Tahniah! Tahniah!...Banyak betul ucapan tahniah hari ni...di mana-mana saja.. Itulah detik paling menggembirakan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2015. Bukan setakat anak-anak, ibu bapa , guru-guru dan orang kampung semua pun turut berbangga atas kejayaan anda. Berkat usaha dan kesungguhan selama ini telah mendapat hasilnya. Saya tumpang gembira saja sebab belum ada anak yang mengambil UPSR. Hehe...
