Entri ni ekslusif memaparkan taman mini kat rumah kami. Cewah....taman la sangat tu...hehe...Nak buat taman yang grand macam tak cukup bajet, maka buatlah sendiri sikit-sikit ikut apa yang terlintas di fikiran. Tak tahulah bila boleh siap sepenuhnya taman khayalan kami ni! Tapi yang bestnya, pokok lantana tu tengah berbunga cantik. Ada 6 pokok kesemuanya. 4 sedang berbunga penuh manakala 2 lagi segan pula nak berbunga kali ni.
Showing posts with label PROJEK RUMAH. Show all posts
Showing posts with label PROJEK RUMAH. Show all posts
Sunday, October 4, 2015
Thursday, March 12, 2015
Jalan baru dah siap
Projek siapkan jalan baru depan rumah bermula. Dalam entri sebelum ini saya dah paparkan longgokan tanah yang dibeli untuk satu projek. Inilah projeknya. Buat jalan jer...bukan nak bina apa-apa. Jalan yang sedia ada tu kami nak tanam pokok bucida. Dalam gambar tu jengkaut sedang menggali lubang untuk ditanam pokok. Ada 7 lubang sepanjang jalan..maknanya kena ada 7 batang pokok bucida. Sebatang pokok tu yang masih kecil dalam polibeg berharga RM 40...tu harga sebelum GST. Hehe...
Sunday, March 1, 2015
Projek baharu depan rumah
Ini projek terbaru kami tahun ni.Hehe..projek la sangat, macam besar jer bunyinya..Tambun tanah sikit kat depan rumah untuk naik taraf jalan dari pintu pagar ke hadapan tangga rumah. Tak banyak pun oder tanah, cuma 7 lori jer. Sekarang harga tanah RM 120 selori. Masih harga asal macam tahun lepas.
Wednesday, December 3, 2014
Tanam pokok Draco
Sempena cuti sekolah ni...mari kita tanam pokok-pokok untuk menghijaukan bumi. Sekarang musim orang tanam pokok draco, maka kami pun nak tanam pokok draco juga.Hehe...ikut trend dan musimlah yer. Nampak dalam pasu kecil tu...itulah pokok draco yang baru dibeli. Dalam pasu semaian tu ada 3 batang pokok draco. Kami akan pisahkan pokok-pokok tu untuk ditanam dalam 3 biji pasu.
Tuesday, November 18, 2014
Renovate rumah pula
Nak masuk 2 tahun tinggal kat rumah sendiri..dah renovate ker? Tajuk bukan main gempak lagi...sebenarnya takdelah renovate sangat..cuma buat sedikit perubahan. Kononnya laluan kat bilik serbaguna ni mengganggu ruang tamu, maka kami membuat keputusan untuk menutup saja laluan tersebut, dan hanya menggunakan satu lagi laluan di sebelahnya.
Tuesday, September 9, 2014
Rumah: Projek apa pula ni?
Buat kerja part time ni...jadi buruh kat rumah sendiri.Hehe...Penat juga meratakan tanah tu. Entah berapa banyak kalori dibakar petang tadi.Tak perlu bersusah payah ke gym, aktiviti kat rumah ni pun dah banyak mengeluarkan peluh.. Projek apa pula kali ni? Buat masa ini biarlah rahsia dulu. Cuma kami baru order selori tanah untuk diratakan di bahagian tepi rumah. Harga selori tanah sekarang RM 120. Tak banyak manapun. Tapi cukuplah buat ratakan tanah yang sedia ada.
Tuesday, December 10, 2013
Operasi membuka kotak
Hujan dari pagi sampai ke petang.Takde kerja nak buat maka saya pun buatlah operasi membuka kotak-kotak simpanan barang. Dah setahun kotak-kotak tu di situ tak terusik pun sejak kami pindah rumah. Sibuk sangatlah tu...hehe..6 kotak semuanya dibuka hari ni.
Labels:
Cenderahati,
Pelajar,
pindah rumah,
PROJEK RUMAH,
Rumah,
Sadiq,
Sarawak,
widad
Sunday, July 7, 2013
Tanah depan rumah
Nampak tak tompokan tanah tu?Itulah projek terbaru kat rumah ni.hehe...5 bukit tanah tu untuk diratakan di jalan dalam kawasan rumah saya ni.Sebenarnya kawasan tu agak rendah,senang air bertakung.Maka saya belilah tanah-tanah tu untuk tinggikan sikit jalan tu.
Saturday, December 15, 2012
Wednesday, December 5, 2012
074: Rumah Impian...kini kenyataan
Sunday, December 2, 2012
Selamat tinggal rumah lama
Buat kali terakhir...bergambar depan rumah sewa.
Kira macam sedih juga lah kan..maklumlah 7 tahun kami menyewa kat sini.
Macam-macam kenangan dilalui di sini...
Saturday, December 1, 2012
073: Kami dah pindah!
yer..kami baru pindah ke rumah baru.
Gambar kat atas ni kerja-kerja pemunggahan barang dari rumah sewa.
Tak banyak pun barang..satu kontena saja.
Memang nak beli perabot baru...tapi yang lama mesti dibawa keluar juga kan!
Monday, November 26, 2012
072: Pasang Alarm kat rumah baru
Nampak kotak putih kat atas tu?
Tu la kotak siren untuk sistem alarm yang sedang dipasang
di rumah baru kami.
Thursday, November 15, 2012
Monday, November 12, 2012
070: Tak habis-habis pasal tanah
Rasanya dah banyak lori tambun tanah,
tapi masih tak cukup-cukup.
Agaknya separuh bukit baru cukup kot.....hehe.....
Kalau tanah tu free kan bagus..
ini tidak..semuanya berbayar.
Proses menambun tanah tu sebenarnya ala kadar jer.
mungkin fasa kedua nanti baru selesai sepenuhnya
urusan bahagian luar rumah.
p/s:Nak tanam rumput,tapi kosnya tentu mahal kan?
Sunday, November 11, 2012
069: Pintu pagar dah siap
Itulah rupa bentuk pintu pagar rumah baru kami.
simple saja kan.
Pintu pagar tu dah siap dipasang pun.
Kalau ada yang nak tanya pasal kosnya,
Saturday, November 10, 2012
068: Bersih halaman rumah
Kerja-kerja pembersihan dan pengemaskinian
halaman rumah rumah sedang giat dilaksanakan.
Itupun kerja-kerja asas jer...
landskap dan sebagainya belum lagi,
maklumlah...bajet tak cukup....hehe...
Apapun tunggulah fasa akan datang.
amacam....halaman rumah saya ni?
sesuailah kan untuk kenduri nanti...hehe..
Tuesday, November 6, 2012
067: Apa hal pasang sticker ni?
Apa hal pula tampal sticker pada suis lampu tu?
Biasala kan...rumah baru banyak suis..hehe
Tampal sticker pada suis tu untuk memudahkan
atau membiasakan diri dengan suis-suis tersebut.
amacam...ok tak idea tu?
Monday, October 29, 2012
066: Ada orang nak curi idea rumah kami!
Gambar sebahagian daripada ruang dapur.
Kali ni bukan nak cerita pasal dapur,tapi pasal orang datang melihat rumah.
Pekerja kat rumah kami ada beritahu,ada beberapa orang datang
melihat-lihat rumah kami ni.Ada yang memberi pujian,ada juga
Sunday, October 28, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


















