Setiap kali menjelang Ramadan, cendol akan jadi antara menu utama berbuka. Saya memang suka makan cendol ni... boleh disediakan dalam pelbagai cara mengikut citarasa sendiri. Kalau saya...cukuplah cendol dimakan bersama sirap bandung sebagai kuahnya. Boleh ditambah dengan nekbat dan buah kabung. Jangan lupa...masukkan ketulan ais supaya terasa kesejukannya.
