Musim durian tiba lagi. Sedap sungguh makan durian ni. Biarpun hangat isu boikot durian timbang, tapi saya beli juga. Tak banyak, dua biji jer beli durian Udang Merah. Harga RM20/kg. Sajalah nak rasa durian sedap ni. Nak beli banyak macam tak mampu jer. Hehe...
Showing posts with label FLORA/BUAH. Show all posts
Showing posts with label FLORA/BUAH. Show all posts
Thursday, July 4, 2019
Friday, September 7, 2018
Manfaat Buah Belimbing Madu
Alhamdulillah pokok belimbing madu
yang ditanam di halaman rumah sudahpun berbuah.
Hampir dua tahun ditanam, bolehlah dipetik hasil.
Bukan tanam banyak pun, cuma sepohon saja.Hehe..
Wednesday, August 29, 2018
Jom Cuci Mata dengan Bunga
Seronok juga merakam gambar untuk instagram. Walaupun bukan jurugambar profesional, sekadar minat, maka saya sempat merakam beberapa gambar untuk instagram peribadi. Rakaman ini hanya menggunakan handphone peribadi. Dalam entri ini, saya kongsikan gambar-gambar bunga atau pokok yang pernah saya muatnaik dalam instagram saya, @gaza.km7. Jom cuci mata.
Tuesday, May 24, 2016
Pokok Bunga Kertas sedang Galak Berbunga
Lama tak buat entri pasal bunga. Nak tunjuk bunga kertas kat rumah saya yang sedang galak berbunga. Pokok bunga kertas ni memang suka berbunga ketika cuaca panas. Tapi kalau tak disiram, boleh layu juga pokok ni, terutamanya yang ditanam di dalam pasu. Bonsai bunga kertas ada 4 pasu, yang lain tanam kat atas tanah jer!
Thursday, February 4, 2016
Pokok Bidara pun kami Tanam kat rumah
Pokok bidara ini ditanam tak sampai setahun dah berbuah. Paling best pokok ni ditanam dekat jer dengan dapur rumah, senang boleh tengok hari-hari pembesarannya. Sekali tengok macam mini epal hijau. Hehe... Buah bidara ini dah boleh dipetik. Hmmm sedap rasanya. Fresh... segar dari ladang!
Monday, January 18, 2016
Giliran Pokok Belimbing Mengeluarkan Buah
Tetiba jer rasa nak tunjuk buah belimbing madu (betul ker madu? macam-macam pokok madu sekarang!). Inilah hasil terbaru pokok yang ditanam di halaman rumah. Pokok belimbing ni ditanam hampir 6 bulan. Macam tak percaya dah berbuah! Itupun baru perasan apabila tengok dekat. Maklum sajalah, buah dan daun nampak macam sama jer dari jauh.
Tuesday, November 10, 2015
Pisang Ajaib di Kelantan
Kekuasaan Allah...pokok pisang yang pernah ditebang sebelum berbuah, kini mengeluarkan tandan buah di batangnya. Ajaibnya, biarpun dah lama ditebang, tanpa berdaun masih boleh berbuah dan tandan buahnya menghala ke atas, ke arah batang yang ditebang (tangan saya dalam foto di atas).
Bunga raya 2 tingkat
Teruja betul tengok bunga raya kat laman rumah yang first time berbunga! Cantik... dengan 2 lapisan bunganya. Macam-macamlah bunga raya zaman sekarang. Kalau dulu setingkat jer bunganya. Masa saya beli pokok ni, tak tahu pula spesis bunganya 2 tingkat. Kira berbaloilah beli pokok bunga raya ni.. Pokok masih kecil dahpun berbunga. Dahlah bunganya 2 tingkat, warnanya pun cantik.
Friday, October 23, 2015
Bunga Ros Jepun yang Cantik
Bosan melihat jerebu di luar rumah atau pejabat? jom kita segarkan mata dengan melihat bunga ros Jepun yang cantik. Pokok bunga ros Jepun ni mungkin menjadi 'kegilaan' sesetengah orang untuk menanamnya sebagai koleksi. Masa saya kecil dulu, dah ada spesis pokok bunga ni...cuma bunganya biasa-biasa saja...tapi sekaramg makin banyak spesis yang cantik-cantik mula ditanam di halaman rumah, pejabat, sekolah dan sebagainya. Lebih hebat lagi, siap ada 'group' khusus untuk peminat ros Jepun ni!
Tuesday, September 8, 2015
Petua membeli buah dokong
Apakah ciri yang menjadi keutamaan apabila membeli buah dokong? Pastinya kita inginkan buah yang dibeli itu tidak rosak dan mempunyai rasa yang manis. Saya ingin kongsikan petua untuk memilih buah dokong yang manis. Semasa membeli, pilihlah buah yang masih ada semut di sekeliling tangkai atau buahnya. Kalau semut-semut tu dah tak ada, pilih buah yang ada tanda kehitaman seperti dalam gambar kat atas.
Thursday, September 3, 2015
Betul....cili ni purple!
Cantik betul warna cili ni, purple...macam logo blog KM7 pula. Hehe...Biasa kita tengok cili merah dan hijau saja kan. Kalau ada warna purple, nampak sedikit kelainan dan boleh dijadikan sebagai pokok hiasan. Pokok cili dalam gambar ni ada kat rumah saya yer. Mulanya kami tabur biji benih, banyak yang tumbuh. Setelah ditanam kat tanah....cuma 2 pohon jer yang boleh hidup. Satu lagi keunikan, pokok cili purple ini semua buahnya ke atas.
Tuesday, August 18, 2015
Petua makan durian
Sekarang musim durian. Sedap betul makan durian...tambahan pula kalau dapat makan buah durian yang segar dari ladang. Ada kebun sendiri bolehlah merasa keseronokan mengutip durian dan terus makan. Bagi yang tidak mempunyai kebun durian macam saya ni, kenalah beli....Masalah yang sering timbul apabila mengisi buah durian dalam kereta ialah baunya yang lambat hilang. Boleh pening dibuatnya...Saya ada penyelesaiannya....
Friday, June 12, 2015
Bonsai Lantana
Pokok bunga lantana, dahulu memang banyak dalam hutan kat kampung. Sekarang jadi trend pokok bunga klasik ini ditanam semula. Maka lantana ini telah dijadikan bonsai. Wah nampak cantik juga dengan susunan pelbagai warna bunga-bunga lantana yang sedang berkembang. Pokok lantana memang lasak, boleh ditanam di bawah panas terik, cuma kena pastikan disiram sekurang-kurangnya sekali sehari agar daun-daunnya tidak layu.
Saturday, April 18, 2015
Ros kuning sedang berkembang
Sejak bilalah pula minat tanam bunga ros ni? haha...sejak dua menjak ni lah. Dah lama minat dengan bunga ros ni, cuma takut jer nak tanam. Bimbang pokok tu tak nak hidup, pembesaran terbantut atau tak mahu mengeluarkan bunga. Saya selalu bayangkan ros ni sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi macam Cameron Highlands jer. Masa pergi ke kedai bunga semalam, terlihatlah ros kuning yang comel. Maka apa lagi...beli terus! Sukanya...tanam pokok yang dah berbunga ni..
Thursday, April 16, 2015
Ixora menghiasi taman
Biarpun musim kemarau, ixora ini sedang berkembang mekar. Sungguh cantik dan ceria dengan warna kemerahan, apatah lagi apabila bunga-bunga ini berkembang serata. Fenomena ini menjadikan taman penuh seri dan segar. Ixora sesuai di tanam bukan sahaja di tepi jalan, malahan kalau kena caranya, boleh menghiasi landskap taman-taman sama ada di rumah, sekolah mahupun pejabat. Jom saksikan sebahagian koleksi foto ixora yang sempat dirakam.
Monday, April 13, 2015
Segalanya Nanas
Tiba-tiba jer saya suka makan produk yang dihasilkan daripada nanas. Hmmm sedapnya! Minum jus nanas pada hari panas boleh menghilangkan dahaga. Rasanya memang lazat. Tengoklah timbunan buah nanas kat atas tu. Kalau dapat nanas yang manis, boleh dimakan begitu saja. Bagi yang kreatif memasak, boleh cipta pelbagai resepi berasaskan nanas.
Monday, April 6, 2015
Orkid purlpe memang cantik
Entri kali ni penuh dengan bunga-bunga orkid. Bagi segar mata sambil memulakan tugasan hari ini...Cantik sungguh orkid purple...tapi bukan mudah untuk menjaganya. Ramai yang minat tanam orkid, tapi belum tentu orkid yang ditanam tu berbunga cantik seperti yang diidamkan. Mungkin pokoknya mati sebelum sempat berbunga.hehe...Kena ada ilmu juga nak tanam orkid ni!
Friday, April 3, 2015
Tembikai yang sedap dan cantik
Sekarang musim tembikai...nampak banyak jer dijual di tepi-tepi jalan. Harga pun murah, sekitar RM 1 sekilo..Tak kena GST ker?hehe... Musim panas ni memang sedap makan tembikai. Entri kali ni saya nak tunjukkan gubahan buah tembikai.Cewah...dah puas makan, buat gubahan pula yer. Hanya orang-orang yang kreatif, sabar dan tekun jer boleh menyiapkan gubahan ini. Kalau anda dan saya yang tak kreatif ni...boleh tengok jer la..Kalau cuba kan...jadi benda lain pula.
Saturday, March 14, 2015
Kenapa bunga kat nursery cantik?
Cantik tak? Ini bunga ros yang betul tau! Original bukan plastik...Entri ni kasi segar mata...tengok bunga-bunga yang sedang mekar berkembang. Sebetulnya bunga ni bukan kat rumah saya...huhu...Saya rakam gambar ni masa singgah kat satu nursery baru-baru ni. Berkenan tengok bunga ni..tapi rasanya susah juga kalau nak tanam spesis ni kat rumah dengan cuaca panas macam sekarang.
Tuesday, February 10, 2015
Macam-macam pokok Puding
Entri ni khusus buat peminat puding. Bukan puding untuk dimakan, tapi puding sejenis pokok bunga yang tak berbunga...pokok hiasan! Kalau di Kelantan pokok puding ni dikenali sebagai pokok podi. Menjadi 'kegilaan' sekarang ni menanam pokok puding bagi sesetengah orang. Opsss... saya tak termasuk dalam kategori tu yer. Entri ini sekadar berkongsi gambar-gambar pokok puding yang saya rakam semasa singgah di sebuah kedai bunga.
Subscribe to:
Posts (Atom)















