Langkawi bukanlah asing lagi bagi kita semua. Mungkin anda dah ke sana beberapa kali yer. Selain melihat keindahan panorama dan sejarah pulau itu, aspek cenderahati untuk dibawa pulang pun penting juga untuk diberi perhatian. Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa jenis cenderahati tanda kenangan yang dibawa pulang oleh isteri saya yang ke Langkawi sempena lawatan sambil belajar pelajar sekolahnya.
Showing posts with label Cenderahati. Show all posts
Showing posts with label Cenderahati. Show all posts
Saturday, May 3, 2014
Friday, December 13, 2013
Cenderahati apabila melancong
Cuti sekolah ni ramai yang mengambil kesempatan melancong bersama keluarga. Tentu seronok melawat tempat-tempat menarik sekitar tanah air mahupun luar negara. Tahun ni kami tak ke mana-mana pun. Menghabiskan cuti di rumah dengan aktiviti yang tak berapa menarik.hehe.. Bagi yang melancong tu jangan lupa beli cenderahati yer...
Gambar kat atas dan bawah ni adalah baju-baju yang kami beli masa melancong ke Brastagi dan sekitar Medan, Indonesia 2 tahun lepas. Rupa-rupanya baju tu tersimpan lama...tak perasan pula selepas disimpan...terus tersimpan...Baru tadi terjumpa dan dibuka pembungkusnya.hehe..teruk betul. Nasib baik baju tu muat lagi dipakai, maklumlah badan masih slim..hehe..
Jadi terubat juga dengan baju dari Indonesia tu walaupun tahun ni tak melancong...lepas ni bolehlah dipakai baju-baju tu..Anda kalau melancong suka beli apa yer?
Tuesday, December 10, 2013
Operasi membuka kotak
Hujan dari pagi sampai ke petang.Takde kerja nak buat maka saya pun buatlah operasi membuka kotak-kotak simpanan barang. Dah setahun kotak-kotak tu di situ tak terusik pun sejak kami pindah rumah. Sibuk sangatlah tu...hehe..6 kotak semuanya dibuka hari ni.
Labels:
Cenderahati,
Pelajar,
pindah rumah,
PROJEK RUMAH,
Rumah,
Sadiq,
Sarawak,
widad
Sunday, July 7, 2013
Souvenir dari Dublin
Cenderahati daripada bekas pelajar saya tu! Terima kasih Nuruddin atas pemberian pelekat magnet peti ais tu. (eh betul ker namanya tu.hehe)...Saya suka cenderahati tu.
Bekas pelajar saya ni sedang menuntut di Dublin dalam jurusan perubatan.Semoga beliau berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Sekali lagi terima kasih atas ingatan anda kepada bekas guru.
Wednesday, June 19, 2013
Telur Pindang dari Johor
Kali pertama melihat telur ni rasa pelik pun ada.Yer la biasanya telur ayam berwarna putih atau sedikit kekuningan kan.Tapi yang ni berwarna coklat kehitaman pula.Rupa-rupanya inilah yang dinamakan telur pindang.
Tuesday, April 23, 2013
Cenderahati dari Mekah
Terima kasih kepada Hafiz,
pelajar saya yang telah memberikan
tasbih kristal dan kopiah
kepada saya.
Cenderahati comel itu dari Mekah,
sekembalinya dari menunaikan umrah.
Wednesday, November 7, 2012
Cenderahati akhir tahun
Jual tupperware ker?
oh tidak.....hehe...
sebenarnya itu adalah cenderahati akhir tahun
kelab guru dan kakitangan smkam,Badan kecemerlangan
dan PIBG.
hmmm bolehlah diisi dengan kuih-muih kan.....
ataupun simpan saja dalam almari sebagai hiasan.
ok...terima kasih,tahun depan beri lagi yer,
Monday, July 25, 2011
Ini kisah kasut
Kasut....biarpun dipakai di kaki,namun ada yang sanggup berhabisan wang untuk membelinya.Ahh...siapakah yang memiliki kasut-kasut mahal itu?Kalau bukan kita...tentunya orang lain...Bagi lelaki,mungkin tidak sekerap wanita dalam soal menukar kasut.Rasanya ada yang memakai kasut tu sampai koyak baru tukar yang baru.Golongan wanita sering menggayakan pelbagai kasut mengikut warna baju...Hmmm nasib baik lelaki tak macam tu.
Soal berapa pasang kasut yang dimiliki...bergantung kepada jenis pekerjaan yang kita lakukan.Juga bergantung kepada jenis aktiviti yang diceburi.Mahal atau murah....tengoklah kepada keupayaan kewangan masing-masing.Janganlah ada yang sanggup berhutang semata-mata nak beli kasut baru,sedangkan kasut lama masih elok.
Kat sini KM7 nak kongsi satu gambar kasut yang menarik....(sila lihat di bawah).Kasut ni bukan untuk dipakai,cuma sebagai cenderahati.Nampak cantik kan!Sebenarnya kasut tersebut didatangkan dari negara China.Harganya RM 25 untuk sebelah.Dah nama untuk perhiasan...maka beli sebelah pun dah cukup kan...Lagipun memang tak dijual sepasang pun...bimbang ada yang cuba pakaikan untuk anak-anak kecil.Hehe...
![]() |
| Kasut dari China |
Tuesday, July 19, 2011
Cenderahati:Beli atau tidak?
![]() |
| Seronok memilih cenderahati |
Kalau pergi ke sesuatu tempat....atau dengan kata lain pergi melancong...jangan lupa membeli buah tangan atau cenderahati untuk dibawa pulang.Kalau ditanya kenapa mesti membeli buah tangan?haaa...jawabnya senang jer..sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri mahupun buat orang-orang tersayang yang tak ikut sama semasa kita melancong tadi.Betul tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)










