expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Makanan/minuman. Show all posts
Showing posts with label Makanan/minuman. Show all posts

Friday, July 5, 2019

Sambutan Hari Raya di Sc Sue Catering

   

Menghadiri rumah terbuka sempena hari raya memang best kan! Baru-baru ini kami sempat menghadiri majlis sambutan hari raya Sc Sue Catering, di Kota Bharu. Terima kasih atas jemputan! Wah.. banyak menu dan sedap-sedap semua. Patutlah sedap... semua menu disediakan oleh Sc Sue catering sendiri.

Tuesday, January 29, 2019

River Village Rooftop Restaurant


Mencari kelainan tempat makan atau restoran? Kami memilih restoran River Village Rooftop, di Kampung Sungai, Perupok, Bachok, Kelantan. Berada di tingkat tiga, kita boleh menikmati hidangan sambil menghirup udara segar dengan pemandangan sebuah desa yang mendamaikan.

Monday, October 22, 2018

Koey Teow atau Kuetiau?


Mana satu ejaan yang betul, koey teow? kuew tiaw? koew teow? atau kuetiau?. Menurut kamus dewan edisi keempat, ejaan yang betul ialah kuetiau, iaitu sejenis makanan dibuat daripada tepung beras. Ramai yang tidak kisah pasal ejaan, asalkan faham maksudnya, apatah lagi kalau dapat makan percuma. Hehe! Kali ini saya tidak berhajat untuk mengulas pasal kesalahan ejaan, tapi ingin berkongsi satu lagi restoran kuetiau yang baharu dibuka di Kubang Kerian, Kelantan.

Sunday, September 2, 2018

Pelbagai lauk di Restoran Syakila, Kota Bharu


Sedang tercari-cari tempat untuk makan tengah hari di Kota Bharu? Saya ada jawapannya. Sebuah restoran yang menyajikan pelbagai menu istimewa. Restoran Syakila, berdekatan trafic light Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. Kalau dilihat dari luar, restoran ini nampak biasa-biasa saja. Sebaik melangkah ke dalam, wah... banyak betul menu untuk nasi campur. Makanan pencuci mulut pun banyak pilihan. Jom layan...

Thursday, August 30, 2018

Kedai Nasi Dagang Terkenal di Kelantan


Ramai yang memperkatakan kesedapan nasi dagang di sini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Nama kedai ini ialah Kak Ju Nasi Dagang. Terletak di Jalan Melawi-Semerak, Cherang Ruku, Kelantan. Dekat saja dengan Tok Bali. Kalau waktu pagi tu, ramai juga pengunjung singgah makan. Wah.. meriah betul! Rasanya memang sedaplah. Nanti nak ke sana lagi.

Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie


Teringin hendak makan roti tempayan yang sedap, tapi tak tahu di mana? Saya ada jawapannya... Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie. Terletak di Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan. Kedai makan ini memang popular, ramai pengunjung ke sini untuk makan roti tempayan cheese. Saya sendiri pun sudah banyak kali ke sana.

Monday, February 12, 2018

Makanan Istimewa di Kelantan


Percaya atau tidak, makanan dalam gambar ini sangat popular bagi sesetengah orang. Kari kepala kambing! Wah... sangat eksotik dengan lidah kambing yang terjelir itu. Bukan saja kepala kambing, malah otak kambing pun ada orang suka makan tau! Masing-masing punya kesukaanlah kan. 

Saturday, October 28, 2017

Apa jadi kalau Pelajar tingkatan 2 Memasak?


Berbakat juga anak-anak pelajar tingkatan 2 SMKAM ni memasak. Macam-macam masakan ada. Semua nampak sedap! Selain dapat memupuk kerjasama, pertandingan memasak ini juga dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar menyiapkan hidangan secara berkumpulan. Para juri pun sukar nak menentukan pemenang. Jom tengok koleksi foto yang sempat saya rakam.

Saturday, March 11, 2017

Makaroni Bakar Dirgahayu


Alahai sedapnya makaroni bakar, sesedap namanya, juga sesedap lagu Dirgahayu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. "Kuberikan segalanya...semua dan sesungguhnya...cinta dirgahayu...Kuterima segalanya" Kiranya nama makaroni bakar Dirgahayu tu diambil sempena judul lagu tersebutlah. Haha maklumlah, sambil makan sambil dengar lagu Dirgahayu... Biar apapun nama yang diberikan, makaroni ni tetap istimewa sebab disediakan oleh puan isteri dan anak-anak. Itulah seronoknya apabila tiba cuti hujung minggu, dapat sama-sama ke dapur menyediakan makan pagi atau makan tengah hari. Best lagi, sama-sama makan.

Sunday, January 15, 2017

Loteng @ Teluk Chempedak Waktu Malam


Pertama kali singgah di sini, ada kelainan pada namanya, Loteng. Terletak di pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Kalau datang pada siang hari kita dapat melihat pemandangan pantai Teluk Chempedak dari bahagian atas restoran ini. Waktu malam lagilah meriah di sini apabila ramai pengunjung memilih untuk bersantai pada waktu malam di Teluk Chempedak.

Saturday, January 14, 2017

Panas : Pau ayam dan Pau Cendawan


Memang panas dan sedap! Ini bukan ayam panggang, juga bukan ayam golek. Inilah pau ayam yang tengah tular sekarang. Sebelum muncul pau ayam ini, telah pun popular pau cendawan yang cantik dan sedap. Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mencuba kedua-dua pau ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai yang membeli pau ini kerana tertarik dengan rupa bentuknya. Tapi setelah merasa sendiri, barulah tahu ia memang sedap!

Sunday, January 8, 2017

Layan Sampai Kenyang, Tambah Percuma


Ketika melalui jalan di Kampung Bari Kecil, Setiu, Terengganu kelihatan satu kedai makan serba merah dengan deretan kereta di tepi jalan, dipenuhi ramai pelanggan. Kami pun berhenti untuk melihat apakah gerangan yang menarik di kedai ini. Oh... rupa-rupanya inilah kedai makan  layan sampai kenyang, tambah percuma, dengan konsep bayar dulu dan layan diri. Apa lagi, elok juga mencuba ni! 

Thursday, March 5, 2015

Hotdog Special


Dah makan ke belum? Mestilah sudah kan...dah lewat ni...Tapi rasa laparlah pula. Jom makan hotdog double cheese special...Buat sendiri kat rumah, bolehlah ikut citarasa sendiri. Ini menu dinner kami...dibuat dengan penuh kasih sayang oleh puan isteri.Hahaha...Malam-malam kami jarang makan nasi. Macam ni bolehlah jimat beras kan.....Makan hotdog ni bersama air durian belanda yang diproses sendiri. Hmmm sedap.....

Tuesday, February 3, 2015

Jom masak pizza


Jemput makan semua. Menu malam ni pizza special yang dibuat sendiri di rumah. Apa yang special nya? Special sebab anak-anak yang buat dekorasi pizza ni. Puan isteri saya sediakan bahan-bahannya, bagi peluang anak-anak hias sendiri pizza ni. Sukalah tu....macam main masak-masak pula.

Monday, July 14, 2014

Pilihan sewaktu berbuka


Alhamdulillah...dah lebih separuh bulan Ramadan kita berpuasa. Macam-macam jenis kuih dan air ada kat mana-mana bazar Ramadan. Kalau membeli juadah berbuka, rasa nak beli macam-macam. Maklumlah membeli semasa perut lapar ni semuanya nampak sedap di mata. Setiap orang ada kegemaran masing-masing apabila diajukan soalan air dan kuih yang menjadi pilihan sewaktu berbuka. Jom baca pendapat mereka....

Friday, June 20, 2014

Festival Thai - Malaysia


Esok adalah hari terakhir bagi OTOP GroomBig Thai-Malaysia Relationship Festival. Lokasi festival ini adalah di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Masih ada masa lagi untuk anda ke sana. Macam-macam jualan makanan, minuman, pakaian, dan kraftangan dari Thailand ada di sana.

Thursday, May 29, 2014

Makan ayam bersama Cristiano Ronaldo


Hari yang cukup bertuah kerana dapat makan bersama Cristiano Ronaldo.Haha...sila jangan percaya..Siapalah saya nak makan dengannya kan! Ini semua KFC punya pasal...maka kami ke sana untuk menjamu selera yang sememangnya berselera sempena cuti-cuti sekolah ni. Tapi kan.. rasa macam kecil jer seketul ayam KFC sekarang ni.Huhu..Nasib baik anak-anak tak berapa nak suka makan ayam...seketul seorang jer mereka makan. Kami pilih pakej ni..

Wednesday, April 23, 2014

Warung Pak Mat


Teh tarik madu, sejuk atau panas dan sup ikan adalah menu yang popular di warung Pak Mat. Saya dan keluarga berpeluang ke warung yang terletak di Medan Ikan Bakar, Pulau Pisang ini. Bagi yang tak biasa ke sini, lokasinya adalah Kuala Besar dan jalan ke Pantai Cahaya Bulan.

Sunday, December 15, 2013

Makan kat luar mahal


Gambar hiasan jer tu...tapi entri ni pasal makan lagi..Yer lah hari-hari kena makan. Tukang masak pun boleh habis idea kalau menu tu hari-hari kena tukar.Berbalik kepada  cerita asal, saya rasa harga makanan siap kat kedai makan sekarang ni dah naik la...

Mungkin saya yang lama tak makan kat luar kot.Hehe...bajet makan kat rumah ker? tak juga lah...Biasa juga beli bungkus...Tapi tadi saya ke bandar Kota Bharu....seorang jer...macam orang bujang,makan kat satu kedai makan..Ingat nak ambil gambar,tapi malu pula sebab ramai pelanggan masa tu tengah makan.

Saya cuma ambil lauk ikan percik, nasi kosong dan milo ais..harganya RM7.00. Haaa...tu baru makan seorang...kalau saya satu keluarga makan lauk yang sama...jawabnya RM 35.00 sekali makan. Sebab tu kalau ahli keluarga ramai, baik masak dan makan kat rumah jer lah kan...jimat sikit.

Tak salah tuan kedai juga..sebab ikan sekarang pun mahal harganya...hmmm...kena terima hakikat. Satu perkara nak puji,tuan kedai makan ker pekerjanya...saya tak pasti..semasa saya sedang makan dia perasan saya tak ambil kuah ikan percik tu, maka dia siap hantar ke meja lagi.huhu..terharunya..

Thursday, December 12, 2013

Maksu Nab Nasi Air


Malam ni kami makan nasi air kat restoran Maksu Nab Nasi Air. Bagi mereka sekitar Kota Bharu memang dah biasa dengan restoran ni kan. Menu utamanya nasi air, tapi banyak juga menu lain yang boleh dioder..Kami oder nasi air special dan kuew tiaw goreng untuk anak-anak. Air lay che kang pun sedap tu..Harga untuk 3 mangkuk nasi air, sepinggan kuew tiaw goreng, semangkuk lay chi kang dan segelas milo ais ialah RM 22.50.