expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Sunday, October 21, 2018

Bertuahkah saya mendapat hadiah cabutan ini?


Alhamdulillah, dapat hadiah cabutan bertuah tahun ini semasa jamuan akhir tahun. Rasa macam bertuah pula sebab jarang-jarang bertuah sebegini. Apatah lagi hadiahnya kira 'berharga' lah juga. Bertuah lagi apabila nombor yang dicabut itu dipanggil awal-awal lagi. 

Saturday, January 18, 2014

Gelas MariGold


Bagi penggemar kopi dan teh tarik, susu krimer manis MariGold memang tak asing lagi. Ini bukan cerita kopi dan teh tarik...tapi nak cerita pasal gelas comel MariGold.

Saturday, November 2, 2013

Pemenang Sukantara SMKAM 2013

Berikut adalah gambar-gambar pemenang bagi acara  sukantara 
yang diadakan di SMKAM pada bulan Julai 2013 yang lalu.
Tahniah kepada semua pemenang.


 Lagi gambar......

Wednesday, October 23, 2013

Dapat hadiah lagi


Alhamdulillah,hari ni dapat hadiah lagi.Kali ini pemberian daripada pelajar tingkatan 5,iaitu Adib,calon SPM 2013. Hadiah ini diberikan kepada semua guru yang mengajarnya. Dah banyak kali Adib dan keluarganya memberikan hadiah kepada guru-gurunya sepanjang bersekolah di SMKAM.

Semasa menulis entri ini, hadiah tersebut saya belum buka lagi.Tak kisahlah apa-apapun, yang penting tanda ingatan kepada guru yang mengajar.Sememangnya ada banyak cara untuk menzahirkan penghargaan kepada guru.Selain hadiah,ucapan terima kasih dan menghormati guru juga boleh dilakukan.

Saya mendoakan Adib mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan bermula 6 November nanti.Jangan lupa...straight 11A+.

Friday, March 8, 2013

Saya memang tak bertuah


Sebut pasal cabutan bertuah....saya memang tak bertuah.Jarang sangat nombor yang dicabut tu mengena.Sedangkan nombor sebelum dan selepasnya tu habis dicabut.huhu..Kejadian ni berlaku lagi hari ni masa mesyuarat agung PIBG sekolah anak,lebih 40 hamper disediakan sebagai cabutan bertuah..memang nombor saya tak naik.hehe..

Walaupun takde lah berharap sangat akan dapat hamper tu,tapi apabila nombor kita ni tak naik-naik..rasa memang tak bertuah..senang cerita lain kali tak payah ambil pun nombor tu...confirm hadiah tu bukan milik kita.

Mungkin ada hikmahnya...hamper tu bukan rezeki kita,tapi untuk orang lain.Seronok juga tengok ibu bapa yang sanggup tunggu hingga ke akhir 'rancangan' kot-kot nombor mereka naik.Apapun itu juga satu bentuk tarikan supaya ibu bapa mengambil bahagian dalam mesyuarat agung PIBG.

Wednesday, November 7, 2012

Cenderahati akhir tahun

Jual tupperware ker?
oh tidak.....hehe...
sebenarnya itu adalah cenderahati akhir tahun
kelab guru dan kakitangan smkam,Badan kecemerlangan
dan PIBG.
hmmm bolehlah diisi dengan kuih-muih kan.....
ataupun simpan saja dalam almari sebagai hiasan.
ok...terima kasih,tahun depan beri lagi yer,


Sunday, November 4, 2012

Hadiah daripada pelajar 5IS


Terima kasih kepada pelajar

tingkatan 5 IS 2012

kerana memberi hadiah bekas-bekas cantik tu

kepada saya.hmmmm saya suka!

Esok bermula Peperiksaan SPM 2012.

Semoga semua dapat menjawab dengan baik

subjek BM kertas 1 dan 2.

kejayaan anda kebanggaan kami.

Thursday, August 16, 2012

Saya dapat hadiah baju melayu untuk hari raya ni


Hari raya kali ni lebih meriah

kerana saya telah mendapat sepasang baju melayu.

Hadiah hari raya ni diberikan oleh pelajar saya,

Adeeb dari tingkatan 4 IS 2012.

Terima kasih Adeeb dan keluarga.

Semoga terus dimurahkan rezeki dan berjaya dalam pelajaran.


Saturday, July 28, 2012

Keluarga bahagia negara sejahtera

Nampak sweet jer gambar tu kan!
Masing-masing punya tafsiran sendiri pasal gambar ni.
Bagi saya...ia menggambarkan satu keluarga yang bahagia.
Tengoklah si suami memegang belon untuk dihadiahkan kepada isteri.
Dua anak dalam kereta tu memerhatikan gelagat ibu bapa mereka.
Semoga contoh yang baik ibu bapa  tu menjadi ikutan mereka 
apabila sudah berkeluarga kelak.
Sesungguhnya keluarga bahagia,negara sejahtera.

Sunday, May 27, 2012

Hadiah untuk Iqbal Sadiq

Menyambut kelahiran bayi baru adalah sesuatu yang menyeronokkan.Sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan,kedatangan orang baru ini dikongsi bersama saudara-mara dan rakan sejawat yang lain.Justeru,hadiah adalah salah satu bentuk melahirkan ucapan tahniah.

Iqbal sadiq,cahaya mata ketiga saya sudahpun masuk 5 bulan.Jadi dalam entri khas ini,saya akan memaparkan hadiah-hadiah yang diterima oleh Iqbal Sadiq sempena kelahirannya.Hadiah baju kat atas tu diberikan oleh Ustazah Zaharah.Cantik juga baju Peter Rabbit tu.Mungkin sebulan lagi dapatlah Sadiq memakainya.

Hadiah-hadiah lain untuk Sadiq.......

Tuesday, July 19, 2011

Cenderahati:Beli atau tidak?

Seronok memilih cenderahati

Kalau pergi ke sesuatu tempat....atau dengan kata lain pergi melancong...jangan lupa membeli buah tangan atau cenderahati untuk dibawa pulang.Kalau ditanya kenapa mesti membeli buah tangan?haaa...jawabnya senang jer..sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri mahupun buat orang-orang tersayang yang tak ikut sama semasa kita melancong tadi.Betul tak?

Sunday, June 26, 2011

Lilitkan lehermu dengan Singa

Tali leher singa
Kalau diminta untuk memakai tali leher bergambar singa macam kat atas tu...sanggup tak anda?haaa..jangan tak tahu,KM7 pernah memakai tali leher berkenaan 12 tahun yang lalu.Masa tu rasa ok jer...maklumlah masih muda belia..hehe...Jika diminta untuk memakainya sekarang....hmmm kena fikir beberapa kali dulu.

Gambar singa pada tali leher
Sebenarnya koleksi tali leher tersebut adalah pemberian daripada beberapa orang pelajar tingkatan 5D,semasa KM7 mengajar di salah sebuah sekolah di Miri,Sarawak dulu. Kononnya hadiah hari jadi lah tu.Budak-budak kat sana suka beri hadiah hari jadi kepada guru-guru mereka.Haa... kalau ada bekas pelajar KM7 kat Miri yang memberi hadiah tali leher tu...tengok...cikgu masih simpan hadiah tersebut dengan baik.

Garang tak singa tu?
Pelajar-pelajar yang memberi tali leher tersebut kepada KM7 begitu suka tengok KM7 pakai tali leher tu.Hai...gelak kat cikgu ker ...suka tengok singa tu?Atau ada maksud tersirat beri tali leher gambar singa tu?Hehe...tak ada lah kan...KM7 ni bukan garang macam singa-singa tu....Apapun...setiap pemberian daripada pelajar-pelajar...KM7 akan simpan baik-baik.Terima Kasih...Miri tetap dalam kenangan!

Wednesday, May 11, 2011

Apakah hadiah yang paling sesuai sempena hari guru tahun ni?

Hadiah daripada Google

Tak lama lagi hari guru.
Selain ucapan hari guru,
pelajar suka nak bagi hadiah 
kepada guru-guru mereka.
Terutamanya pelajar sekolah rendah,
mulalah berkira-kira nak bagi
apa kat cikgu mereka tahun ni.

Sebagai ibu bapa,
kita pun terlibat sama 
apabila anak-anak mendesak
untuk membelikan hadiah buat guru mereka.
Agak-agaknya apalah
hadiah yang sesuai dibeli
untuk diberikan kepada guru-guru
anak-anak kita?
Kalau ada idea...bolehlah kongsi2....

Wednesday, January 12, 2011

Hadiah buku: ok juga kan!


Bila kali terakhir anda terima hadiah?
KM7 dah lama tak terima hadiah.huhu..kesiannya...
Sebut pasal hadiah,
banyak benda yang kita boleh jadikan hadiah.
daripada barangan yang murah
sehinggalah yang mahal-mahal.

Walau apa juga bentuk hadiah,
yang pasti penerimanya mesti suka.
(siapa tak suka kalau percuma kan!)
tapi awas...sebarang hadiah
yang diberikan itu jangan pula berunsur rasuah.

Satu bentuk hadiah yang KM7 rasa
elok dan sesuai untuk semua peringkat umur
ialah buku.
Macam-macam jenis buku ada 
di pasaran.
Cuma penerimanya mungkin
sudah baca atau memiliki buku-buku
yang kita hadiahkan kepada mereka tu,
menyebabkab mereka tak berapa seronok kan....
tak kan nak tanya dulu kot
buku apa yang mereka nak,
tak suspen la pula kan hadiah tu.

Kalau KM7 lah,
tak kisah buku apa pun
janji orang bagi hadiah kat kita,
terima saja dengan rasa gembira dan bersyukur
atas ingatan orang kepada kita.
Marilah kita sama-sama jadikan buku
sebagai hadiah kepada seseorang...
setuju tak?