Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... Kesabaran menunggu sehingga ke akhir agenda mesyuarat Agung PIBG telah memberi sesuatu yang istimewa kepada 2 orang wanita ini. Masing-masing telah mendapat sebuah basikal dalam cabutan bertuah petang tadi. Puan Faridah Ibrahim iaitu ibu kepada Amirah, 4 IS dari Padang Kala ini, tidak menyangka kedatangannya ke mesyuarat Agung PIBG SMKAM kali ini dapat membawa pulang sebuah basikal. Itulah yang dikatakan rezeki..
