Setelah 17 tahun ditutup, Mini Zoo Kuala Krai kini dibuka semula. Mini Zoo Kuala Krai dengan berwajah baharu bakal menjadi tarikan kepada warga Kelantan khususnya dan para pelancong yang berkunjung ke Kuala Krai. Hari ini saya bersama-sama keluarga sempat ke sini untuk melihat dan merasai sendiri suasana di sini.
Showing posts with label Jom Kembara. Show all posts
Showing posts with label Jom Kembara. Show all posts
Saturday, July 30, 2022
Saturday, February 17, 2018
Jom Bercuti di Tasik Kenyir Terengganu
Sudah lama tidak ke sini, hebat juga pembangunan di sekitar tasik Kenyir sekarang. Saya sempat berkunjung ke sini baru-baru ini untuk melihat keindahan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini. Biarpun tujuan asalnya untuk membawa anak-anak ke Kenyir Waterpark, namun malang sekali kerana pada masa ini Kenyir Waterpark masih ditutup kepada pengunjung kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Silap juga kerana tidak 'survey' tentang Kenyir Waterpark, jadi kami tidak tahu yang ia ditutup sekarang. Tak pasti pula bila akan dibuka semula.
Monday, October 23, 2017
Tempat-tempat Menarik di Sungai Petani
Anda bercadang ke Sungai Petani? atau sedang berada di Sungai Petani? Jom saya kongsikan beberapa tempat menarik untuk anda lawati, berdasarkan pengalaman saya sendiri ke sana baru-baru ini. Menara Jam Besar terletak di bandar Sungai Petani, dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Marry.
Sunday, October 22, 2017
Jom ke Pantai Merdeka
Ada satu lagu lama, kalau tak salah saya nyanyian kumpulan Tropika, dalam liriknya menyebut nama Gunung Jerai, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. Gunung Jerai saya dah sampai. Jadi Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka tu sentiasa terlintas di fikiran, suatu hari nanti saya mesti ke sana. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya kedua-dua tempat itu. Cantik tak Pantai Merdeka ni?
Labels:
ABC,
Jom Kembara,
Kedah,
KEMBARA,
Pantai Merdeka,
sungai petani
Thursday, October 19, 2017
Apa ada di Tanjung Dawai?
Akhirnya kami sampai juga di Tanjung Dawai. Sebelum ini cuma dengar cerita dan baca dalam blog-blog orang lain jer. Nak ke sini dari Sungai Petani mengambil masa 40 minit. Berbaloi juga perjalanan yang lama apabila sampai, dapat melihat laut dan keindahan pantainya. Dari Tanjung Dawai kita dapat lihat Pantai Merdeka yang terletak bertentangan dengan Tanjung Dawai.. Apa ada di Tanjung Dawai ni?
Labels:
Ikan,
jeti,
Jom Kembara,
KEMBARA,
nelayan,
Tanjung Dawai
Wednesday, October 18, 2017
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Sungai Petani
Anda bercadang untuk ke Sungai Petani, Kedah? atau memang sedang berada di sana dan tak tahu nak ke mana-mana? Jom saya cadangkan satu tempat menarik yang patut dikunjungi, iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Kami ke sana baru-baru ini pun bukan dirancang, cuma kebetulan berada di Sungai Petani, dan google tempat-tempat menarik untuk dilawati. Muzium ini terletak kira-kira 23 km dari bandar Sungai Petani, atau kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan kereta. Apa yang menarik di sini?
Sunday, October 18, 2015
Jamuan akhir tahun di Sri Pantai Chalet
Biasa buat jamuan akhir tahun kat restoran, hotel mahupun tempat-tempat makan yang lain. Kali ni Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengadakan jamuan akhir tahun kat sebuah chalet di Bachok, iaitu Sri Pantai Chalet, Melawi, Bachok. Terima kasih jemput saya....kami satu keluarga ke sana dari pagi sampai petang. Menu utama, ayam BBQ, nasi goreng dan bihun goreng. Sambil menyediakan ayam BBQ...bolehlah beramah mesra.
Labels:
Bachok,
HOTEL/RESORT,
Imdad,
Jom Kembara,
keluarga,
PERISTIWA,
smkam
Friday, October 9, 2015
Min House Camp, Kubang Kerian
Saya berpeluang mengunjungi Min House Camp (MHC) di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini. Jom review camp yang terletak di tengah-tengah kampung, 6 km dari Kota Bharu. Persekitarannya memang segar, dikelilingi tumbuhan hijau dan berhampiran dengan sungai. Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan kerana tersedia tapak perkhemahan. Juga untuk menjalankan sebarang kursus kerana terdapat penginapan gaya asrama dan dewan yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa.
Sunday, April 19, 2015
Pesta Kaul di Mukah, Sarawak
Sarawak terkenal dengan keunikan budaya yang menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Empat tahun bertugas di Sarawak dahulu menjadikan saya mengetahui serba sedikit adat dan budaya masyarakat di sana. Entri kali ini akan memaparkan pesta Kaul yang menjadi tradisi masyarakat Melanau Mukah.
Saturday, March 14, 2015
Pantai Batu Burok, Terengganu
Ada orang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk ke luar negara untuk menikmati panorama indah. Bagi yang kurang mampu macam saya ni, dapat melancong dalam negara pun dah kira ok. Tu pun tak sempat nak pergi...sibuk dengan kerja mengalahkan menteri.Hehe..Entri ni saya nak kongsi panorama waktu petang di pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Cantik pemandangannya, pantai yang luas terbentang dan bersihlah juga...
Friday, November 28, 2014
Maggie Ketam RM30 semangkuk!
Maggie ketam..bukanlah menu baru di Kelantan. Cuma kami jer yang tak pernah makan lagi. Petang tadi kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Nampak satu kedai tu ada jual maggie ketam, maka kami pun oderlah. Masa oder tu tak tanya pun berapa harga. Kat kertas menu pun tak tulis berapa harga. Dalam kepala saya...takpelah...mungkin paling mahal pun dalam RM 20 ++ kot.
Labels:
ABC Kelapa,
Jom Kembara,
Kelantan,
maggie ketam,
PCB,
SELERA
Monday, August 25, 2014
Ekspo kat pantai Irama
Macam lama dah tak ke pantai Irama, Bachok...Petang Jumaat lepas kami ke sana sekejap. Kononnya untuk ambil angin petang kat pantai. Rupa-rupanya ada ekspo kat pantai ni..Jadi apa lagi...layan jer la... Ardini macam nak main semua permainan kat situ. Tapi saya beri peluang untuk dia mencuba beberapa saja permainan. Imdad dan Sadiq tak adalah excited sangat.hehe...Nasib baik mereka dengar kata, maklumlah satu token RM 3. Habislah juga beberapa token petang tu...Jom layan gambar....
Friday, June 20, 2014
Pokok Kurma berbuah di Kota Bharu
Teruja betul nak tengok pokok kurma yang sudah berbuah di bandar Kota Bharu. Hari ini baru berkesempatan. Sebelum ni tengok foto orang lain kat FB. Kali ni boleh tengok dan rakam gambar sendiri. Satu kepuasan berkongsi fenomena yang tak pernah berlaku sebelum ini.
Labels:
FLORA/BUAH,
Imdad,
Jom Kembara,
KEMBARA,
Kota Bharu,
Kurma,
Sadiq
Sunday, June 1, 2014
Gayu Guru Gerai Nyamai 2014
Selamat menyambut hari Gawai buat masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Biarpun sudah lama meninggalkan bumi kenyalang, namun rakan-rakan dan bekas pelajar saya di sana dari kaum Iban dan Bidayuh masih saling berhubung. Keseronokan menyambut Gawai dimulakan dengan tarian yang diiringi paluan muzik tradisional. Gambar di atas adalah suasana di Kampung Git, Jalan Puncak Borneo. Seterusnya saya bawakan anda semua ke Kampung Taee, Serian, Sarawak..
Friday, May 16, 2014
MAHA 2014 di Pasir Puteh
Cantik, meriah dan berinformasi. Bagi anda yang berada di sekitar Pasir Puteh, Kelantan pada 15 hingga 17 Mei 2014, beramai-ramailah ke MAHA 2014 peringkat negeri Kelantan. Pameran dan jualan ini berlangsung di padang awam Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Jom saksikan antara gambar-gambar menarik kiriman en. Zulhilmi yang telah berkunjung ke sana.
Labels:
Jom Kembara,
MAHA 14,
pameran,
Pasir Puteh,
pertanian
Tuesday, May 6, 2014
Berperahu untuk ke sekolah
Berperahu untuk ke sekolah bukanlah perkara asing bagi pelajar di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak mahupun sesetengah tempat di Semenanjung. Rutin harian ini terpaksa ditempuh demi mendapatkan ilmu pengetahuan buat bekalan masa depan. Entri kali ini akan membawa anda ke kampung Kekan, Dalat, Sarawak. Sebelum jam 7 pagi, anak-anak kampung Kekan ini sudahpun bersedia di atas perahu panjang ini untuk ke sekolah. Biasanya mereka dihantar oleh ibu bapa masing-masing dengan perahu milik persendirian.
Saturday, May 3, 2014
Cenderahati kalau ke Langkawi
Langkawi bukanlah asing lagi bagi kita semua. Mungkin anda dah ke sana beberapa kali yer. Selain melihat keindahan panorama dan sejarah pulau itu, aspek cenderahati untuk dibawa pulang pun penting juga untuk diberi perhatian. Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa jenis cenderahati tanda kenangan yang dibawa pulang oleh isteri saya yang ke Langkawi sempena lawatan sambil belajar pelajar sekolahnya.
Saturday, April 26, 2014
Kelate River Cruise
Merasai sendiri pengalaman menaiki bot di sungai Kelantan, untuk melihat keindahan pulau-pulau berdekatan adalah sesuatu yang menarik. Hari ini kami berpeluang mengikuti ekpedisi ini bersama Kelate River Cruise. Dengan bayaran serendah RM 20 untuk seorang, manakala kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah percuma, kami diberi 2 pilihan laluan perjalanan sama ada ke Kuala Besar atau ke Pulau Pantai Suri.
Tuesday, April 22, 2014
Tarian etnik dan tradisional
Negara kita memang kaya dengan seni warisan pelbagai bangsa dan suku kaum. Antaranya tarian tradisional yang dimiliki oleh setiap kaum. Kali ini jom kita ke Sarawak untuk menyaksikan pertandingan tarian tradisional dan etnik di sana, yang dijayakan oleh pelajar sekolah rendah sempena pertandingan tarian peringkat daerah Song.
Tuesday, April 8, 2014
Rumah terbalik di Sabah
Anda ingin merasai satu pengalaman berbeza? Sesuatu yang boleh mencabar kebiasaan kita? Jom...jawapannya ada di sini...di Tamparuli, Sabah. Apa yang saya maksudkan ialah perihal rumah terbalik. Entri ini adalah pengalaman rakan saya yang sempat berkunjung ke sana baru-baru ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)


















