Minat lukisan? Saya minat juga tengok lukisan, tapi langsung tak pandai melukis. Hehe.. Kepada pencinta lukisan, jangan lepaskan peluang menyaksikan pameran lukisan 1MCAT bertemakan masjid-masjid di Kelantan. Pameran berlangsung di Balai Seni Lukis Kelantan di Kota Bharu bermula 25 November hingga 31 Disember 2015. Selain melihat hasil kreativiti pelukis, kita juga dapat mengenali masjid-masjid yang terdapat di Kelantan dalam bentuk lukisan. Jom saksikan beberapa lukisan yang sempat saya rakamkan.
Showing posts with label BUDAYA. Show all posts
Showing posts with label BUDAYA. Show all posts
Friday, December 4, 2015
Tuesday, December 1, 2015
Wayang Kulit Kelantan
Cuti sekolah ni kalau takde benda nak main...jom main benda ni...wayang kulit. Haha...siapalah yang pandai main wayang kulit sekarang,,entah-entah wayang kulit pun tak kenal. Gambar kat atas tu contoh wayang kulit yer anak-anak. Kalau robot atau permainan lego boleh digerak-gerakkan sendinya, wayang kulit pun boleh juga tau! Tapi nak buat ni bukanlah senang. Tengok saja corak dan ukiran tu..ambil masa juga nak siapkan.
Friday, November 13, 2015
Kertok
Masa kecil-kecil dulu, saya kenal kertok hanya dipalu di madrasah kat kampung setiap kali masuk waktu solat. Nak palu kertok pun ada cara dan rentaknya supaya menghasilkan bunyi yang sedap didengar. Zaman sekarang rasanya kertok sudah tidak ada lagi di madrasah. Generasi whatsapp sekarang mana ada kenal dengan kertok ni!
Saturday, June 13, 2015
Wau labah-labah pun ada
Sangat kreatif dan menarik. Itulah yang saya boleh katakan pada wau labah-labah ni. Kalau tengok dari jauh ingatkan tayar yang terbang. Bila tengok dari dekat rupa-rupanya labah-labah dan sarangnya terbang di udara. Wau ni dipamerkan semasa Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015 yang berlangsung di Tumpat baru-baru ini. Dah banyak kali saya berkunjung ke pesta wau Kelantan. Rasanya inilah kali pertama saya tengok wau labah-labah.
Monday, June 1, 2015
Air bocong: tarikan terbaru
Macam-macam cara nak tarik pelanggan. Sebelum ni kita biasa tengok atau makan aiskrim kelapa, aiskrim pasu dan sebagainya. Sekarang saya terjumpa satu lagi tarikan terbaru, bukan aiskrim tapi air biasa yang dijual bersama bekas air yang besar. Kami panggil air bocong. Di kelantan, bocong tu merujuk kepada bekas air. Air bocong ni dijual dengan harga RM6 satu bekas. Bocong comel tu boleh dibawa balik....oh idea ni nampak kreatif juga yer.
Tuesday, May 26, 2015
Rumah warisan Melayu Perak
Kalau berkunjung ke Perak, jangan lupa melihat rumah warisan masyarakat Melayu di sana. Cantik dan penuh dengan kesenian. Entri kali ini saya kongsikan gambar rumah Melayu Perak. Rumah-rumah ini terdapat di taman rekreasi Gunung Lang, Ipoh Perak.
Sunday, April 19, 2015
Pesta Kaul di Mukah, Sarawak
Sarawak terkenal dengan keunikan budaya yang menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Empat tahun bertugas di Sarawak dahulu menjadikan saya mengetahui serba sedikit adat dan budaya masyarakat di sana. Entri kali ini akan memaparkan pesta Kaul yang menjadi tradisi masyarakat Melanau Mukah.
Wednesday, April 8, 2015
Pesta Bunga @ Arab Saudi
Jom saksikan pesta bunga-bungaan. Kali ini saya bawakan gambar-gambar Pesta flora dari luar negara...Arab Saudi. Jarang-jarang juga dapat lihat pesta seumpamanya dari negara Arab. Foto ini dikirimkan oleh sahabat saya, Linda yang sudah beberapa tahun menetap di Arab Saudi. Saksikan...
Monday, March 9, 2015
Bazar Warisan Kuala Terengganu

Terengganu bukan saja terkenal dengan keindahan pantainya, tapi juga terkenal dengan seni warisan ukiran yang cantik. Saya tertarik dengan rekabentuk dan ukiran yang terdapat pada Bazar Warisan yang terletak berhampiran dengan Pasar Payang, Kuala Terengganu.
Kat sini ada menjual pelbagai jenis kain batik, songket dan hasil kraf. Kedudukannya berhampiran Pasar Payang dan Bukit Puteri, menjadikannya strategik untuk dikunjungi. Apatah lagi dengan reka bentuk yang unik ini.
Friday, June 13, 2014
Seramik Mambong
Hasil kraf seramik memang unik dan cantik. Tapi berapa ramai dalam kalangan masyarakat yang tahu cara membuatnya? Saya rasa tak ramai yang tahu, bahkan siapa yang masih mengusahakannya pun kita jarang ambil kisah. Dalam entri ini saya perkenalkan salah seorang penggiat kraf seramik yang masih aktif, iaitu Puan Zainab Hj Hussin.
Thursday, June 12, 2014
Macam-macam wau ada
Ada macam-macam jenis wau kat sini. Seronok betul dapat melihat keunikan wau dari pelbagai negara. Pelbagai saiz, corak dan bentuk. Apapun, wau bulan dari negara kita tetap di hati. Kesempatan menyaksikan pelbagai wau ini saya dapat apabila mengunjungi pesta wau antarabangsa Kelantan 2014 baru-baru ini, yang berlangsung di pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Jom layan gambar-gambar..
Sunday, June 1, 2014
Gayu Guru Gerai Nyamai 2014
Selamat menyambut hari Gawai buat masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Biarpun sudah lama meninggalkan bumi kenyalang, namun rakan-rakan dan bekas pelajar saya di sana dari kaum Iban dan Bidayuh masih saling berhubung. Keseronokan menyambut Gawai dimulakan dengan tarian yang diiringi paluan muzik tradisional. Gambar di atas adalah suasana di Kampung Git, Jalan Puncak Borneo. Seterusnya saya bawakan anda semua ke Kampung Taee, Serian, Sarawak..
Tuesday, May 6, 2014
Berperahu untuk ke sekolah
Berperahu untuk ke sekolah bukanlah perkara asing bagi pelajar di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak mahupun sesetengah tempat di Semenanjung. Rutin harian ini terpaksa ditempuh demi mendapatkan ilmu pengetahuan buat bekalan masa depan. Entri kali ini akan membawa anda ke kampung Kekan, Dalat, Sarawak. Sebelum jam 7 pagi, anak-anak kampung Kekan ini sudahpun bersedia di atas perahu panjang ini untuk ke sekolah. Biasanya mereka dihantar oleh ibu bapa masing-masing dengan perahu milik persendirian.
Sunday, November 24, 2013
Perahu Petalawati Seri Kekayangan
Itu bukan burung, itik atau apa-apa binatang yer. Itu adalah perahu panjang yang bernama Petalawati Seri Kekayangan. Perahu cantik ini adalah sepanjang 14.3 meter dan mempunyai kelebaran 2.1 meter. Perahu berkepala ini memang cantik dengan warna putih pada badannya, dihiasi dengan corak khas.
Labels:
BUDAYA,
Kelantan,
Kota Bharu,
Muzium,
Pelancongan,
Perahu
Thursday, May 30, 2013
Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013
Hari ni,sempatlah kami sekeluarga meluangkan masa ke Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013. Pesta yang berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun ini bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Bagi yang tak biasa ke pantai Geting, lokasinya dekat saja dengan pantai Sri Tujuh dan MRSM Tumpat. Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan menggunakan handphone jer ni!
Monday, May 27, 2013
Masjid Beijing
Alhamdulillah,hari ini sempat juga sekali lagi saya ke masjid Beijing.Bunyi macam kat negara China jer kan.Sebenarnya masjid ni kat Rantau Panjang,Kelantan jer.Mungkin ramai yang dah tahu pasal masjid ni kan! Atau dah ramai pun yang pernah ke sini,terutamanya mereka yang dah sampai kat Rantau Panjang.
Monday, March 4, 2013
Pengalaman di pedalaman Sarawak
Cepat benar masa berlalu.Dulu sebagai anak murid,sekarang mengikut jejak langkah gurunya berkhidmat sebagai guru juga.Itulah kisah bekas pelajar saya,Roslan yang sedang bertugas di SK Lela Pahlawan,Lingga,Sri Aman,Sarawak."Dulu saya mendengar pengalaman cikgu mengajar di Sarawak,sekarang saya sendiri mengalaminya"ujar bekas ketua asrama SMKAM ini.Roslan (tengah dalam gambar) baru berpindah ke SK Lela Pahlawan kerana sebelum ini dia bertugas di SK Pantu.
Graduan UPM ini pernah merasa keperitan menjadi guru di pedalaman,dengan tidak makan selama sehari pada awal penempatan kerana kesukaran mendapatkan makanan halal.Perbezaan budaya dan bahasa masyarakat setempat juga memberi pengalaman baru kepadanya.Itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendidik anak bangsa.
"Sekarang saya dah boleh memahami dan bercakap beberapa patah perkataan bahasa Sarawak seperti aok..ya,sik...tidak,madah...kata,lawa...sombong."kata Roslan yang mengambil masa 4 jam menggunakan jalan darat dari Bandaraya Kuching untuk ke daerah sekolahnya.Roslan mengajak semua melancong ke Sarawak pada bulan April ini kerana ada pesta benak,salah satu keajaiban dunia iaitu sungai yang mempunyai ombak yang kuat.
Pesanan Roslan kepada generasi muda,walau di mana kita berada,ilmu agama sangat penting untuk menjamin kekuatan akidah."Kepada adik-adik SMKAM..tuntutlah ilmu baik-baik..kesedaran yang terbaik adalah daripada diri sendiri"ujarnya lagi yang sangat bersyukur kerana mempunyai guru-guru SMKAM yang sudah mendidiknya sehingga menjadi seorang manusia.
Saya mengucapkan selamat bertugas kepada Roslan dan rakan-rakan di pedalaman Sarawak.Kutiplah seberapa banyak pengalaman semasa berada di tempat orang.Sesungguhnya pengalaman yang kita rasai sendiri itu adalah sesuatu yang sangat berharga.Saya sendiri juga pernah berhidmat di Miri,Sarawak selama 4 tahun.Sampai sekarang pun saya masih ingat Miri..rindu nak ke sana!
Sunday, July 1, 2012
Saksikan kraftangan dari Uzbekistan
Kali ni saya nak bawa anda semua ke Uzbekistan.Kita akan melihat beberapa jenis hasil kraftangan yang dihasilkan di negara Uzbekistan ni.Terpegun juga saya melhat kehalusan dan kecantikan hasil kraftangan mereka.Jom saksikan....
Monday, June 25, 2012
Jom main Rebana Ubi
Entri kali ini saya akan memperkenalkan sejenis alat muzik yang dikenali sebagai rebana ubi.Gambar kat atas tu la rebana ubi.Walaupun namanya rebana ubi....ubi ni tak boleh dimakan tau!Kalau ada masa dan peluang, saya teringin juga nak tahu asal - usul dapat nama ni.Begitu juga dengan proses pembuatan alat muzik tradisional ni.Tapi kat mana yer?
Monday, July 25, 2011
Timba Upih
Peribahasa perigi mencari timba....Haa..ni dia timbanya...Kalau dulu timba ni diperbuat daripada upih.Apa ke benda pula upih ni?Upih ni sebenarnya kelopak daun daripada pokok pinang.Tengoklah kreatifnya orang dulu-dulu,upih ni dibentuk sedemikian rupa menjadi timba.Diikat dengan tali...lalu bolehlah digunakan untuk mengangkut air di perigi.
Mari kita saksikan rupa bentuk timba upih di bawah ni...
![]() |
Bahagian luar timba upih |
Subscribe to:
Posts (Atom)