Bukit Gambang Water Park, Kuantan kami datang! Kunjungan kedua kami sempena cuti sekolah dan cuti Krismas, setelah sekian lama tidak ke sini. Biarpun cuaca tidak menentu dengan hujan lebat di Kuantan, kami pergi juga ke sana. Alhamdulillah, sampai di Bukit Gambang Water Park, cuaca mendung sahaja sepanjang hari tersebut. Ramai betul pengunjung, hampir satu jam beratur untuk membeli tiket masuk. Pelampung, cabana, dan loker sudah habis disewa. Nasib baik ada bawa pelampung kecil untuk anak-anak.
