Hari-hari yang dilalui terasa begitu cepat masa berlalu. Pelbagai aktiviti termasuk kerja yang dilakukan dalam seharian ini menjadikan seolah-olah kita tidak cukup waktu untuk merehatkan badan dan minda. Untuk apa sebenarnya kita berhempas-pulas bekerja dan menjalani aktiviti seharian ini? Masing-masing punyai alasan tersendiri berbuat demikian.
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Tuesday, October 28, 2014
Monday, February 3, 2014
Dilema orang bekerja
Terima kasih kepada pemilik asal artikel di atas. Saya terima melalui whatsapp daripada kawan. Tertarik dengan isi kandungannya, maka saya kongsikan dalam entri dalam blog ini. Mungkin petikan di atas ada kebenarannya jika kita meluangkan sedikit masa untuk menelitinya.
Sunday, December 22, 2013
Boleh buat duit ni

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Hari ini saya diperkenalkan dengan iPanelonline, melalui satu laman blog seorang blogger. Setelah membaca serba sedikit, dan disertakan perasaan ingin mencuba, maka saya pun memberanikan diri untuk mendaftar.
Tak sangka, ianya cukup bagus dan bermanfaat. Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan sampingan. Tugasnya cukup mudah...cuma mengisi jawapan dalam borang soal selidik secara online. Kita tak perlu bayar apa-apa. Jawab soalan, kemudian kita akan dibayar. Cukup mudah kan! Selalu kita isi borang selidik percuma jer kan...Yang ni kita dibayar...huhu...best kan!
Saya nak cerita lebih-lebih pun tak boleh juga sebab baru masuk....Harap anda yang berkelapangan, bolehlah daftar dulu dan baca sendiri apa kebaikan menyertai iPanelonline ini. Kalau rasa sesuai dan berkenan,bolehlah teruskan.
Kalau berminat nak cuba sila KLIK SINI.
Sharing is caring.....
Friday, March 29, 2013
Terima kasih sahabat
Kawan memang senang dicari,apatah lagi kalau kita mempunyai kesenangan,kekayaan atau pangkat.Sahabat,mungkin ada satu daripada seratus kawan tadi.Kenapa jer?Itulah sahabat yang sanggup susah senang bersama kita.Dia juga memberi teguran ikhlas buat kita walau dalam apa jua situasi.
Carilah sahabat sejati kerana kita akan senang bersama mereka.Bukan macam kawan...yang ramai masa senang,masing-masing menjauhkan diri apabila kita ditimpa musibah.
Salah satu ciri sahabat ialah seseorang yang sering bertanya khabar rakannya biarpun telah bertahun terpisah.Zaman serba canggih ni macam-macam cara untuk berhubung dan bertanya khabar.Kalau ada yang memberi alasan sibuk dengan kerja dan keluarga...itu kawan namanya,bukan sahabat.
Monday, March 18, 2013
Tali leher dan kemeja:Perlukah sedondon?
Ini bukan uniform kerja saya yang baru yer.Dah lama beli ni....cuma jarang dipakai.Tapi setiap kali saya pakai baju ni,ada-ada saja rakan sekerja menegur.hehe....agaknya apa teguran mereka?
Yer betul....baju dan tali leher tu nampak sedondon kan.hmmmm memang pun,masa beli baju tu saya beli juga tali leher baru.Kebetulan pula ada yang hampir sedondon dengan baju.
Bercakap pasal tali leher ni,timbul juga persoalan perlukah tali leher ni sedondon dengan baju?Bagi saya warnanya saja yang perlu sama atau hampir sama.Coraknya tak kisahlah kan.Tapi kalau ada corak yang sama dengan corak baju lagi bagus kan.Ada orang tak suka...bimbang warna atau corak tali leher tu tenggelam dalam warna dan corak baju.
Pakar imej mesti tahu kan pasal warna dan corak yang sesuai.Saya ni pakai hentam jer.hehe.Setakat ni takde lagi yang 'komplen'... kira ok lah tu...
Friday, February 17, 2012
Sekolah terbakar?
Ini bukan satu kebakaran,
Cuma satu latihan kebakaran di sekolah sahaja.
Tujuannya nak tunjukkan
kepada semua warga sekolah
cara-cara memadamkan kebakaran.
Tengok tu..
asap berkepul-kepul.
Tong gas juga boleh menyebabkan kbakaran.
KM7 juga sempat bergambar dengan
sebahagian anggota bomba yang terlibat.
Tuesday, November 15, 2011
Kenapa kerjaya guru sering dipersoalkan?
![]() |
| Sumber kartun:Harian Metro 15/11/2011 |
Sehari dua ni kalau belek-belek suratkhabar,banyaklah dipaparkan pasal guru kerja sembilan jam bermula tahun depan.Biarpun perkara ini masih di peringkat percubaan di 4 buah negeri sahaja,namun maklumbalas daripada pelbagai pihak begitu memberangsangkan.
Banyak pendapat sama ada pro dan kontra dilontarkan.Baguslah ada percambahan minda.Sekurang-kurangnya boleh diambil perhatian oleh pihak terbabit.Secara peribadi KM7 rasa penetapan masa kerja guru 9 jam sehari ni tak mendatangkan masalah...kerana sebelum ini pun guru bekerja lebih daripada 9 jam sehari tapi masyarakat umum tidak nampak.Mereka lebih nampak kerja guru ni banyak cuti...Padahal masa cuti guru dipenuhi dengan kelas-kelas tambahan dan segala bentuk kem untuk kecemerlangan pelajar..Jadi dengan penetapan masa 9 jam ni diharapkan kerjaya lain tidak cemburu lagi dengan guru.
Bagaimanapun,untuk lebih adil...guru-guru tak payahlah membawa balik segala bentuk kerja sekolah ke rumah.Macam kerja pejabat yang lain.habis jer waktu pejabat, segala urusan berkaitan yang belum selesai...sambung esok pula.Hujung minggu pula tak payah libatkan guru dalam apa-apa yang berkaitan dengan kurikulum mahupun kokurikulum.Lawatan pelajar ataupun sebarang pertandingan kokurikulum perlu dibuat dalam waktu 9 jam sehari bekerja tu saja..Kesian betul menjadi guru penasihat atau guru pengiring yang membawa pelajar ke mana-mana pertandingan di luar daerah yang melibatkan beberapa hari terpaksa meninggalkan keluarga sendiri.Boleh ker buat semua macam tu?Kalau tengok situasi sekarang....agak mustahil...
![]() |
| Berita Harian:15/11/2011 |
Hanya guru dan mereka yang faham profesion ini saja yang tahu kedudukan sebenar.Semua kerjaya ada tekanan kerja tersendiri.Perkara ini elok ditangani dengan berhemah agar guru dapat mendidik anak bangsa dengan sepenuh jiwa raga...dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga....atau sekadar melaksanakan tanggungjawab dengan ala kadar.
Saturday, November 12, 2011
Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?
ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari
hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada
sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu
bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang,
Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan
sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.
Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam
lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas
perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya
guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform,
sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam
tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu
berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan
dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30
petang selama enam bulan.
"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.
"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh
Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita
bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.
Sumber:Utusan Online 12/11/2011
Monday, October 31, 2011
Kerja...kerja...kerja
![]() |
| Gambar hiasan:Google |
Kesian bagi yang bekerja.....
Pagi,petang,siang mahupun malam
asyik bekerja.
Pulang ke rumah pun masih memikirkan pasal kerja.
Jangan pula sampai suami,isteri mahupun anak-anak terabai.
Kesian bagi yang tak bekerja......
Pagi,petang,siang mahupun malam
asyik memikirkan pasal kerja yang tak kunjung tiba.
Kalau begini keadaannya berterusan,
Mana mungkin dapat membantu keluarga.
Diri sendiripun tak terbela.
Subscribe to:
Posts (Atom)











