Naib Johan bagi pertandingan bahas ala parlimen QIT Ketereh menjadi milik pasukan bahas SMKA Melor bagi tahun 2014. Biarpun kali pertama bergelar naib juara, kerana sebelum ini pasukan SMKAM sering menjuarai peringkat QIT Ketereh, namun pujian harus diberikan kepada pasukan bahas sekolah kerana mereka berjaya menunjukkan semangat berpasukan dan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik.
Showing posts with label bahas. Show all posts
Showing posts with label bahas. Show all posts
Monday, March 17, 2014
Bahas Ala Parlimen
Sekarang sedang berlangsung Pertandingan Bahas Ala Parlimen, sekolah-sekolah menengah PPD Kota Bharu, peringkat QIT Ketereh, di SMKAM. Pertandingan ini disertai oleh 9 buah sekolah iaitu SMKAM, SMK Pangkal Kalong, SMK Kg. Chengal, SMK Kok Lanas, SMK Ketereh, SMK Melor, SMK Kadok, SMA Al-Khausar dan SMK Long Ghaffar 2.
Wednesday, December 25, 2013
Anak muda berbakat
Bakat adalah sesuatu yang dikurniakan oleh Allah kepada yang dikehendakiNya. Beruntunglah mereka yang diberikan bakat tersendiri ini. Cuma bakat yang ada perlulah sentiasa diasah agar tidak tenggelam begitu saja. Saya ingin berkongsi tentang bakat dalam bidang perdebatan. Muaz (berkopiah dalam gambar di atas) memang seorang yang berbakat dalam perdebatan. Pelajar Asasi UIA ini telah memenangi naib johan dalam Cabaran Debat Muda anjuran UTP.
Pasukan debat UIA yang diwakili oleh Muaz patut dibanggakan kerana dapat menewaskan pasukan-pasukan lain dalam 32 pasukan yang bertanding, hingga membawa mereka ke peringkat akhir. Pertandingan debat tentang teknologi dan warisan ini telah membuka peluang kepada anak-anak muda IPT untuk mengembangkan bakat mereka.
Muaz memang berbakat sejak sekolah lagi. Kalau kat sekolah dulu, sering mewakili sekolah dalam pertandingan bahas ala parlimen, pantun, forum dan sebagainya. Tak sia-sialah bakat yang ada. Semoga Muaz akan terus mengembangkan bakatnya supaya lebih dikenali dan menjadi pendebat yang disegani suatu hari nanti.
Sunday, March 17, 2013
Keputusan pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen
Selesai sudah pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen peringkat ppd Kota Bharu.Pasukan bahas SMKAM telah mendapat tempat ketiga,manakala johan SMKA Naim lilbanat dan naib johan SMK Ahmed Maher.Tahniah kepada semua.
Tahniah kepada pasukan SMKAM yang telah memberikan saingan sengit,biarpun kesemua pesertanya adalah muka-muka baru yang bakal menjadi pelapis untuk pertandingan tahun-tahun akan datang.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan.Menang kalah adat pertandingan.Semoga pertandingan kali ini memberikan pengalaman berguna kepada semua.Segala pengalaman sepanjang latihan dan pertandingan menjadi kenangan kerja berpasukan yang sukar dilupakan.
Semoga pasukan bahas SMKAM akan terus maju.Kepada pasukan yang akan mewakili ppd Kota Bharu...semoga berjaya!
Saturday, March 16, 2013
Latihan bahas ala parlimen
Petang ni kami sedang membuat latihan terakhir pasukan bahas Bahasa Melayu ala parlimen.Pasukan sekolah saya akan bertanding di peringkat PPD Kota Bharu.Latihan intensif diadakan hampir setiap hari memandangkan kebanyakan peserta adalah pelapis.
Apapun saya sangat berbangga dengan pasukan bahas sekolah ni kerana masing-masing memberikan komitmen semasa latihan.Menang kalah adat bertanding...yang penting jangan mengaku kala sebelum bertanding.
Sebagai guru penasihat,terima kasih yang tak terhingga kepada Muaz dan Mashanis,bekas pelajar SMKAM yang juga bekas pembahas sekolah kerana sudi memberikan tunjuk ajar kepada junior-junior mereka.Terima kasih juga kepada cikgu Roslan atas tunjuk ajar.Juga kepada semua yang memberi sokongan.
Kepada pasukan bahas sekolah....selamat maju jaya.Kami mendoakan kejayaan terbaik buat semua.Kejayaan anda....kebanggaan kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)





