Jus Kurma segar dari ladang! Akhirnya dapat juga merasa jus kurma yang segar dan sedap ini. Sebelum ni saya hanya membaca mengenainya dalam FB saja. Maklumlah nak beli jauh... kedainya nun di Paka, Terengganu. Saya namakan Jus Kurma SMS sebab pemilik kedainya ialah Siti Maisarah Saifuddin, bukan orang lain pun, bekas pelajar saya juga dulu. Tahniah Sarah kerana dah jadi usahawan berjaya. Kebetulan Sarah buat road tour Jus Kurma dari Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, sempat juga singgah hadiahkan jus kurma kepada saya. Terima Kasih!
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Thursday, June 9, 2016
Monday, June 1, 2015
Air bocong: tarikan terbaru
Macam-macam cara nak tarik pelanggan. Sebelum ni kita biasa tengok atau makan aiskrim kelapa, aiskrim pasu dan sebagainya. Sekarang saya terjumpa satu lagi tarikan terbaru, bukan aiskrim tapi air biasa yang dijual bersama bekas air yang besar. Kami panggil air bocong. Di kelantan, bocong tu merujuk kepada bekas air. Air bocong ni dijual dengan harga RM6 satu bekas. Bocong comel tu boleh dibawa balik....oh idea ni nampak kreatif juga yer.
Tuesday, May 19, 2015
Jus Eppis yang sedap
Jus Eppis? bukan main glamer lagi nama..haha...Gabungan epal dan pisang maka jadilah Eppis. Nama yang saya bagi sendiri kepada minuman yang dibuat sendiri (opss...puan isteri yang buat ni!). Macam mana dapat idea nak buat ni? Buah pisang tu adalah buah pisang sulung yang saya tanam.Huhu...terharunya...pokok pisang yang ditanam sudah berbuah dan masak..Buahnya masak serentak, maka diproses jadi jus Eppis setelah dicampur dengan epal hijau. Hmmm buah epal tu tanam kat kedai.
Monday, August 18, 2014
Kelainan botol air mineral
Sekali tengok, botol air mineral ini macam botol-botol air mineral yang lain. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, ada gambar pada sticker botol tersebut. Botol kat atas tu ada gambar gasing, iaitu sejenis permainan tradisional orang-orang Melayu di negara kita. Masa beli air ni, tak perasan pula ada gambar, jadi tak tahulah botol-botol yang lain tu ada gambar apa. Saya rasa, kelainan yang ditonjolkan pada botol air mineral ini wajar dipuji. Tambahan pula, gambar-gambar yang dipaparkan itu ada kaitan dengan warisan bangsa rakyat Malaysia.
Saturday, January 18, 2014
Gelas MariGold
Bagi penggemar kopi dan teh tarik, susu krimer manis MariGold memang tak asing lagi. Ini bukan cerita kopi dan teh tarik...tapi nak cerita pasal gelas comel MariGold.
Monday, December 9, 2013
Aksi menarik teh
Ekslusif...entri ini memaparkan kehebatan guru-guru SMKAM menyediakan teh tarik..Gambar-gambar dalam koleksi saya ini adalah sempena sambutan hari guru 2013 yang lalu...yang belum pernah disiarkan lagi...hehe.. Hebat betul aksi guru-guru ini menyediakan teh tarik..dikhabarkan teh tarik hari tu mendapat sambutan hangat dan laris di pasaran..huhu..Jom saksikan...
Thursday, December 5, 2013
Free Gift Tupperware
Satu lagi koleksi free gift saya, iaitu tupperware Dutch Lady yang comel.hehe..Comel la sangat sebab dapat percuma kan! Untuk mendapatkan tupperware tu...macam biasala...kena beli air yogurt tu dulu. 3 botol yogurt Dutch Lady pelbagai perisa...
Monday, December 2, 2013
Mug Munchy's
Koleksi mug terbaru saya...haaaa jangan ada yang telan air liur tengok mug cantik merah putih tu. Satu saja dalam simpanan saya. Itupun disimpan, bukan untuk digunakan. Senang saja kalau nakkan mug ni,
Saturday, November 30, 2013
Doraemon dan nutrigen
Doraemon...doraemon...siri kartun yang popular sedikit masa dulu.Sekarang ni ada lagi ker? Mungkin hampir tenggelam dengan pelbagai siri kartun lain di kaca tv. Pernah juga saya tonton siri Doraemon ni dulu..hehe..suka tengok saku ajaibnya...macam-macam ada..
Friday, June 14, 2013
Bagus ker minuman sarang burung ni?
Dah lama dengar pasal sarang burung Walit ni.Tapi buat tak kisah jer.hehe...Baru-baru ni ada rakan yang perkenalkan produk minuman sarang burung Walit,maka saya pun belilah.Takde masalah kesihatan apapun....cuma saja-saja beli.
Harga satu kotak yang terdiri daripada 3 botol tu RM 110.00.Tak tahulah mahal ker tidak.Diminum 2 kali sehari pagi dan malam dalam kuantiti satu sudu sekali minum.
Minuman sarang burung ni adalah gabungan 7 perkara seperti sarang burung,kurma,kismis,delima,habatus sauda,safran dan air zam zam.Kira macam berbaloi lah kan semua ada dalam satu botol minuman sarang burung.
Kalau baca testimoni,beberapa jenis penyakit dapat disembuhkan dengan meminum minuman ni.Antaranya strok,sembelit,darah tinggi,kolestrol tinggi,ghout & sarat,penyakit kulit,selesema dan sebagainya.Alhamdulillah...banyak juga tu dapat disembuhkan dengan izin Allah.
hmmmm.....itu saja perkongsian kali ni.Nak beritahu lebih-lebih pun tak tahu juga.Sebab saya sendiripun belum minum lagi.hehe...Bab beli laju jer,bab nak minum tu malas pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)