Jom bawa anak-anak tengok Pameran Rekreasi Animasi. Kali ini diadakan di Muzium Negeri Kelantan. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Selain berhibur, dapat juga tambah ilmu pengetahuan. Jom saksikan apa yang boleh dibuat di sini.
Showing posts with label pameran. Show all posts
Showing posts with label pameran. Show all posts
Tuesday, November 12, 2019
Thursday, March 2, 2017
Pameran dan Gerai Jualan sempena Majlis Graduasi
Sibuk sekarang, tak sempat nak update blog. Maaflah kalau lama sangat tunggu saya upload gambar pameran dan gerai jualan sempena Majlis Graduasi baru-baru ini. Seronok betul anak-anak pelajar ni menyiapkan pameran dan gerai jualan. Ada gerai yang belum pukul 1 petang pun dah habis jualan. Besar sungguh kuasa beli... biarpun menggunakan kupon. hehe... Tahniah kepada PERTIMA 17 atas kejayaan mengadakan gerai jualan. Tahniah juga kepada persatuan-persatuan yang terlibat dengan pameran. Anda semua hebat! Cakap banyak pun tak guna... jom tengok gambar...
Friday, December 4, 2015
Pameran Lukisan Masjid di Kelantan
Minat lukisan? Saya minat juga tengok lukisan, tapi langsung tak pandai melukis. Hehe.. Kepada pencinta lukisan, jangan lepaskan peluang menyaksikan pameran lukisan 1MCAT bertemakan masjid-masjid di Kelantan. Pameran berlangsung di Balai Seni Lukis Kelantan di Kota Bharu bermula 25 November hingga 31 Disember 2015. Selain melihat hasil kreativiti pelukis, kita juga dapat mengenali masjid-masjid yang terdapat di Kelantan dalam bentuk lukisan. Jom saksikan beberapa lukisan yang sempat saya rakamkan.
Sunday, November 8, 2015
Tok Janggut, Al-Fateh & Firaun di Muzium Kelantan
Satu pameran yang menggabungkan 3 watak penting buat julung kalinya diadakan di Muzium Negeri Kelantan tahun ini. Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi Tok Janggut, Sultan Muhammad Al-Fateh dan Firaun. Kepada warga Kelantan, juga anda dari luar Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk datang ke pameran ini bermula 20 Oktober 2015 hingga 31 Januari 2016. Tiket masuk sebanyak RM 5 bagi dewasa, RM 3 bagi kanak-kanak dan RM 2 bagi pelajar/sahabat muzium. Waktu pameran dibuka, Ahad hingga Khamis jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, manakala Jumaat dan Sabtu 8.30 pagi hingga 10.00 malam.
Sunday, November 9, 2014
Pameran dan pertunjukan Ular 2014 Kelantan
Ular!...ular!.... apa respon anda apabila terserempak dengan ular seperti di atas? Ular dalam gambar tu adalah ular senduk atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Naja-Naja. Itu betul-betul ular yer...bukan gambar mahupun replika ular. Ular senduk yang suka makan tikus dan katak ini boleh dilihat di Muzium Negeri Kelantan. Pameran dan pertunjukan ular Snake at Museum ini berlangsung dari 3 Nov hingga 3 Disember 2014. Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Saksikan sebahagian daripada foto yang sempat saya rakam semasa ke sana.
Monday, September 8, 2014
Kenderaan klasik terus diminati
Berada di tengah-tengah ribuan kenderaan klasik, saya rasa seperti berada pada satu zaman lampau pula! Apa tidaknya...sana-sini dipenuhi kereta dan motosikal klasik dari pelbagai model yang dihias cantik oleh pemiliknya. Semua ini terdapat di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-4 beberapa hari yang lepas, sempena pameran kenderaan klasik. Jom saksikan...
Thursday, June 19, 2014
Model kapal dulu-dulu
Baru-baru ini saya sempat menyaksikan pameran Meniti Ombak ke Kampung Laut, anjuran TV Alhijrah dan Jabatan Muzium Malaysia bertempat di Balai Islam Lundang, Kelantan. Ini adalah sebahagian daripada pameran dan gerai jualan di sana. Saya tertarik dengan model-model kapal yang dipamerkan. saksikan...
Friday, May 16, 2014
MAHA 2014 di Pasir Puteh
Cantik, meriah dan berinformasi. Bagi anda yang berada di sekitar Pasir Puteh, Kelantan pada 15 hingga 17 Mei 2014, beramai-ramailah ke MAHA 2014 peringkat negeri Kelantan. Pameran dan jualan ini berlangsung di padang awam Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Jom saksikan antara gambar-gambar menarik kiriman en. Zulhilmi yang telah berkunjung ke sana.
Labels:
Jom Kembara,
MAHA 14,
pameran,
Pasir Puteh,
pertanian
Subscribe to:
Comments (Atom)







