Bunga hiasan penting juga untuk menceriakan ruang dalaman rumah. Kalau kena caranya, gubahan bunga akan nampak cantik. Sebaliknya kalau salah gubah, menyakitkan mata saja. Sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli gubahan bunga yang dah siap. Pilih, bayar, bawa balik dan boleh diletakkan di tempat yang dikehendaki. Senang kan! Bagaimanapun kalau bunga tu digubah sendiri, kepuasannya lagi tinggi. Kita boleh gubah mengikut cita rasa, juga kesesuaian dengan dekorasi rumah sendiri. Entri kali ini saya kongsikan gubahan bunga yang dihasilkan oleh puan isteri saya.
Showing posts with label DEKORASI. Show all posts
Showing posts with label DEKORASI. Show all posts
Friday, November 6, 2015
Monday, October 19, 2015
Dekorasi kelas abad ke-21
Sekarang kat semua sekolah telah diperkenalkan kelas abad ke-21. Susun atur dalam kelas ternyata berbeza dengan kelas yang biasa kita duduki masa belajar dulu-dulu. Kedudukan pelajar dalam kelas adalah secara berkumpulan, memudahkan aktiviti pembelajaran dan perbincangan dalam kumpulan. Dekorasi kelas, mengikut kreativiti guru dan pelajar kelas masing-masing. Dekorasi salah satu kelas abad ke-21 di sekolah saya...
Sunday, October 4, 2015
Taman mini di rumah
Entri ni ekslusif memaparkan taman mini kat rumah kami. Cewah....taman la sangat tu...hehe...Nak buat taman yang grand macam tak cukup bajet, maka buatlah sendiri sikit-sikit ikut apa yang terlintas di fikiran. Tak tahulah bila boleh siap sepenuhnya taman khayalan kami ni! Tapi yang bestnya, pokok lantana tu tengah berbunga cantik. Ada 6 pokok kesemuanya. 4 sedang berbunga penuh manakala 2 lagi segan pula nak berbunga kali ni.
Friday, June 12, 2015
Bonsai Lantana
Pokok bunga lantana, dahulu memang banyak dalam hutan kat kampung. Sekarang jadi trend pokok bunga klasik ini ditanam semula. Maka lantana ini telah dijadikan bonsai. Wah nampak cantik juga dengan susunan pelbagai warna bunga-bunga lantana yang sedang berkembang. Pokok lantana memang lasak, boleh ditanam di bawah panas terik, cuma kena pastikan disiram sekurang-kurangnya sekali sehari agar daun-daunnya tidak layu.
Thursday, April 16, 2015
Ixora menghiasi taman
Biarpun musim kemarau, ixora ini sedang berkembang mekar. Sungguh cantik dan ceria dengan warna kemerahan, apatah lagi apabila bunga-bunga ini berkembang serata. Fenomena ini menjadikan taman penuh seri dan segar. Ixora sesuai di tanam bukan sahaja di tepi jalan, malahan kalau kena caranya, boleh menghiasi landskap taman-taman sama ada di rumah, sekolah mahupun pejabat. Jom saksikan sebahagian koleksi foto ixora yang sempat dirakam.
Saturday, August 30, 2014
Dekorasi laman rumah
Memiliki laman rumah sendiri memang menjadi impian kebanyakan orang. Biarpun halaman rumah itu sempit, tapi sebolehnya dimaksimakan penggunaannya. Apatah lagi kalau memiliki halaman rumah yang luas, maka ruang untuk dekorasinya lebih banyak asalkan mempunyai modal yang banyak. Entri kali ini saya paparkan laman rumah seorang rakan sekerja saya, dikenali sebagai G di Kota Bharu, Kelantan. Kolam ikan yang diserikan dengan pokok menghijau dan pancuran air itu sememangnya memberikan suasana yang damai. Boleh juga menikmati panorama indah pada waktu malam dengan pancaran sportlight di sekelilingnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


