expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Wednesday, July 3, 2019

Berhenti Menulis Blog sebab dapat Baby baharu


Assalamualaikum, lama benar rasanya tak update blog. Banyak sangat kekangannya. Hari ni saya gagahkan juga untuk update sedikit sebanyak. Cewahhhh... macamlah ada yang tertunggu-tunggu nak baca entri saya. 

Friday, April 3, 2015

Kenapa pergi Funfair?


Funfair dulu dan sekarang dah banyak berubah dari segi permainan yang disediakan. Sekarang ada banyak pilihan nak main apa...Penting juga, setiap permainan tu dihias cantik dengan pelbagai warna, lampu dan ada bunyi atau muzik iringan. Selain untuk bisnes, funfair ni juga beri peluang untuk anak-anak berhibur bersama keluarga. Sekarang ni satu token dah mencecah RM4. Bayangkan kalau ada 10 permainan dan anak-anak pula ramai.Huhu...

Wednesday, January 8, 2014

Ibu tiri yang zalim

Keratan Berita Harian 8/1/14
Ramai yang dah baca berita pasal kekejaman ibu tiri dalam akhbar hari ini kan....Tak sangka ada juga manusia yang berkelakuan sedemikian. Rasanya haiwan pun kasihankan anak sendiri.....inikan pula manusia.Walaupun anak itu sekadar anak tiri, sanggup pula ibu tiri memperlakukan sedemikian.

Friday, December 20, 2013

Anmum Essential langkah 3

Apahal Sadiq tu menangis?Abang dan kakaknya macam tak layan pula...
Buat apa la..budak-budak tu main kat peti ais ni..

Ooo...patutlah...mereka duk berebut benda ni
Apa ni? siap boleh tampal pada peti ais lagi. 
Kemudian boleh pusing-pusing macam roda (pakai bateri AAA)
Sambung baca.....

Monday, December 9, 2013

Sudah 2 tahun


Hari ini 9 Disember 2013...adalah hari ulangtahun kedua hari kelahiran Sadiq. Happy birthday Sadiq. Dah umur 2 tahun anak papa yer..Hari ini kami tak buat sambutan birthday Sadiq..memandangkan ada hal lain...sibuk sangat tak sempat nak buat majlis. Lagipun birthday kakaknya baru jer sambut 2 hari lepas iaitu 7 Disember.. 

Takpe lah yer...ada masa nanti kita buat majlis untuk Sadiq pula. Sadiq sekarang minat sangat dengan bola...Tengoklah baju bola dan ada beberapa biji bola di rumah ni..Hmmm macam Imdad kecil dulu...minat juga bola!..tapi lama-kelamaan bertukar kepada minat kereta pula. Semoga Sadiq akan menjadi anak yang baik dan berjaya suatu hari nanti.



Sunday, December 8, 2013

Angry Birds memisahkan kami


Sempena cuti sekolah ni kita buat operasi mengemas bilik...Kalau hari bekerja memang takde masa nak mengemas...kan..kan...Itu kami lah...orang lain tak tahulah. Sebenarnya kami baru jer beli 2 buah katil angry birds tu kat anak-anak. Biru untuk Imdad dan pink untuk Ardini. Harga sebuah katil tu RM 299...beli kat kedai perabot lah takkan kedai makan pula.hehe..Harga katil saja tak termasuk tilam,bantal, cadar mahupun rak kat tepi katil tu. Seronok mereka dapat katil satu seorang ..

Kiranya malam tadi adalah malam pertama budak-budak tu tidur di bilik berasingan dengan kami..Huhu...sedih pula rasanya. Maklumlah sejak lahir sampai umur masing-masing 8 dan 5 tahun tidur sebilik  dengan kami.Takpe lah...takkan nak tidur dengan ibu bapa sampai tua kan! Malam tadi saya temankan sampai mereka tidur. Nasib baik mereka tak terjaga di tengah-tengah malam..Ala..bukan jauhpun, sebelah bilik jer..Alhamdulillah mereka tidur dengan nyenyak..



Saturday, December 7, 2013

Happy Birthday Ardini


Hari ini 7 Disember 2013 adalah 
hari lahir Ardini, anak kedua saya yang ke 5 tahun.
Happy Birthday Ardini.
Majlis makan-makan secara kecil-kecilan jer
untuk keluarga terdekat...kat rumah neneknya.

Aku....Dulu dan kini


Friday, December 6, 2013

3 beranak maut..Kancil dirempuh MPV

sumber: Utusan Online

Sayu dan sedih membaca berita tersebut...Kejadian yang melibatkan orang kampung saya sendiri ni...Kemalangan awal pagi tadi berlaku berdekatan salah sebuah stesen minyak di kampung Chicha itu telah mengorbankan 3 nyawa termasuk seorang bayi.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa yang maut itu akan disemadikan selepas solat asar hari ini. Sama-sama kita doakan agar ketiga-tiga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Takziah kepada keluarga mangsa, dan sama-sama kita sedekahkan al-fatihah.Al-fatihah.....



Saturday, November 30, 2013

Doraemon dan nutrigen


Doraemon...doraemon...siri kartun yang popular sedikit masa dulu.Sekarang ni ada lagi ker? Mungkin hampir tenggelam dengan pelbagai siri kartun lain di kaca tv. Pernah juga saya tonton siri Doraemon ni dulu..hehe..suka tengok saku ajaibnya...macam-macam ada..

Friday, November 29, 2013

Siapa nak jaga anak?

gambar hiasan koleksi KM7
Siapa akan jaga anak?Soalan biasa bagi pasangan bekerja dan baru mendapat anak...Yang dah ramai anak juga tidak terkecuali apabila berhadapan dengan masalah pengasuh, TASKA, ibu bapa dan sebagainya. Itulah antara cabaran dalam menempuhi dunia kerjaya.

Ada isteri yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menjaga anak sendiri.Hmmm.. Kalau dah kaya dan banyak harta bolehlah kan...duduk jer kat rumah layan anak-anak dan masak untuk suami. Tapi kalau kewangan keluarga tak mengizinkan macam mana pula?

Nak hantar anak ke pusat asuhan, ada yang tak mampu. Kalau yang mampu pun..bimbang dengan macam-macam kes yang berlaku kat pusat asuhan kanak-kanak sekarang ni. Minta ibu bapa jaga, kesian pula bagi mereka yang dah lanjut usia.Dulu menjaga kita, sekarang nak kena jaga cucu pula.

Habis macamana...nak berhenti kerja..kan tak cukup duit. Bagi yang dah banyak duit...kalau berhenti kerja bosan pula duduk jer kat rumah. Apa juga persoalannya...biarlah keputusan yang diambil itu menguntungkan banyak pihak,terutamanya anak-anak yang bakal dijaga oleh sesiapa pun itu. Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Apa guna kita berjaya dalam kerjaya tetapi anak-anak terabai.....

Wednesday, November 27, 2013

Imaginasi anak saya


Budak-budak ada imaginasi sendiri yang diluahkan dalam bentuk lukisan. Semua lukisan dalam entri ini adalah karya anak perempuan saya, Ardini yang berusia 5 tahun. Dalam bukunya penuh dengan lukisan ...jadi saya pun ambillah gambar untuk dimasukkan dalam entri ni. Saya tengok dia suka sangat melukis, terutamanya lukisan berbentuk orang. Jom saksikan...


lagi gambar.....

Sunday, November 24, 2013

Beli cokelat dapat tabung


Beli cokelat Crispy dapat tabung duit....haaa sedap juga tu. Sedap lagi kalau tabung tu pun dah diisi penuh dengan duit.hmm..bermimpilah jawabnya. Pasal tabung duit tu betullah, warna biru lagi tu. Saya tak pasti pula tabung tu binatang apa...dinosour ker buaya camtu?ker apa?

Thursday, November 21, 2013

Hadiah Porsche untuk anak


Ada orang beli mini cooper untuk anak...Nah! saya beli Porsche GT3 RSR untuk anak lelaki saya, Imdad. Hehe...bukan sebarang kereta tu. Siap ada lampu-lampu dan bunyi-bunyi lagi. Boleh bergerak sendiri sebab pakai bateri jam.

Harga Porsche ni mahal tau! Saya kena tebus mata kad smiles sebanyak 1000 mata, dan ditambah RM 9.90. Bayangkan betapa lama nak kumpul 1000 mata. Dengan kata lain, 1000 mata tu mewakili RM1000 saya belanja di Esso Mobil untuk mengisi petrol.

Tak apalah kan...untuk anak juga. Lagipun anak saya ni memang suka kepada kereta. Harap suatu hari nanti dia menceburi bidang kejuruteraan khususnya hal-hal berkaitan kereta.Jangan jadi mat rempit sudah!

Berbalik kepada kad Smiles ni kira bagus jugalah. Macam-macam hadiah boleh ditebus dengan mata terkumpul.Selain itu cabutan bertuah juga sering dibuat di stesen minyak tersebut dengan pelbagai hadiah.Cuma saya jer yang belum bertuah dalam bab cabutan bertuah ni.Penat isi borang, nama tak naik-naik.hehe...

Sunday, November 17, 2013

Pergi funfair jer


Orang lain cuti sekolah ni sibuk melancong ke Genting Highland,Sunway Lagoon dan macam -macam untuk anak-anak.Tapi saya bawa anak pergi main kat funfair jer.

Cukuplah sekadar berhibur sesekali. Funfair tu pun dekat -dekat rumah jer.Kira oklah dapat main juga.Nak masuk setiap permainan ni kena bayar kupon yer.Rm 3 untuk satu permainan. 

Kepada anak-anak,sabar yer.Nanti ada masa dan banyak duit bolehlah kita melancong yer.Saya bercadang nak bawa anak-anak berjalan dalam negeri jer.

Thursday, November 14, 2013

Cuti sekolah sudah bermula

Gambar hiasan koleksi KM7
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan bagi negeri Kelantan. Keceriaan jelas tergambar pada wajah setiap pelajar menantikan ketibaan musim cuti sekolah. Biarpun bukan dalam erti kata cuti yang sebenarnya kerana mereka dibekalkan dengan pelbagai kerja rumah sepanjang musim cuti, namun itu tidak menghalang mereka untuk melepaskan sedikit tekanan setelah 11 bulan bersekolah.

Bagi guru pula, inilah masanya untuk menanda kertas peperiksaan, mengadakan kelas tambahan musim cuti, juga membuat persediaan untuk persekolahan tahun depan. Tak kurang juga ada yang menyumbang bakti dalam mengawas peperiksaan SPM dan STPM.Jadi di mana maksud cuti yang sebenarnya?

Ibu bapa mungkin sudah merancang aktiviti atau program yang sesuai untuk anak-anak. Penuhilah masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang berguna. Mungkin ada dalam kalangan kita yang bosan setiap kali musim cuti sekolah apabila tiada pengisian yang khusus. Maka anak-anak mengadap TV mahupun permainan komputer dan handphone.

Tak lupa juga setiap kali cuti sekolah acara kenduri kahwin pun banyak juga. Hai...bilalah nak pergi bercuti ni?

Friday, November 8, 2013

Usia semakin meningkat


Masa belek-belek gambar keluarga, nampaklah gambar ni. Gambar anak sulung dan kedua saya iaitu Imdad dan Ardini. Itu gambar 4 tahun lepas. Sekejap jer masa berlalu kan. Nasib baik gambar lama masih dalam koleksi, nanti bolehlah ditunjukkan kepada budak-budak ni apabila mereka dah besar. Cuma akhir-akhir ni saya tak print gambar-gambar tu sama ada di kedai foto mahupun sendiri. Semua terperap dalam komputer jer.


Haaa ni dia wajah terkini mereka. Kalau dulu berdua, kini dah bertiga. Si kecil Sadiq pula yang bongsu setakat ni. Kalau dibandingkan dengan gambar kat atas tu, tentu ada perbezaannya kan. Itulah pertambahan usia. Jangan buat-buat lupa, kalau si anak semakin besar, maknanya si bapa ni dah semakin tualah yer.huhu...Azam tahun baru ni, tambah ilmu dunia dan akhirat.Amacam, ok tak?

Tuesday, November 5, 2013

Anak yatim itu....

Tadi kami sempat berjumpa sebahagian daripada ahli keluarga sebelah ibu.
Bukan senang nak jumpa, time cuti macam ni baru boleh bersua muka.Maklumlah
masing-masing berkerjaya dan berada di perantauan.
Lebih bermakna lagi, kami boleh bersua muka melihat ahli baru dalam keluarga kami,
yang kematian ibunya semasa melahirkannya dahulu.
Entri pasalnya ada di sini [KLIK SINI]

Jom layan gambar


Lagi gambar....

Monday, September 16, 2013

Selamat tinggal Anakku


Terima kasih kepada Nziatul Azma (pemilik asal gambar ini).

"Terima kasih mama kerana melahirkan saya,dan selamat tinggal mama".Bayi perempuan comel ini baru saja beberapa hari melihat dunia,tanpa sempat mendapat kasih sayang mamanya.Begitulah takdir Ilahi yang telah menentukan segalanya.Ibu kepada bayi ini telah meninggal dunia sehari selepas pembedahan melahirkannya.(nama dan lokasi dirahsiakan).

Bapa kepada bayi ini, iaitu sepupu saya sendiri tidak menyangka kelahiran anak ketiganya itu telah memisahkan dia dengan isteri tersayang buat selama-lamanya.Apatah lagi kedua-dua anak lelakinya masih lagi kecil dalam usia 5 dan 2 tahun.Dalam usia sebegitu kecil,sememangnya sangat memerlukan perhatian dan kasih-sayang daripada seorang ibu.

Itulah yang dikatakan dugaan kehidupan.Perancangan Tuhan itu melebihi apa yang kita sendiri rancang.Dia yang mengurniakan bayi perempuan yang diidam-idamkan, dan Dia jugalah yang mengambil kembali ibu kepada bayi tersebut pada masa yang sama.Sebagai manusia biasa, rasa kasihan tentang masa depan bayi itu mesti ada. Apapun mesti ada hikmahnya yang Allah jua lebih mengetahui.

Semoga bayi comel ini mendapat perhatian dan kasih-sayang yang sepatutnya daripada kaum keluarga terdekat. Apabila besar kelak, ingatlah jasa dan pengorbanan mama yang telah mengandung dan melahirkanmu.Biarpun dirimu tak pernah mendapat kasih-sayang daripada mama, tapi ingatlah arwah mama kamu sangat menyayangi kamu.AL-FATIHAH buat arwah.

Monday, September 9, 2013

Aksi berbasikal



Sesi menayangkan basikal masing-masing.Itulah gelagat anak-anak saya dengan basikal mereka.Yang sulung tu nak tayang basikal yang dia baru sembur cat sendiri.Dari hitam disemburnya cat putih.Anak perempuan pula dengan basikal pink barunya.Manakala yang ketiga tu pun nak join sekali dengan basikal kecilnya.

Aktiviti main basikal ni kat halaman rumah jer setiap petang kalau hari tak hujan.Masing-masing dengan aksi sendiri.Kadang-kadang tu bergaduh juga sesama mereka.Biasalah budak-budak ni.Kalau tak bergaduh dalam sehari tu tak sah jadinya.

Bapa budak ni nak main basikal juga,tapi belum beli.hehe.Dah berumur ni segan pula nak kayuh basikal keliling kampung.Kalau ada geng tu seronok juga kan.Patutlah sekarang ni ramai beli basikal kayuh kat dalam rumah jer.Tak perlu berpanas dan berhujan.Tapi rajin ker?