expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Permainan. Show all posts
Showing posts with label Permainan. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Pergi funfair jer


Orang lain cuti sekolah ni sibuk melancong ke Genting Highland,Sunway Lagoon dan macam -macam untuk anak-anak.Tapi saya bawa anak pergi main kat funfair jer.

Cukuplah sekadar berhibur sesekali. Funfair tu pun dekat -dekat rumah jer.Kira oklah dapat main juga.Nak masuk setiap permainan ni kena bayar kupon yer.Rm 3 untuk satu permainan. 

Kepada anak-anak,sabar yer.Nanti ada masa dan banyak duit bolehlah kita melancong yer.Saya bercadang nak bawa anak-anak berjalan dalam negeri jer.

Friday, March 1, 2013

Jom naik motor saya


Jom la naik motor saya ni....
hehe....cantik tak?
Macam-macamlah mainan yang direka,
tak mustahil kalau cantik macam tu..anak perempuan saya mesti suka.
Maka kena beli sebuah....RM 15.
p/s: tak lama tu...sehari dua jer rosaklah tu.

Thursday, December 27, 2012

Tupai dari negara China


Kali ni saya nak tunjukkan tupai dari negara China.Cantikkan.....budak-budak mesti suka.Senang jer nak jaga tupai ni sebab ia tak payah diberi makanan atau minuman.hehe..cuma perlu dimasukkan bateri jer.

Kreatif betul negara China ni.Macam-macam mainan direka untuk kanak-kanak.Yang seronoknya,orang dewasa pun boleh tumpang sekaki.Kalau sebelum ni banyak mainan jenis kucing.Tupai ni rasanya baru lagi di pasaran.

Biasala...anak-anak saya ni main mainan ni sekali habis bateri jer.Lepas tu mainan ni akan terbiar begitu saja.Maka tugas ibu bapanya lah masukkan ke dalam kotak.Beberapa bulan nanti buka balik.

Oklah...ada sesiapa yang memiliki tupai yang sama?Nanti bolehlah kawan..hehe..

Wednesday, May 30, 2012

Ipad atau Galaxy tab?


Nak beli ipad ker Galaxy tab?hmm...sampai sekarang pun masih belum membuat keputusan.Rasanya tak payah beli kot..hehe..Kalau cadangkan kat wall FB,macam-macam cadangan yang diberikan.Bagus juga minta pendapat orang lain ni kan.Mari kita tengok apa cadangan mereka...Eh....gambar kat atas tu apa kaitannya pula?

Friday, January 13, 2012

Kereta remote control..baru beli dah hancur!


 Sudah beberapa hari Imdad asyik menyebut nakkan kereta remote control.
Dia ni memang sukakan kereta.Dah banyak koleksi kereta yang dimilikinya,ada
yang masih elok dan tak kurang juga yang dah rosak.
Seingat KM7,setakat ni dah 2 buah kereta remote control 
yang dibelikan kepada Imdad.Semua dah rosak.

Wednesday, December 7, 2011

Apa kaitan kanak-kanak dan alat permainan?


Betul ker budak-budak dan permainan tak dapat dipisahkan?
KM7 rasa betul...sebabnya anak-anak KM7 sendiri kalau dibawa ke pasar raya
mesti nakkan mainan.

Sunday, June 5, 2011

Biarpun zaman berubah...bola tetap bulat....!

Gerai menjual bola

Mari kita saksikan bola-bola api...opss.. bukan...bola-bola mainan trend terkini.nampak kat atas tu,sebuah gerai menjual bola?KM7 tertarik dengan pelbagai jenis saiz dan warna bola-bola tu.Jom zoom sikit...biar nampak jelas....

Pilihlah yang berkenan di hati

Bagi anda yang meminati bola...dah berapa banyak koleksi bola?hmmm takkan baru sebiji kot.Bola kat atas tu nampak jer besar tapi ringan jer.Sesuailah untuk budak-budak buat main.tapi kalau main tepi laut...awas...bola ni ringan senang terbang dibawa angin.

Nampak meriah dengan pelbagai warna

Harganya berapa?macam-macam ada....bagi yang besar tu ada yang RM10, dan ada yang RM15.Ishh macam nak berniaga pula.Sesuai dibuat koleksi.Agaknya bola mainan ni adalah design 2011.Banyak kedai yang mula menjual bola-bola ni tahun ni.KM7 pun belum beli lagi.Hehe...sajalah anak KM7 tak berapa minat mainan bola ni.Tapi kalau kereta..hmm mesti kena belilah.

Biarpun masa terus berlalu,zaman terus berubah,namun bola kekal bulat.Adakah mungkin suatu hari nanti akan  tercipta bola yang bukan bulat?

Monday, March 7, 2011

Video games vs Congkak

 Budak-budak sekarang ni
memang suka main video games.
Bukan saja di rumah
malah di CC pun mereka
menghabiskan masa dan wang
untuk permainan alaf baru ni.

KM7 pernah terserempak
dengan budak-budak belasan tahun ni
di beberapa buah CC.
Mereka begitu leka dengan games secara online ini.
Apa tidaknya,
dapat berlawan dengan mereka yang lain
secara maya saja.

Kalau tanya pelajar sekolah hari,
macam-macam nama games yang ada internet.
Itulah permainan generasi muda kita.
Berbeza dengan generasi kita dulu,
permainan banyak berkisar
tentang alam sekitar.
contohnya main guli,lastik burung,congkak,
dan banyak lagi..
(KM7 sendiri pun dah lupa nama-nama permainan dulu-dulu)

 Congkak dulu dimainkan
atas tanah saja.
KM7 masih ingat,sebelum main congkak ni,
pemainnya kena buat lubang-lubang congkak
dengan cara menggali lubang-lubang kecil di atas tanah.
Kemudian diisi dengan biji-biji getah ataupun batu-batu kecil.
Sekarang terdapat banyak congkak
moden dari pelbagai jenis,bentuk dan warna.

Soalnya,ada lagi ker yang berminat 
dengan permainan congkak ini
jika dibandingkan dengan video games
atau games secara online ini?