Sana-sini sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Masing-masing dengan 'mood' raya. Untuk memeriahkan lagi suasana, saya buat entri khas pasal baju raya kami tahun 2016 ini. Sekali lagi kami memilih jenama Gene Martino. Sebelum ini saya dan anak lelaki sahaja memakai jenama Gene Martino, tapi untuk tahun 2016 ini kami sekeluarga memakai jenama yang sama. Dengan kata lain, sedondon satu keluarga dari segi warna, kain dan corak. Bak kata Gene Martino, Keluarga Sedondon, Keluarga Bahagia!
Showing posts with label baju. Show all posts
Showing posts with label baju. Show all posts
Monday, July 4, 2016
Saturday, January 4, 2014
Hadiah daripada isteri
Hari ini saya dapat hadiah..Alhamdulillah.. Seronok kan dapat hadiah. Istimewa lagi hadiah pemberian daripada isteri sendiri. Hadiah sempena apa..entahlah.. Sempena tahun baru kot.Jom tengok apa hadiahnya.
Jeng...Jeng..Jeng...
Friday, December 27, 2013
Pink untuk perempuan !
Ahh...macam satu kebetulan pula apabila semua berbaju pink...bak kata orang putih, pink colour! Dah agak dah..perempuan mesti suka warna pink. Tak kiralah untuk pakaian, bilik tidur mahupun alat tulis sekolah mereka. Gambar kat atas tu saya rakam semasa majlis makan-makan (untuk ahli keluarga terdekat) kat rumah saya baru-baru ni. Mereka dari 5 keluarga berasingan, secara kebetulan memakai baju pink.
Bercakap pasal warna, sejak bayi lagi ibu bapa suka pakaikan baju serta membeli kelengkapan bayi perempuan mereka dengan warna pink. Kenapa yer? Mungkin warna pink ni nampak lembut dan sesuai untuk anak perempuan. Lagipun pink dah sinonim dengan perempuan.Macamana kalau ada lelaki pakai baju pink...mesti nampak "jambu" hehe..siapalah yang beri gelaran jambu tu....
Saya sendiri pun tak ada koleksi baju pink. Kadang-kadang nampak cantik juga tengok lelaki berkemeja pink ke tempat kerja. Tengoklah nanti kot-kot terbuka pintu hati nak pakai kemeja pink ke sekolah.hehe...Biarlah orang nak kata apapun.yang penting baju baru dan cantik...Ker camana?
Friday, December 13, 2013
Cenderahati apabila melancong
Cuti sekolah ni ramai yang mengambil kesempatan melancong bersama keluarga. Tentu seronok melawat tempat-tempat menarik sekitar tanah air mahupun luar negara. Tahun ni kami tak ke mana-mana pun. Menghabiskan cuti di rumah dengan aktiviti yang tak berapa menarik.hehe.. Bagi yang melancong tu jangan lupa beli cenderahati yer...
Gambar kat atas dan bawah ni adalah baju-baju yang kami beli masa melancong ke Brastagi dan sekitar Medan, Indonesia 2 tahun lepas. Rupa-rupanya baju tu tersimpan lama...tak perasan pula selepas disimpan...terus tersimpan...Baru tadi terjumpa dan dibuka pembungkusnya.hehe..teruk betul. Nasib baik baju tu muat lagi dipakai, maklumlah badan masih slim..hehe..
Jadi terubat juga dengan baju dari Indonesia tu walaupun tahun ni tak melancong...lepas ni bolehlah dipakai baju-baju tu..Anda kalau melancong suka beli apa yer?
Tuesday, December 3, 2013
Baju recycle untuk adik
Tengok betul-betul kedua-dua gambar atas dan bawah ni...ada persamaan ker? Mesti nampak kan...haa itulah adik dan abang tapi baju yang sama. Ceritanya...baju tu asalnya baju Imdad (abang) yang dipakai 6 tahun dulu semasa dia berusia 2 tahun. Setelah dia semakin besar, maka baju tu disimpan.Kini Sadiq (adik) berusia 2 tahun..dah boleh pakai baju abangnya yang dulu.
Tak sia-sia kita beli baju yang agak mahal sebab boleh simpan lama. Boleh dipakai semula oleh adik-beradik yang lain. Kan boleh berjimat tu? Budak ni apabila besar mesti cakap... untunglah abang..beli baju baru..adik kena pakai baju recycle..haha..Ala...rileks la..adik pun ada baju baru juga kan....
Saturday, August 3, 2013
Aaron Aziz punya pasal
Tiba-tiba jer baju melayu Aaron Aziz meletup tahun 2013 ni.Untuk menambah bilangan pemakainya,maka saya juga tidak ketinggalan membeli baju ni.Saya beli baju melayu Aaron Aziz ni di Jakel Kubang Kerian.Harganya RM 199 termasuk butang dan samping.
Banyak pilihan warna untuk raya 2013 ni.Ada pelbagai variasi harga,bergantung kepada jenis kain yang digunakan.Sesiapa yang berminat,silalah cepat-cepat ke Jakel,kalau lambat,mungkin warna kegemaran dan saiz yang dikehendaki kehabisan.
Saya beli baju ni pun saja nak try...kononnya nak ikut trend semasa.Selesa ker tidak tak tahulah.Tunggu rayalah baru nak pakai.Harap selepas pakai baju Aaron Aziz ni,bolehlah jadi terkenal macam Aaron Aziz juga.kahkahkah...
Thursday, April 4, 2013
Baju merah hari keluarga 2013
Memperkenalkan t-shirt baru untuk hari keluarga SMKAM tahun ni.Cantik tak?Merah menyala lagi tu.hehe.T-shirt ni akan dipakai untuk hari keluarga SMKAM yang akan diadakan Sabtu nanti.Tempat? Sweet Beach Resort,Tok Bali,Kelantan.
Semua boleh pakai baju tu nanti Sabtu ni yer.Nanti bolehlah bergaya dengan baju merah ni.Eh,,,ada yang tak sabar nak tunggu hari keluarga ni.Baguslah sama-sama memeriahkan hari keluarga sekolah kita.
Monday, March 18, 2013
Tali leher dan kemeja:Perlukah sedondon?
Ini bukan uniform kerja saya yang baru yer.Dah lama beli ni....cuma jarang dipakai.Tapi setiap kali saya pakai baju ni,ada-ada saja rakan sekerja menegur.hehe....agaknya apa teguran mereka?
Yer betul....baju dan tali leher tu nampak sedondon kan.hmmmm memang pun,masa beli baju tu saya beli juga tali leher baru.Kebetulan pula ada yang hampir sedondon dengan baju.
Bercakap pasal tali leher ni,timbul juga persoalan perlukah tali leher ni sedondon dengan baju?Bagi saya warnanya saja yang perlu sama atau hampir sama.Coraknya tak kisahlah kan.Tapi kalau ada corak yang sama dengan corak baju lagi bagus kan.Ada orang tak suka...bimbang warna atau corak tali leher tu tenggelam dalam warna dan corak baju.
Pakar imej mesti tahu kan pasal warna dan corak yang sesuai.Saya ni pakai hentam jer.hehe.Setakat ni takde lagi yang 'komplen'... kira ok lah tu...
Tuesday, August 7, 2012
Baju baru...dah terbakar!
Sila jangan betulkan pandangan anda.Gambar baju tu memang macam tu.hehe. Kali ni saya nak cerita pasal baju kurung isteri saya.Kononnya baju tu baru jer siap dijahit dan baru sekali dipakai.Tapi malangnya baju tersebut telah terbakar...huhu...cerita sedih ni....
Subscribe to:
Posts (Atom)










