expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts

Saturday, October 28, 2017

Apa jadi kalau Pelajar tingkatan 2 Memasak?


Berbakat juga anak-anak pelajar tingkatan 2 SMKAM ni memasak. Macam-macam masakan ada. Semua nampak sedap! Selain dapat memupuk kerjasama, pertandingan memasak ini juga dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar menyiapkan hidangan secara berkumpulan. Para juri pun sukar nak menentukan pemenang. Jom tengok koleksi foto yang sempat saya rakam.

Monday, March 17, 2014

Naib johan bahas ala parlimen


Naib Johan bagi pertandingan bahas ala parlimen QIT Ketereh menjadi milik pasukan bahas SMKA Melor bagi tahun 2014. Biarpun kali pertama bergelar naib juara, kerana sebelum ini pasukan SMKAM sering menjuarai peringkat QIT Ketereh, namun pujian harus diberikan kepada pasukan bahas sekolah kerana mereka berjaya menunjukkan semangat berpasukan dan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik.

Bahas Ala Parlimen


Sekarang sedang berlangsung Pertandingan Bahas Ala Parlimen, sekolah-sekolah menengah PPD Kota Bharu, peringkat QIT Ketereh, di SMKAM. Pertandingan ini disertai oleh 9 buah sekolah iaitu SMKAM, SMK Pangkal Kalong, SMK Kg. Chengal, SMK Kok Lanas, SMK Ketereh, SMK Melor, SMK Kadok, SMA Al-Khausar dan SMK Long Ghaffar 2. 

Thursday, October 31, 2013

Video pendek:Tempat pertama peringkat Kebangsaan



Tahniah kepada pasukan SMKA Melor kerana telah berjaya mendapat tempat pertama peringkat kebangsaan dalam pertandingan video pendek. Juga tempat pertama dalam kategori video pendek terbaik (SM). Video ini dihasilkan oleh pelajar berbakat iaitu Syazwi, Faiq dan Qaiyum.

Warga SMKA Melor berbangga atas usaha anda yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Semoga selepas ini akan ada barisan pelapis yang mempunyai minat dan bakat dalam penghasilan video pendek untuk pertandingan akan datang.

Kepada yang ingin menyaksikan video tersebut yang bertajuk Impianku, sila [KLIK DI SINI]. Selamat menonton, dan sekali lagi TAHNIAH.

Saturday, October 26, 2013

Siapa pandai sediakan sandwich?


Mari makan sandwich. Kali ni sandwich disediakan oleh pelajar tingkatan 2, sempena perkhemahan perdana PAJSK. 3 hari 2 malam mereka berkhemah.Penyediaan sandwich tu salah satu pertandingan bagi aktiviti berkumpulan yang diadakan.

Macam-macam gelagat pelajar ni menyediakan sandwich. Mereka dibekalkan dengan bahan-bahan yang sama bagi setiap kumpulan. Jadi kita boleh lihat kerjasama mereka secara berkumpulan. Ada yang nampak cekap jer menyediakan sandwich ni. Tak kurang juga ada yang kekok, macam tak biasa. Mungkin kat rumah segalanya telah tersedia...

Pertandingan ini dihakimi oleh guru-guru yang pakar dalam masakan. Semestinya sandwich paling sedap, kerjasama dalam kumpulan dan aspek kebersihan menjadi penentu kemenangan. Tahniah kepada kumpulan yang menang. Yang tak menang..... cuba lagi di rumah!

Sunday, March 17, 2013

Keputusan pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen


Selesai sudah pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen peringkat ppd Kota Bharu.Pasukan bahas SMKAM telah mendapat tempat ketiga,manakala johan SMKA Naim lilbanat dan naib johan SMK Ahmed Maher.Tahniah kepada semua.

Tahniah kepada pasukan SMKAM yang telah memberikan saingan sengit,biarpun kesemua  pesertanya adalah muka-muka baru yang bakal menjadi pelapis untuk pertandingan tahun-tahun akan datang.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan.Menang kalah adat pertandingan.Semoga pertandingan kali ini memberikan pengalaman berguna kepada semua.Segala pengalaman sepanjang latihan dan pertandingan menjadi kenangan kerja berpasukan yang sukar dilupakan.

Semoga pasukan bahas SMKAM akan terus maju.Kepada pasukan yang akan mewakili ppd Kota Bharu...semoga berjaya!

Saturday, March 16, 2013

Latihan bahas ala parlimen


Petang ni kami sedang membuat latihan terakhir pasukan bahas Bahasa Melayu ala parlimen.Pasukan sekolah saya akan bertanding di peringkat PPD Kota Bharu.Latihan intensif diadakan hampir setiap hari memandangkan kebanyakan peserta adalah pelapis.

Apapun saya sangat berbangga dengan pasukan bahas sekolah ni kerana masing-masing memberikan komitmen semasa latihan.Menang kalah adat bertanding...yang penting jangan mengaku kala sebelum bertanding.

Sebagai guru penasihat,terima kasih yang tak terhingga kepada Muaz dan Mashanis,bekas pelajar SMKAM yang juga bekas pembahas sekolah kerana sudi memberikan tunjuk ajar kepada junior-junior mereka.Terima kasih juga kepada cikgu Roslan atas tunjuk ajar.Juga kepada semua yang memberi sokongan.

Kepada pasukan bahas sekolah....selamat maju jaya.Kami mendoakan kejayaan terbaik buat semua.Kejayaan anda....kebanggaan kami.