expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Saturday, July 10, 2021

Memangkas pokok bunga raya di halaman rumah


Aktiviti memangkas pokok bunga raya sudah bermula. Pokok di halaman ini sudah banyak berjasa. Hari-hari berbunga menghiasi halaman rumah. Kalau selalu berbunga kenapa mahu dipangkas pokoknya?

Saturday, June 19, 2021

KOLEKSI BUNGA RAYA DI HALAMAN RUMAH


Bunga raya atau Hibiscus memang tidak asing lagi bagi kita semua. Apatah lagi, ia menjadi bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Sekarang ini terdapat pelbagai spesies bunga raya. Ia telah menjadi hiasan di kebanyakan halaman rumah, terutamanya di kampung-kampung mahupun di taman-taman awam. Pokok ini agak mudah dijaga dan ada yang berbunga sepanjang tahun, janji pokoknya subur dan dijaga dengan baik.

Dalam post ini saya kongsikan beberapa spesies bunga raya yang sedang berkembang di halaman rumah saya. Jom cuci mata tengok bunga raya.

Wednesday, August 29, 2018

Jom Cuci Mata dengan Bunga


Seronok juga merakam gambar untuk instagram. Walaupun bukan jurugambar profesional, sekadar minat, maka saya sempat merakam beberapa gambar untuk instagram peribadi. Rakaman ini hanya menggunakan handphone peribadi. Dalam entri ini, saya kongsikan gambar-gambar bunga atau pokok yang pernah saya muatnaik dalam instagram saya, @gaza.km7. Jom cuci mata.

Sunday, February 11, 2018

Bunga-bunga yang cantik sebelum Kelayuan


Sekadar berkongsi gambar-gambar bunga yang dirakam sendiri. Bunga-bunga ini di sekitar kediaman saya. Cantik kan! Sungguh indah ciptaan Allah untuk tatapan manusia. Biarpun cantik, bunga-bunga ini akan layu juga akhirnya apabila sampai waktunya. Jadi sebelum ia layu, biarkan saya menyimpannya dalam bentuk imej yang boleh ditatap bila-bila masa. Jom saksikan sebahagian koleksi rakaman foto dalam instagram saya.

Wednesday, September 21, 2016

Pokok ini Berharga RM500


Pertama kali tengok sudah berkenan. Adakah ini cinta pandang pertama? Haha...sila jangan gelakkan saya. Sebetulnya pokok dalam gambar di atas itu memang cantik. Teringin juga nak beli tapi macam tak mampu saja. Harganya cuma RM500 sepokok! Ada yang berani beli? Bukan apa, bimbang juga nak beli, takut pokok itu tak panjang umur apabila berada di rumah saya Kalau orang lain mungkin boleh kot. Pokok cantik ini ada di kedai pokok bunga hiasan yang saya selalu kunjungi iaitu Kedai Bunga Kak Ma, di Peringat, daerah Kota Bharu ini juga. Jom cuci mata tengok pokok-pokok lain di kedai tersebut.

Sunday, December 27, 2015

Kemboja: Bunga Kematian


Tentu ramai yang bersetuju jika dikatakan bunga kemboja adalah bunga kuburan. Pokok kemboja, terutamanya kemboja putih banyak ditanam di tanah perkuburan. Jadi adakah satu kesalahan menanam pokok ini di kawasan rumah atau taman? Saya tidak melihat itu sebagai satu kesalahan atau di luar kebiasaan. Kat rumah saya pun ada 2 pokok kemboja, satu kemboja putih, dan terbaru seperti dalam gambar tu, kemboja merah. Bunga kemboja merah tu...berbunga sulung. Dah lama menanti, akhirnya berbunga juga!

Saturday, December 5, 2015

Terapi mata dengan Bunga


Jom buat terapi mata pagi ni....tengok bunga-bunga pelbagai warna. Bukan bunga plastik yer, tapi bunga sebenar..segar dari ladang hehe. Bunga-bungaan dari halaman rumah kami yang sedang berkembang segar. Kalau hari cuti macam ni sempat jugalah pergi tengok bunga-bunga ni. Kalau hari bekerja, tak perasan pun ada bunga sedang berkembang..haha..teruk betul!

Friday, November 6, 2015

Gubahan Bunga untuk Meja Makan


Bunga hiasan penting juga untuk menceriakan ruang dalaman rumah. Kalau kena caranya, gubahan bunga akan nampak cantik. Sebaliknya kalau salah gubah, menyakitkan mata saja. Sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli gubahan bunga yang dah siap. Pilih, bayar, bawa balik dan boleh diletakkan di tempat yang dikehendaki. Senang kan! Bagaimanapun kalau bunga tu digubah sendiri, kepuasannya lagi tinggi. Kita boleh gubah mengikut cita rasa, juga kesesuaian dengan dekorasi rumah sendiri. Entri kali ini saya kongsikan gubahan bunga yang dihasilkan oleh puan isteri saya.

Friday, June 12, 2015

Bonsai Lantana


Pokok bunga lantana, dahulu memang banyak dalam hutan kat kampung. Sekarang jadi trend pokok bunga klasik ini ditanam semula. Maka lantana ini telah dijadikan bonsai. Wah nampak cantik juga dengan susunan pelbagai warna bunga-bunga lantana yang sedang berkembang. Pokok lantana memang lasak, boleh ditanam di bawah panas terik, cuma kena pastikan disiram sekurang-kurangnya sekali sehari agar daun-daunnya tidak layu.

Saturday, April 18, 2015

Ros kuning sedang berkembang


Sejak bilalah pula minat tanam bunga ros ni? haha...sejak dua menjak ni lah. Dah lama minat dengan bunga ros ni, cuma takut jer nak tanam. Bimbang pokok tu tak nak hidup, pembesaran terbantut atau tak mahu mengeluarkan bunga. Saya selalu bayangkan ros ni sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi macam Cameron Highlands jer. Masa pergi ke kedai bunga semalam, terlihatlah ros kuning yang comel. Maka apa lagi...beli terus! Sukanya...tanam pokok yang dah berbunga ni..

Thursday, April 16, 2015

Ixora menghiasi taman


Biarpun musim kemarau, ixora ini sedang berkembang mekar. Sungguh cantik dan ceria dengan warna kemerahan, apatah lagi apabila bunga-bunga ini berkembang serata. Fenomena ini menjadikan taman penuh seri dan segar. Ixora sesuai di tanam bukan sahaja di tepi jalan, malahan kalau kena caranya, boleh menghiasi landskap taman-taman sama ada di rumah, sekolah mahupun pejabat. Jom saksikan sebahagian koleksi foto ixora yang sempat dirakam.

Wednesday, April 8, 2015

Pesta Bunga @ Arab Saudi


Jom saksikan pesta bunga-bungaan. Kali ini saya bawakan gambar-gambar Pesta flora dari luar negara...Arab Saudi. Jarang-jarang juga dapat lihat pesta seumpamanya dari negara Arab. Foto ini dikirimkan oleh sahabat saya, Linda yang sudah beberapa tahun menetap di Arab Saudi. Saksikan...

Monday, April 6, 2015

Orkid purlpe memang cantik


Entri kali ni penuh dengan bunga-bunga orkid. Bagi segar mata sambil memulakan tugasan hari ini...Cantik sungguh orkid purple...tapi bukan mudah untuk menjaganya. Ramai yang minat tanam orkid, tapi belum tentu orkid yang ditanam tu berbunga cantik seperti yang diidamkan. Mungkin pokoknya mati sebelum sempat berbunga.hehe...Kena ada ilmu juga nak tanam orkid ni!

Saturday, March 14, 2015

Kenapa bunga kat nursery cantik?


Cantik tak? Ini bunga ros yang betul tau! Original bukan plastik...Entri ni kasi segar mata...tengok bunga-bunga yang sedang mekar berkembang. Sebetulnya bunga ni bukan kat rumah saya...huhu...Saya rakam gambar ni masa singgah kat satu nursery baru-baru ni. Berkenan tengok bunga ni..tapi rasanya susah juga kalau nak tanam spesis ni kat rumah dengan cuaca panas macam sekarang.

Tuesday, October 21, 2014

Bunga purple pula berkembang


Bunga purple kat halaman rumah sedang berkembang. Pokok-pokok ini baru ditanam sebulan dua ini. Masih kecil dan rendah lagi. Seronok tengok apabila pokok-pokok ini mula mengeluarkan bunga purple yang cantik. Tapi sayangnya bunga-bunga ini berkembang pada waktu pagi dan tahan sehingga tengahari saja. Petangnya bunga-bunga ini gugur ke bumi. Esok...kuntuman yang lain pula akan berkembang.

Monday, April 7, 2014

Tudung Periuk Putih


Sana-sini banyak memperkatakan 'musim bunga' di Malaysia. Seronok kan tengok bunga-bungaan di merata tempat.  Maklumlah...bukan selalu ada situasi macam ni. Kali ni saya paparkan gambar-gambar bunga tudung periuk putih. Pokok ini terdapat di rumah ibu saya, sekarang nampak cukup cantik dengan bunga-bunga putihnya. Jom saksikan...

Saturday, January 18, 2014

Kemboja putih


Wah..cantik tak?sila kata cantik pada bunga kemboja tu.hehe...Itulah pokok bunga kemboja yang saya tanam dah pun berbunga. 

Friday, November 22, 2013

Kemboja putih sudah berkembang


Selamat pagi semua. Mulakan hari anda dengan ceria, seindah kembangan bunga kemboja putih dalam gambar tu. Kuntuman pertama kemboja putih telahpun berkembang sejak saya menanam pokok ini 5 bulan yang lalu. Satu kepuasan apabila melihat hasilnya.

Tuesday, July 16, 2013

Bunga-bunga sedang berkembang


Cepat sungguh berbunga pokok bunga ni,tak sempat hari raya lagi.Begitulah jadinya kalau beli pokok bunga yang dah hampir masa berbunganya.Tak apalah berbunga bulan puasa pun cantik juga.Sejuk mata memandang,hilang rasa lapar.hehe..

Tuesday, June 18, 2013

Si Kembang Cina sudahpun patah


Mood sedih....pokok si kembang Cina yang baru ditanam sudah patah rantingnya.Hampir 2 minggu pokok bunga Cina ditanam, dan mula mengeluarkan bunganya hari ini, tiba-tiba saya dapati batangnya patah.Adusss...sedihnya.