalau saya,pisang goreng pun sedap.....selain keropok lekor.Minum tea o pun dah ok...Sesekali makan donut ni sedap juga.Lagi sedap makan masa lapar...

Biasanya kita makan kuih jer kan masa minum petang.Takde lah makanan berat-berat.Sebabnya malam makan lagi.haaaa..ker ada yang minum petang jer dengan tak ambil makan malam?hebat tu.

Tak kiralah kuih apakah untuk minum petang.Sesekali tu eloklah puan isteri buat sendiri.Kalau asyik beli jer boring juga!

Saturday, August 4, 2012

Kuih kat bazar Ramadan...indah rupa daripada rasa.


Banyak betul kuih kat bazar Ramadan.

Boleh rambang mata dibuatnya.

Tapi kan...kenapa bulan puasa jer kuih-muih ni banyak,

dan orang suka pula membelinya?

padahal takde lah sedap mana pun rasanya.

saya dah beberapa kali terkena,beli kuih yang nampak sedap.

apabila dimakan waktu berbuka,tak sedap pun.

lebih malang lagi ada antara kuih tu yang dah basi.

p/s: dah serik beli kuih kat bazar Ramadan.